Tuesday 27 April 2010

X-Gig X-Tended Musim Kedua: Love Me Butch - Come Out, Come Out

Eceyh!! Sangat coollah dengan amp oren tu.... Sangat cool la tu time intro tu... Siap tangan kat belakang lagi... Hahaha

Belum tengok komen lagi... Tahniah la... Haha

Saturday 24 April 2010

Suara Latar - Pelita




Pergh!!! Tergelak aku dengar suara latar mamat sorang tu... Haih~ Lawak betul... Hahaha... Dah macam dengar Selamat Tinggal Dunia pulak... Hahaha... Nak kena copy nih... Erm...

Keyboard dia pun... Identiti sendiri tu... Hahaha...

Simpan jambang la macam nih... Biar tebal sikit macam mamat tu... Hahaha~ Sikit lagi.... Lepas tu beli baju Kembali kan... Hahaha~

Support weh... Support!! Owh!! Rasa jiwa indie... Haha~

Monday 19 April 2010

Pengembaraan ke Bandaraya Kuala Lumpur - Part 1

Oleh kerana keadaan emosi tidak stabil baru-baru ini, aku mengambil keputusan untuk mengembara ke Kuala Lumpur berseorangan.

Kuala Lumpur tempat dimana aku dilahirkan. Disini perjalanan remaja aku bermula selain daripada zaman persekolahan aku di Kuala Kangsar.

Zaman-zaman remajaku di Kuala Lumpur tidaklah berkisar di tempat-tempat 'canggih' dan 'cyberpunk' yang menjadi 'tempat melepak' bagi sesetengah orang. KLCC, Bukit Bintang, apatah lagi Mid Valley. Haha~

Tempat-tempat yang menjadi kawasan perjalanan remaja aku kebanyakan berkisar di kawasan Pudu Raya, Central Market, Kawasan Masjid Jamek dan Masjid India. Kawasan ini menjadi kawasan berhiburan bagi aku.

Apes, Piki, Shareez dan Salah adalah antara mereka yang menjadi peneman zaman remaja aku. Kehidupan aku banyak dipengaruhi oleh mereka sebenarnya.

Saat ini aku teringatkan waktu pertama kali aku pergi ke Konsert Rock The World Edisi ke-5. Haha. Rasa sungguh remaja aku pada waktu itu.

Zaman dimana tiada lagi lesen. Kenangan terhebat aku bersama mereka antaranya adalah acara berjalan kaki ke KLCC. Ya... Dari kawasan Puduraya. Hahaha~ Lepas samapai KLCC terus balik naik LRT. Pergh~ Inilah kenangan terhebat....

Bermula Pengembaraan

Mulanya aku merancang untuk menaiki LRT untuk merasakan lebih thrill namum oleh kerana takut kepanasan yang melampaui batas, aku berkeputusan untuk menaiki kereta. Dan aku meletakkan kereta di Central Market. Dan disanalah bermulanya pengembaraan aku...



Jalan ini membawa banyak kenangan. Jalan inilah yang menjadi pilihan aku jika dari Pudu Raya ke Central Market. Selalunya, bolehlah nampak banyak Mat Bangla dan Mat Indo yang merayau disana sini. Haha~



Petaling Street. Dahulu sering menjadi tumpuan. Kini Jalan Petaling tidak banyak bezanya cuma tempatnya menjadi lebih padat dan banyak pertambahan peniaga-peniaga yang mencari rezeki disini.


Sempat juga aku menyinggahi Kedai Alat Muzik Woh Fatt ini. Mencari tuner dan gadget dan bagi memusakan hati yang penuh dengan kekacauan jiwa. Lepas ni boleh layan lagu ME dari Butterfingers dengan penuh asyik... Hahaha~





Setelah berjalan di kawasan Pudu Raya, aku berangkat dengan penuh kesenian pergi ke area Masjid Jamek. Dan diatas merupakan gambar-gambar yang berjaya aku ambil tanpa mempedulikan orang sekeliling semasa perjalanan aku ke Masjid Jamek. Antara gambar yang baik aku kira yang pernah aku ambil. Berlatarkan Menara Kuala Lumpur.





Diatas merupakan jalan utama aku selalu aku gunakan untuk pulang ke rumah aku di Taman Melati. Aku perlu melalui jalan ini untuk pergi ke Stesen LRT Masjid Jamek. Inilah rutin aku setiap kali balik ke Kuala Lumpur.

Teringat aku dimana dompet aku tercicir di kawasan ini. Cemas!!! Di kedai inilah aku aku gunakan telefon untuk menghubungi mak aku. Huhu~ Lalu aku diambil oleh kakak sedaraku. Pheww~



Tibalah aku di area Masjid Jamek. Kelihatan pelbagai ragam manusia disini. Ada yang nampaknya sibuk mengejar masa dan ada juga kelihatan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku disekeliling mereka. Banyak~ yang memalukan juga ada... =)

Dan seterusnya aku ke Jalan Masjid India...



Memang sejak ada lesen kereta aku akui memang aku dah malas nak berjalan di area Kuala Lumpur ni. Tambah-tambah tempat bersejarah bagi aku yang penuh dengan kesesakan ini. Haha~ Tu sebab malas nak beli baju raya... Haha~ Takde life aku ni...

Dan aku memang agak terkejut juga perubahan Jalan Masjid India. Dulu tepi jalan ada la selonggok dua orang meniaga tapi kini... Bazar lagi... Hampir kalah Downtown Danau Kota yang dekat dengan rumah aku tu.. Haih~ Aku dah tua ke haa.... Cepat sangat masa berlalu.... Isk~




Meriah-meriah... Memang hebat Jalan Masjid India... Dulu tempat aku berpijak ni tempat kereta lalu.. Tapi sekarang... Kereta tidak dibenarkan... Macam-macam peniaga... Melayu, Indo, Bangla... Siap ada RELA lagi... Mungkin nak mengawal kebanjiran PATI di Kuala Lumpur??

Inilah masjid India yang makin cantik... Tidak lagi berkarat... Huhu~ Aku pernah Solat Jumaat disini sekali... 6 tahun lepas... Dia punya khutbah dalam Bahasa Tamil daa... Huhu...

To Be Continued~

Saturday 17 April 2010

Tanah dan Pasir


Tindakan aku adalah di luar rasionaliti. Tidak tahu mengapa. Pemikiran menjadi terlalu sempit. Mungkin kekurangan interaksi dengan manusia lain membuatkan aku menjadi begini. Kesunyian itu sangat hebat dan ianya sakit yang sangat hebat.

Api disimbah dengan air. Aku sudah tidak ada upaya dan semangat lagi. Longlai. Tidak mendengar segala jeritan yang biasa didengari membuatkan aku sangat buntu. Ya! Aku tidak mampu berdiri lagi. Aku masih lagi tidak mampu untuk berjalan dengan sendiri.

Naif. Aku rasa aku kehilangan cita-cita. Aku memang bercuti dengan sia-sia jika aku fikirkan kembali. Rasanya semuanya sudah terlambat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Buntu!! Saat demi saat berlalu memang disia-siakan sebaik-baiknya.

Kalut. Aku kehilangan tempat bergantung dan dimasa yang sama aku menjadi tali pergantungan bagi yang lain. Mereka menawarkan tali untuk aku bergantung. Namum tali yang diberikan itu hampir putus. Mengapakah??

Aku ingin lari. Kau ingin lari. Kita berlari pada garisan yang berlainan. Kita tidak menuju pada satu matlamat yang sama. Aku masih tercari-cari mana hala aku? Aku tidak sama dengan kau. Kau tidak sama dengan aku. Konflik kita berbeza dan cara penyelesaian kita berbeza.

Aku cuba untuk melupakan. Tidak sama sekali dapat melupakan. Kerana ini semua penipuan. Kelak penipuan ini membinasakan. Dan ianya cukup sudah membinasakan aku. Dan ia terus membinasakan aku. Dan masih lagi....

Tanah dan Pasir. Rasa berlainan apabila dipijak keatas keduanya. Inilah hakikatnya.

It's not over till it's over....

Nota Kaki: Jangan banyak fikir... Nanti satu benda tak jadi... Andalah terhebat!!

Monday 5 April 2010

Keputusan


Teringat aku semasa mak aku mula-mula jatuh sakit, ada seseorang pernah mengatakan ada kemungkinan dimana aku tidak boleh sambung belajar. Apabila difikirkan kembali, memang agak benar apa yang dikatakan olehnya.

Tanggungjawab kini semakin besar dan sangat besar. Ada ketika dimana aku sudah berputus asa dan sangat berputus asa. Memikirkan adik yang semakin membesar dan meningkat remaja, kehilangan nasihat-nasihat daripada ibu yang dahulunya selalu mengingatkan aku (akibat daripada 'memory impairment' kesan daripada hypertension di pejabat), masalah konflik dalam diri lagi yang dicetuskan hasil daripada usia remaja yang tidak menentu. Masalah berdikari dan berbagai-bagai lagi. dan paling merunsingkan lagi adalah masalah liabiliti yang ditanggung. Memang dasyat. Inilah perkara yang paling menakutkan aku.

Hasilnya, timbullah post-post yang mengarut dan status Di Facebook yang aku sendiri tidak faham kadangkala apa objektif serta tujuannya.

Namum, terima kasih kepada rakan-rakan sekolah yang mengunjungi aku. Jika tidak kerana kehadiran mereka, memang nyata aku akan tenggelam di muka bumi. Haha~ Beberapa kali berbeku sekurang-kurangnya membuatkan aku sedikit berfikir dan membuat sesuatu selain menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan mak aku.

Secara jujurnya, tidak banyak perkara yang berjaya diselesaikan. Mungkin masalah birokrasi ataupun masalah-masalah prosedur yang sering melambatkan proses-proses urusan yang patut dilakukan. Medical Board masih tidak ditubuhkan lagi. Aku tidak tahu sampai bila harus aku menunggu. Masalah berpunca daripada Syarikat mak aku bekerja berpindah dari The Mall ke KL Sentral sekaligus melambatkan proses bayaran bil hospital. Kesan daripada kelambatan inilah menyebabkan Medical Report lambat diperolehi.

Disebalik ada perkara yang tidak dapat diselesaikan lagi, aku sudah berkeputusan untuk meneruskan belajar dan membawa mak aku ke Seri Iskandar. Aku berharap perkara-perkara tersebut dapatlah diselesaikan sebelum aku masuk belajar.

Tadi aku baru menghubungi Tuan Rumah di Seri Iskandar. Nampaknya semua berjalan dengan lancar. Kami akan mula menetap bulan Jun, untuk menyesuaikan diri serta membuat persiapan terakhir.

Ada sedikit ketakutan jauh di lubuk hati kerana aku bakal membina satu hidup yang baru. Namum disebalik ketakutan itu, aku mengharapkan keputusan ini adalah terbaik yang dilakukan.

Dalam satu setengah bulan ini aku akan cuba menstabilkan keadaan. Insya Allah...

Nota Kaki: Toyota Corolla AE80 bakal berpindah tangan... Harapannya ini keputusan yang baik juga... Amin...

Butterfingers - Royal Jelly

Masa diploma ini lagu wajib nih... Dah lama tinggal... Zaman dimana dalam hati ada bangunan setinggi KLCC... Tapi bangunan tersebut telah dilanggar oleh Kapal Terobang... 'Hancur' terus bangunan tersebut.... Bangunan tersebut telah runtuh... Jadi kini bangunan tersebut sedang dibaik-pulih agar menjadi lebih kukuh dan tidak runtuh dengan teruk apabila dilanggar sekali lagi...


Royal Jelly - Butterfingers

Jeopardize
Looking through the eyes of dollars
Patience
Cracked away
Pigeons fly
Blow it all aside up into the sky
And believe me its alright

Everything's coming and distracting
Deafening blaring and vibrating
Counterfeit inspired makes used if forever and now
To feel not to shrewd completely

Be precise
Opportunities are open wide come in life
Behind
Break the eyes
Close both eyes and now make your feelings cry
and belive me it's alright

Everything's coming and distracting
Deafening blaring and vibrating
Counterfeit inspired makes used if forever and now
To feel not to shrewd completely

Feel inside
Feel the hype
Feel the vibe
Stay in sky-high

Everything's coming and distracting
Deafening blaring and vibrating
Counterfeit inspired makes used if forever and now
To feel not to shrewd
completely

Karaoke Mari.... Haha!!

Takkan nak karaoke lagu Butterfingers kan... Ni lagu nak kene karaoke nih... Hahaha!!!

Saturday 3 April 2010

AE86

Saja aku nak bercerita.... Mengenai AE 86...

AE86 aku ni tak lah laju mana... Tapi masa zaman diploma dahulu-kala, gagah jugak AE86 aku ini menjasakan dirinya membawa aku dari Kuala Lumpur ke Seri Iskandar...

AE86 aku ini pernah berlumba dengan Honda Civic Acap.... Hahaha!!! Tapi kalah la kan... Hahaha!!!

Apa yang bestnya... Masa aku lumba dengan Acap tu, sempat jugak buat aksi ala-ala 'Initial D.'.. Tutup lampu masa berlumba... Lepas 2 cuba memotong... (hahaha... pasti tidak berjaya... Hahaha!!)

Selepas dari itu, mereka menggelarkan aku sebagai Tohai... Hahaha!!!

Teringat aku akan moment ini... Namapun kenangan... Tapi kenangan bukan boleh ditukar menjadi makanan...

Jasamu dikenang...


Ada kaitankah?? Pasti tiada... Hahaha!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails