Thursday 25 December 2008

Pergi Lagi

Aku bakal ke sana lagi
PERAK

Hampir setengah daripada umur aku menuntut disana
Memang tak berkembang
Hahaha

UiTM Perak
Aku kembali nanti
Jaga kamu...
Aku mahu membuat sejarah lagi

Mati aku..
Tidak mengapa...
Kerana itu aku inginkan
Biarkan aku...

Aku ingin mencipta sejarah...
Walau tidak mampu
Itu tujuan aku

Thursday 4 December 2008

Apa Kemahuanmu?

Sudah lama aku meninggalkan dunia itu,
Tinggalkan awan yang biru,
Tinggalkan pohon yang menghijau,
Tinggalkan matahari yang menyinar...

Tapi kini kau kembali,
Membawa harimau kecil yang kononnya menakutkan,
Yang dahulunya menjadi kawanku satu masa lalu,
Tapi kini menjadi bahan terajangan aku,
Setelah aku dibenci,
Pada hematku....

Aku mulai membencimu,
Meskipun aku masih mengejarmu,
Tidaklah hatiku berdegup seperti dahulu...
Sewaktu diawal pemergianmu...
Dan kini aku menjadi asap yang hitam...

Celakalah dirimu,
Aku penat,
Masuk bilik,
Mahu tidur dalam bilik yang gelap
Yang semesti didalamnya...
Tiada awan yang membiru,
Tiada pohon yang menghijau,
Tiada matahari yang menyinar...
Kerana kau aku begini............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails