Monday 25 January 2010

Innocent

Minggu lepas aku pulang ke Perak. Aku semakin gemar untuk mendengar pengalaman daripada manusia-manusia yang lebih berpengalaman daripada aku. Selain itu, aku juga kini sering memerhatikan keadaan sekeliling. Dan ini adalah antara hasil pemerhatian aku.

Melihatkan muka tidak bersalah ini kadang-kala menceriakan hati ini. :-)






Aku hanya tersenyum melihat kelincahan Si Kecil yang dipanggil Alia ini... Sememangnya dia pembela ayam yang berbakat... :-)

Thursday 7 January 2010

Acara-acara

Minggu lepas aku telah menghantar adik aku ke Kuala Kangsar. Sekarang rasa sunyi pula... Haha...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melepak-lepak di sebuah kedai mamak di Seri Iskandar. tak tahu apa namanya.. Terima Kasih juga kepada En Amir yang belanja kami semua. Rasa bersalah pulak... :-) Tapi..

Semalam aku membawa mak aku ke hospital. Tujuan utama mengambil MC. Bukan mudah tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Perlu memikirkan strategi-strategi untuk mengambil MC kerana mak aku masih belum berupaya untuk bekerja.

Acara seterusnya menghantar MC ke pejabat Mak aku. Bertanya tentang status mak aku di dalam CCM dan pilihan-pilihan yang ada untuk mak aku. Medical Board atau Option. Memang memeningkan. Setiap pilihan ada kelebihan dan keburukannya. Namum ada yang mengatakan Medical Board adalah pilihan yang terbaik. Jadi berkemumgkinan besar we will fight for Medical Board.

Acara seterusnya membawa mak aku berjumpa rakan-rakan mak aku. Haha. Apa yang boleh aku katakan ialah 'HIBA'. Semua terus memberikan sokongan moral kepada mak aku untuk terus kuat. Ada yang memberikan jalan untuk perancangan masa depan kami sekeluarga. Ada juga yang memberikan cadangan tempat perubatan alternatif selain daripada Hospital. Terpampang kegembiraan di wajah Mak aku.

Selain itu, ada rakan-rakan juga yang mencadangkan untuk berjumpa terus dengan CEO tempat mak aku bekerja. Ada sedikit nervous dan sedikit excited kerana selalunya CCM hanya aku dengari didalam kelas terutamanya kelas LAW, FAR dan lain-lain.. Mulanya dijadualkan hari ini namum ditangguhkan kepada tarikh yang lain mungkin atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi aku ada peluang untuk bersedia lebih awal.

Selepas perjumpaan mak aku dengan rakan-rakannya, mak aku ada berkata:

'Inilah tempat mak mencari rezeki, walaupun bagaimana masalahnya.. Tempat menyara kamu berdua, tempat menjelaskan 'loan-loan'.. Tempat dimana mak mengadu rasa dan masalah bersama rakan-rakan walaupun ada ketikanya ada perselisihan pendapat...'

The end~

Sunday 3 January 2010

Kasih

Sedikit demi sedikit
Dia menitiskan air mata
Walaupun dia tidak mampu untuk melihat
Tapi dia punya perasaan
Kasih terhadap orang yang disayanginya
Namum,
Dia terpaksa melepaskannya
Demi masa depan orang yang dikasihinya
Memang sukar

Aku tahu
Sebelum ini
Dia menangis bersendirian
Dia tabah bersendirian
Dia menguruskan semuanya bersendirian
Namum,
Apabila dia berjumpa kembali orang-orang dikasihinya
Dia akan tersenyum
Seolah-olah tiada apa berlaku
Dimana semua kesusahan demi orang yang dikasihinya
Tidak memberi penat sedikitpun untuk dirinya

Malah...
Dia masih mampu tertawa
Walaupun dia melalui
Sedih
Sunyi
Takut

Namum semuanya hilang begitu sahaja...
Tibanya waktu kepulangan orang yang dikasihinya
Apabila terdengar suara memberi salam
Mengetuk pintu
Tergesa-gesa dia menyelak pintu itu
Lalu dirinya memeluk orang yang dikasihinya
Disambut dengan senyuman
Dan itulah waktu-waktu yang menggembirakan baginya
Sebagai seorang Ibu...


Mak aku menangis dikala menghantar addikku pulang ke sekolah.... Belajar menjadi seorang yang punya perasaan... Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails