Friday 30 November 2012

Rindu Itu Menyakitkan

Dulu selalu mengadu kat dia... Walaupun dia tak dapat paham atau tak dapat bagi penyelesaian..
Masalah sebesar masalah... Duit, macam mana nak cari jalan keluar..
Sembang kosong, jiwang... Jumpa crush...
Tersepak bata luar rumah, kaki sakit...
Sekarang simpan je semua... Simpan... Semua sendiri...
Sakitnya mengetahui apa itu erti rindu... Sakit...

Monday 27 August 2012

Kampung Bali

Tadi aku melalui Kampung Bali. Gelap. Tak banyak lampu jalan sepanjang jalan disini. Seringkali ada lembu melintas dan sangat berbahaya jika pemandu membawa kenderaan dengan laju.

Bosan benar rasanya kalau membawa kereta melalui jalan ini. Kalau ada kawan kurang sikit kesunyiannya. Kalau si pemandu tak sedar ada lembu melintas mungkin si co-pilot boleh menegur.

Tapi nak buat macam mana. Membernya tiada. Jalan sahaja walaupun seorang sambil dengar radio. Itu sahaja yang mampu.

Jalan seorang dan jalan dengan member memang lain rasanya dan aku akan menghargainya..


Sunday 24 June 2012

Wednesday 20 June 2012

Rasa

Rasa nak meloncat dan jerit... Hooooo~~
Tapi...
Pakai kasut pun tak larat.. Haha.. Haha..

Tuesday 19 June 2012

Berperang Dengan Masa

Masa. Dua puluh lima tapi aku perlu beri perhatian apa yang perlu diutamakan. Harapannya segala keputusan yan dibuat itu adalah yang terbaik. Insya Allah...

Monday 14 May 2012

A Mess

Sebelum aku mengetahui hakikat, aku telah merancang sebaik-baiknya untuk meningkatkan pencapaian aku dalam akedemik...


Memang gembira apabila subjek akaun mendapat markah second highest..


Namum..


Setelah aku mengetahui hakikat, kehidupan aku semakin tidak teratur.


Menangis, lepak mamak seorang diri, tidur menjadi teman aku.


Sebahagian Ujian pertengahan tahun aku lingkup.. Kebenaran yang mengganggu fikiran..


Rasa kacau, hidup tidak akan lama, seolah-olah tiada objektif kehidupan.. Aku tak faham..


Malam aku kini tidak lagi bertemankan buku, drama korea, facebook.. Yang ada hanya termenung, cuba untuk tidur yang tidak berjaya sambil menahan rasa sakit ini...


Aku tidak bertenaga.. Aku cuba keluar dari rasa ketidakselesaan ini.. Tapi semuanya gagal...


Kini aku berada di mamak keseorangan dan makan sebelum menelan ubat... Dan sekotak untuk tiga hari merupakan pencapaian bagi aku selama beberapa tahun ini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 3 March 2012

Kedai

Bila makan sorang-sorang kadang kala terasa jugak...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 19 January 2012

Sukar

Perjalanan untuk mendapatkan Tiga Perpuluhan Sifar tampak sukar. Harap perjalanan dimasa akan datang dipermudahkan olehNya.


Published with Blogger-droid v2.0.3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails