Saturday 18 September 2010

Karya

Aku mahu buat karya kalau diizinkan nanti. Karya itu merangkumi perkara-perkara duniawi serta rasa. Setelah kegagalan menyiapkan enambulansembilan yang penuh emosi serta tragedi, kini aku akan cuba menghasilkan satu karya yang halus bagi menterjemahkan semua yang tersirat dalam hati aku.

Karya itu pasti akan mengambil masa untuk disiapkan. Sama juga seperti luka-luka yang dalam sehingga berlarutan menjadi parut diatas permukaan.

Karya itu akan dipersembahkan di enambulansembilan seperti mana ia tersorok disudut hati aku. Seperti mana subjek cuba berlumba dengan masa, aku akan tidur di bilik gelap penuh kesunyian ini. Maka terbuanglah semuanya..

Terima Kasih kerana aku masih hidup. Dan jiwa masih hidup.

Dan mempersembahkan Yuna, Decorate. Aku suka karya ini kerana struktur lagunya. Pendek. Tiada ulangan lirik dan aku suka menjadi seorang yang outdated. Orang lain semua dah layan lama, aku baru nak layan. Orang dah lama menangis, aku selepas beberapa jam baru mahu menangis.. Yeah! Selain itu, ada persoalan, bila pula aku boleh plucking begini?? Dan akhirnya, silakan menonton...

Yuna - Decorate



So you decided to see me out of the blue,
should i let you come over?
i think you're doing fine..
that girl in your arms does she know where you come from?

Almost made me move out of town,
you don't want me to be around, i stayed anyway,
just in case...

finding reasons to hate you more than before
like how you said, you would call
but never at all..got rid off your number that i know by heart...

you left your things at my place,
as if i have all the space,cause you know i dont mind
just come back when you think its time..

i'm all black and white inside,
monotonous from left to right
i decorate my house with things you love
just in case, you show up..
in case you show up.

Credit

Saturday 11 September 2010

Raya Kedua

Beberapa tahun dahulu, kalau balik kampung, pada raya kedua, pagi-pagi dia dah hilang. Seperti raya-raya yang lepas, kehilangannya tidaklah begitu mengejutkan. Bila bangun dari aku bangun dari tidur, selepas beberapa ketika, kereta hijau akan tiba kembali dan seperti juga raya-raya yang lepas, bungkusan roti canai berkeping-keping berada di tangannya. Maka selesai sudah persiapan untuk sarapan.. Tak perlu difikirkan sudah tentang sarapan... Semoga dia berbahagia jauh disana...

Tahun lepas. Ada jugak dengar bunyi menjerit ke ape...
Hahahahahaha!!

Tahun ini, kalau Hasan tak kata dia beli lemang, aku tak tau nak makan apa raya kali nih. Duduk je la kat rumah. Haha! Kedai tak bukak pulak tu. Tinggal 7e je kat area rumah aku nih. Sebab ada lemang yang Hasan suruh belikan ni, ada la bau-bau raya kat rumah yang macam tak orang menghuni nih.. Haha~

Enough~ Alhamdulillah.. Aku masih hidup dan masih ada manusia di sekeliling aku.. Dah sampai masanya menjadi orang tua walaupun masih terasa muda... Hahaha~

Jemput la datang raya rumah... tapi rumah jiran aku la... Hahahaha~ (Copy ayat nih... Haha)


They say past is past. We need to move on to see the future. But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future?


Thursday 9 September 2010

Salam Eid' Fitri


Selamat Menyambut Hari Raya Fitrah kepada muslimin dan muslimat yang membaca blog ini. Semoga kita bertemu lagi di Ramadhan yang dihadapan nanti. Kepada yang sudah berkerja, saya ingin menyatakan saya masih layak nak menerima duit raya. Hahahaha~ ;p

Semoga Eid'Mubarak kali ini memberikan keberkatan yang maksima serta kita dapat pengajaran daripada ramadhan Kareem yang kita lalui sebelum ini... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails