Monday 29 November 2010

Satu Hari Lagi!!!


Satu hari...
Ya! Satu hari...
Untuk apakah satu hari?
Lagi satu hari akan bermula praktikalkah??
Ya mungkin...
Namum lebih memeningkan...


Memang pening bila dah lama tak balik nih... Haih~
Semua benda nak pikir...
Semua benda due akhir tahun... Urgh~
Jadi tinggal satu hari nak setelkan road tax, bil-bil dan bla bla bla...
Pening~~~~

Internship
Malam ni tadi aku meronda sekitar Pekan Setapak sampai sesat mencari tempat praktikal. Sampai sesat kot. Besar betul kawasan 'Setapak' nih.

Nampak gayanya tempat praktikal tersebut tidak begitu terpencil. Berdekatan sangat dengan Jalan Genting Kelang. Di kawasan tersebut banyak kedai kereta. Jadi aku target nak beli sebuah kereta selepas praktikal nanti. Ferrari satu cukuplah.. hahahaha~

Sunday 21 November 2010

Selamat Berjaya - SPM 2010

Adik aku akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Bermula esok berdasarkan jadual yang aku dapat dari http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/spm/2010/jwspm2010.pdf

Abangmu ini tiada apa nak diucapkan cuma ini sahaja:

'Semoga Berjaya'

Semoga usaha dan kesabaran selama ini dibalas dengan baik. Kamu memang adik yang baik dan rajin.

Semoga berjaya juga kepada adik-adik orang lain yang bakal menghadapi SPM bersama-sama adik aku. Huhu~ ;)

Thursday 18 November 2010

Mimpi Pagi Itu


Pada pagi itu, aku bermimpi...
Kita berjalan di satu taman,
Indah sekali,
Dengan suasana yang tenang,
Tiada ganguan meruntuh jiwa.
Namum pada malam itu,
Aku berpijak diatas lumpur,
Lalu aku terjatuh,
Dan aku tidak bangun,
Kerana kegelapan itu berada disisiku...
Dan pada hari ini,
Fikiranku masih mengenangkanmu...
Dan hanya secangkir doa dapat ku kirimkan...



In remembering the person had walking far away from me...

Monday 15 November 2010

Cuti-Cuti Seri Iskandar


1. Minggu peperiksaan.
Sudah berakhir untuk tahun ini. Untuk semester ini, hanya tiga subjek yang terbabit dengan peperiksaan. Jadi berakhir lebih cepat dari orang lain namum debaran masih seperti makhluk-makhluk yang lain yang menghadapi peperiksaan. Harapannya semua lulus dengan baik.

2. Bersukan.
Selepas minggu-minggu peperiksaan berakhir, sukan semestinya menjadi sesuatu yang baik untuk dilakukan. Mungkin tidak begitu berat, namum sudah cukup penat bagi aku. Hehe~ Antara yang menjadi pilihan adalah; Badminton, Snuker, Bowling dan Ping-pong.

3. Kaki terseliuh.
Empat hari lepas aku bermain badminton dengan sangat macho. Kali pertama aku main di UTP dalam semester ini dan kali pertama terseliuh semester ini. Sehingga tak boleh berjalan, dan itu satu peringatan dari Yang Maha Agung untuk aku. Dan aku bersyukur atas peringatan itu. Terpaksa memanggil adik aku pulang dan terima kasih kepada Along yang berada di Kuala Kangsar kerana berjumpa adik aku dan menguruskan urusan adik aku ke Stesen Bas Kuala. Mungkin dah kena bersara dari arena sukan Badminton??
Bersara??

5. Jamming.
Kedatangan Apes dan Zaku ke Seri Iskandar. Perkembangan menarik. Ada dua lagu baru sudah dicipta oleh dalam 8 December lepas. Penangan posrok namum tak sempat dirakamkan.
Bajet student UTP. Ahaks~


Cyberpunk

6. Tiga - Satu.
Keputusan permainan snuker antara aku dan Zaku. Hehe~ Nasib menyebelahi kerana Zaku agak handal berbanding dengan aku.

7. -100-
Mata maksimum dalam permainan bowling. Urgh~~ Sangat tidak berbakat. Dua kali dapat mata 100.
100

8. Praktikal.
Satu haribulan Dua Belas akan bermulanya praktikal di sebuah Firm di kawasan Danau Kota. Diharapkan tidak banyak masalah dan dapat mengharungi praktikal dengan baik Insya Allah.

9. Cerita Korea.
Kerana kaki sakit sempat habiskan cerita Korea. IRIS. Konsprirasi punya. Tapi jiwang. Urghh~

IRIS

10. Hari Raya.
Apa itu Hari Raya Aidil Adha? Fikirkan sendiri...

11. Cuti-Cuti Seri Iskandar
Rumah kat Seri Iskandar masih tidak dikemaskan lagi. Masa semakin suntuk dan banyak urusan perlu dilakukan di Kuala Lumpur. Pening2~~ Sampai bila nak melepak kat sini???

Buku dan Wayar

Harap-harap buat masa terdekat kaki ok untuk melangkah. Nak balik KL kejap nak letak barang, Aminn~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails