Friday 11 December 2009

Sekadar Catatan Biasa...

Result sudah keluar. Seperti biasa daripada Diploma dahulu keputusan tak pernah nak memberangsangkan. Haha. Tak guna memberi alasan dan aku bukanlah telented person. Semua perasaan bercampur-baur; Haha...

4 daripada 7 subjek aku yang diambil... Lulus semuanya... Sedikit kecewa tapi harus bersyukur juga... Arab, Law, International Business dan 'FAR400'...

FAR400
Tadi aku dihubungi Cik Wati... Dengarnya lebih meriah semester lepas.(maksudnya lebih ramai failed).. Mungkin kerana kapasiti student yang lebih ramai berbanding dengan batch aku yang yang tidak begitu ramai.... Aku hanya lulus diatas pagar... Sedih..

Selain itu, dia juga ada memberikan nasihat-nasihat mengenai situasi aku sekarang....

Potong
Aku nak potong,potong dan potong... Buang,buang dan buang... Banyak perkara perlu dilupakan dan memulakan hidup baru... Hadap yang ada dihadapan... Dengan penuh semangat tanpa




Mencari Buku

Banyak buku-buku aku beli dahulu kala... Tajuknya power-power belaka... Antaranya...

'The Commission; The Uncensored History of 9/11 Investivigation'
Buku yang dibeli di luar Kuala Lumpur, tak pernah dibaca... Hahaha... Maka buku ini kena dibaca sepanjang percutian ini... Confirm tak paham... Hahaha

'Tuhan Manusia' by Faisal Tehrani
Baru baca separuh... Tak faham... Haha

'Dare to Fail' by Billy Lim
Antara buku yang aku berjaya habis baca... Hahaha... Inilah akibatnya... Menjadi seorang 'Negative Thinker'... Terpengaruh dengan PKA masa Diploma... Hahaha

Ini sekadar catatan biasa... :-)

Friday 4 December 2009

A Week

Kini aku berada di Hospital Selayang. Menjaga mak aku yang kini dimasukkan disini. Dia sedang tidur nampaknya.

Hari ini, genaplah seminggu beliau dimasukkan ke hospital. Sabtu yang lepas beliau dimasukkan ke hospital ini kerana kelihatan agak kepenatan. Lalu aku dan Bapa saudara aku berkeputusan untuk membawa mak aku pergi ke Hospital Selayang pada hari tersebut. Sehari selepas perayaan AidilAdha...

Sepanjang seminggu ini aku banyak belajar mengenai kehidupan. Banyak drama yang aku lihat, dengan tema yang berbagai-bagai. Kasih sayang, kebencian, pengorbanan, persaudaraan, setiakawan, penantian, ketakutan dan pelbagai jenis tema yang aku saksikan dan rasai sendiri. Tidak perlu memonton drama di televisyen. Haha.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan sama ada melalui mesej pesanan ringkas mahupun melalui internet. Sememanngnya amat dihargai sokongan anda semua.

Ada juga yang cuba menyakitkan hati juga ada, terima kasih juga aku ucapkan. Itu juga teramat-amat aku hargai.



Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang membaca, doakan kesihatan beliau ya... Amin... :-)

Saturday 21 November 2009

Runsing...

Mood: Runsing

Pening memikirkan tentang apa yang harus dilakukan sepanjang aku cuti 6 bulan yang bakal dihadapi ini. Rasanya tiada option yang banyak untuk aku membuat keputusan.

Dalam keadaan sekarang, mak aku tidak boleh ditinggalkan kerana matanya tidak nampak. Jadi aku perlu menemaninya sepanjang masa.

Namum, jika aku duduk di rumah apa yang aku boleh lakukan? Aku tidak banyak hobi-hobi yang dilakukan di rumah.
  • Kerja?? Sukar aku nak katakan... Mak aku perlukan aku sebagai matanya untuk membuat kerja-kerja asas seperti makan, persiapan untuk solat dan pergi ke tandas...
  • Mengemas rumah?? Sampai satu tahap semuanya sudah dikemaskan tiada apa yang boleh dikemaskan....
  • Main Gitar??? Aih... Sorang-sorang main gitar memang la tertekan... Takkan la dalam masa 6 bulan nak main gitar sepanjang masa...
  • Study?? Aih... Ni aku tak pasti... Tiada guru... Tiada rakan... Yang ada hanya buku... Tiada tekanan peperiksaan... Pasti sukar nak menjadi....
  • Tengok TV?? Oh, pastinya tidak... Aku fikir televisyen ini membosankan... Kene belajar tengok cerita-cerita yang membosankan... Pasti tidak menarik....
  • Melayari internet?? Sampai bila??? Dah naik bosan dengan Facebook.. Sampai bila nak blogging nak emo2...

Tapi mak adalah priority aku dan tanggungjawab aku sekarang... Tak tahu apa yang patut dilakukan.... Fikir2...

Aih... Masih runsing apa yang patut dilakukan... Hmmmm....

Wednesday 18 November 2009

Berkata Benar...

Mood: Emosional

'Kamu kene buat backup plan Zaid... Bukan senang nak buat akaun nih...'

Aih, sorang Cik Pandai yang nak demotivate aku nak belajar balik. Tolong la paham. Nak aku quit ke ape? Tau la dah lepas... Dalam keadaan aku macam nih boleh tak tolong diam dan biarkan aku buat keputusan aku sendiri.... Paham la kamu tu dah tua, dah ade hidup sendiri... Dah dapat MIA member ape semua. Tapi tolonglah faham keadaan aku sebelum berkata-kata. Haish.

Memang sukar menghadapi realiti kehidupan. Memang kita kena belajar daripada realiti itu. Tapi perlukah realiti itu didedahkan untuk menjatuhkan motivasi orang lain?? Fahamlah aku pendapat-pendapat yang cuba diketengahkan, mungkin untuk membantu keadaan aku yang boleh dikatakan rumit dan untuk memahami realiti.. Tapi boleh tak gunakan perkataan-perkataan yang boleh membuatkan aku tidur lena dimalam hari?

Pening...

Belum lagi aku nak ketengahkan kata-kata Cik Pandai yang lagi satu yang membuatkan rasa bersalah sampai sekarang. Dia nih sememangnya 'realistic' dan aku sememangnya aku menghormati dia sehingga sekarang kerana pendapat-pendapatnya yang sememangnya realistik. Tapi apabila difikirkan kembali, kata-katanya yang pedas itu sememangnya untuk membantu tapi... Emm... Mungkin dia cuba mengamalkan hadith Rasulullah:

'Berkatalah benar, walaupun ia pahit'

Em.. Sebab dia berkata benar itu membuatkan aku tak boleh tidur berhari-hari dan membuatkan aku seperti hidup dalam sumpahan dan tidak mampu untuk berfikiran optimistic lagi. Memang berbaloi realiti kehidupan ini...

Atau aku belum bersedia menerima realiti kehidupan ini??

p/s: Aku memikirkan satu konsep asas... Setiap orang punya masalah yang tersendiri. Jangan difikirkan kita lihat keadaan seseorang yang senang itu, dia terlepas daripada segala masalah. Cuma, mungkin yang membezakan adalah sebesar mana masalah yang dipikul.

Tuesday 17 November 2009

Back To Basics

sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Ayat yang selalu didengari semasa aku di sekolah zaman dahulu-kala. Itulah modal yang dijadikan bahan tazkirah oleh selama aku 5 tahun disana.

Malam ini aku teringat balik ayat ini... Hanya sekadar ingin berkongsi...

Sunday 15 November 2009

Follow the Map by Mono

Follow The Map... Title yang menarik...

Apabila kita meneroka ke suatu alam yang baru, kadangkala kita memerlukan peta sebagai petunjuk arah. Bergantunglah kepada bagaimana peta itu dilukis serta ketepatannya, juga bergantung kepada pemahaman kita bagaimana tentang peta itu. Penggunaan kompas dan sebagainya sebagai suplementary tools dan lain-lain, membolehkan kita pergi ke tempat yang dituju.

Begitu juga dengan matlamat hidup kita. Sejauh mana kita merantau, berdikari dengan 'peta' yang kita bawa sepanjang masa, sejauh mana kita faham mengenai kehidupan, bagaimana orang sekeliling kita mempengaruhi kita, itulah yang menjadikan kita hari ini. Aku pernah merasakan ada matlamat yang ingin dituju, tapi aku masih tiada 'peta' yang tepat boleh membawa aku menuju ke tempat yang ditujui.

Enjoy the Song... :-)

emmm...

ms dpn kiter leh tentukan...cuba byk halangan je...jadikan ianya sbgai cabaran...mungkin hikmah disebaliknya lebih baik...emmm...

Saturday 14 November 2009

14 - 11 - 2009

Hm... Member-member hari nih dah habis final....
Apela kabo deme gamaknye...
Yang pastinya deme mesti sebok dengan urusan masing-masing selepas ini..

Permohonan cuti dan pengecualian daripada peperiksaan diluluskan... Walaupun belum boleh lega 100 peratus.... Aku akan cuba untuk meneruskan cita-cita... Semoga cita-cita tak berkubur...

Sejak kecil aku tak pernah berminat untuk menonton TV... Sekarang aku mau belajar menonton TV dan belajar menonton drama sampai menangis.... Hahhahaa...

Hahaha... Masih teringat-ingat... Bila mau lepak bersama lagi... Hahaha... Jom2... Makan2... Kedai mak.. Chengho... KFC... Hahhaa...

Blog baru... Yehaa... Hahahaha...

Wednesday 11 November 2009

Belajar Menjadi Dewasa

Aku akui aku seorang yang manja... Aku tak pernah rasa mahu berdikari... Cuma 6 bulan kebelakangan ini aku rasa ingin berjaya... Aku mahu jadi seseorang yang bercita-cita...

Tapi kini... Aku dihujani musibah... Aku rasa memang amat keseorangan... Walaupun ramai yang memberikan sokongan tapi aku terasa tanggungjawabnya... Tanggungjawab sebagai seorang anak pertama...

Aku sebenarnya merasakan tidak mampu untuk menanggung... Aku tidak mampu... Tapi aku terpaksa hadapinya... Kadang-kadang aku terasa cita-cita aku akan berakhir disini sahaja....

Apa yang dihajati selama ini memang sentiasa akan dipenuhi dengan apa cara sekalipun... Aku tidak faham untuk menanggung semua ini...

Ada rakan mengatakan... Allah tidak akan memberikan dugaan sekiranya hambaNya tidak mampu menghadapinya.... Tapi aku tidak mampu untuk berhenti menangis....

Aku cuba untuk menghadapi semua ini... Apabila selesai... Aku kembali meneruskan pengejaran mencari cita-cita... Walaupun ianya kelihatan samar...

Saturday 24 October 2009

UiTM Perak 2

Aku hanya watak kecil... Chill sahaja.... :)
........................................................................

Monday 12 October 2009

Ruin By Selling Out



All the way for I dare not
Buy it what am I supposed to
Do without you?
Life will never be the
Same when I picked up the pieces
Rock and roll legacy
Rock and roll lies
Don't you ruin my holiday
When I wanna holiday
Holiday is where my life
Is changing color
ooohh.... Oligopoly
Don't you ruin my holiday
Everyday a holiday
Holiday is where I feel a
Whole lot better hope it's not too late
Truth is said and I dare
Not buy it what am I supposed
To do without you?
Life is never easy when I picked up the pieces
Ruin by the selling out

Saturday 3 October 2009

Another Boring Post...

Oleh kerana saya amat bosan dan saya rasa saya amat membosankan, dan makanya terciptalah satu post yang agak membosankan. Dan tajuknya agak pernah kelihatan ya...

Penat rasanya menjadi seorang yang emosional. Harap dimaafkan atas segala tempias yang terkena pada diri kalian hingga menyebabkan kalian terasa hati apabila datangnya 'characteristics' yang boleh menguris hati. Harap dimaafkan sekali lagi.

Saja mahu bercerita, dahulu kala saya amat meminati nasyid(perlu ke?), dan malam tadi selepas kelas Bahasa Arab berakhir saya telah pergi ke Pertandingan Nasyid antara Fakulti Piala Naib Timbalan Pengarah Kampus UiTM Perak. Dan.... Sungguh mengecewakan... ~tersangkut

Akhir-akhir ini, saya gemar mendengar kembali lagu-lagu Seven Collar T-Shirt... dan kerana rasa kebosanan saya letakkan video ini. Jangan ditanya mengenai makna lirik lagu tersebut kerana saya keputusan Bahasa Inggeris saya semasa SPM tidaklah begitu memberangsangkan... Jadi.. Inilah...

Faith
Seven Collar T-Shirt


Sunday 27 September 2009

Goodbye Mr Internet

Goodbye Mr Internet...
No more post after this....
Just tired already to write anymore...
Hopefully no more major problems after this...
So that I can keep focusing to achieve my main objective...
Objective of Living.... =)

Bye2...

Thursday 24 September 2009

Kuala Kangsar

Sekarang aku berada Kuala Kangsar... Bandar yang banyak kenangan untuk aku....

Disini aku bersekolah dan Kuala Kangsar bagai tanah tumpah darah aku....

Banyak kenangan manis dan pahit aku disini... Dari nama pasaraya dahulunya Fajar kini sudah bertukar kepada The Store... Tragedi 6 tahun lalu yang sampai sekarang aku sedang cuba lupakan... Cendol Mat... Istana Iskandariah... Masjid Ubudiah... Tempat lepaking sebelum naik bas, Charisma Technology... Ping-Ping, tempat membeli transistor.... Kedai mamak belakang stesyen bas, menyorok daripada masyarakat... Baju batik hijau... Zek Am(sekali je aku jamm kat situ... wahaha)... Selipar Asadi yang suka buat orang jatuh... Kedai kasut takraw... Padang bola tampar dekat sekolah... Naik teksi Rm4 ke Bukit Chandan... Padang Botak(1st time score walaupun main ala-ala budak)... MCKK tempat kursus bahasa arab dan main takraw persahabatan... Sabran... Lembah tempat jalan2... dan pelbagai tempat lagi yang aku ingat-ingat lupa...

Aku sememangnya hidup dalam lipatan sejarah... Dan kerana sejarah menjadikan aku sekarang.... Kerana sejarah juga aku menikmati hidup sebegini... Baik atau buruk... Bahagia atau tidak... Berduit mahupun sengkek... Disukai mahupun dibenci... Dan aku memang hidup dalam sejarah... ~end

ps: Dah beli rempah rendang To', ikan pekasam dan barang-barang keperluan yang lain... Mak aku kata seronok membeli di Kuala, boleh tawar menawar... Huhuhuhu... Terima Kasih... =)

Wednesday 23 September 2009

Weird

Aku tak nak balik Perak....
Tapi aku perlu balik...
Dan terasa ingin balik...
Itu sahaja...

Assignment??

Terasa kegelapan... mungkin lebih gelap dari dahulu??

Saturday 19 September 2009

Selamat Menyambut 'Idul Fitri





Ditujukan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini,

Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Harap dimaafkan segala kesilapan-kesilapan yang lalu.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk/tidak menarik itu disandarkan kepada saya sebagai seorang makhluk yang hina ini.

Semoga Hari Raya kali memberikan hikmah kepada kita setelah beribadah kepadaNya di sepanjang Ramadhan yang lalu.

Selamat Hari Raya 'Idulfitri
Maaf Zahir dan Batin

Abu Zaid bin Hussien

p/s: Azam baru... =)

Friday 18 September 2009

Salam Takziah

Salam Takziah buat keluarga Firdaus Shamseer @Fido Macho atas pemergian neneknya ke Rahmatullah malam semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan-golongan orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah

Saturday 12 September 2009

'Terbang'

Saya mahu terbang
Tapi saya tiada sayap...

Oleh kerana mahu terbang
Saya fikir mahu membuat kapal terbang
Tapikan...
Macam bukan bidang saya..
saya buat akaun...

Hm...
Beli tiket kapal terbang??
tak mampu...
Saya miskin

Maafkan saya...
Saya cuma mahu terbang secara tidak menarik...

Sunday 30 August 2009

Salam Kemerdekaan...

Kesudahan yang tak menarik berhenti seketika sempena Hari Kemerdekaan.

Menunggu datangnya hari-hari mendatang walaupun tidak pasti dengan senyuman atau ketakutan. Yang pastinya terlalu banyak harus ditempuhi serta terlalu banyak komitmen. Harus difahami banyak ujian(Test) dua minggu kehadapan. Selamat tinggal...

Friday 28 August 2009

Test FAR

Memang bukan mudah menjadi seorang repeater. Tapi memang Allah dah tentukan aku seorang sahaja menjadi seorang repeaters dalam batch aku sekarang (walaupun aku rasa aku yang tentukan untuk menjadi begini).

Tekanan. Sememangnya tekanan. Manakan tidak, masuknya aku dalam Dewan Mini AC1, Senyap! Hahaha. Memang seperti zaman diploma dahulu kala. Semua budak perempuan tunduk menonton buku dengan khusyuk. Memang tak beragak-agak.

Ok. Tambah tekanan lagi. Sekeliling aku tiada siapa meniru. Skema2. Melampau betul. Ditambah lagi jawapan mereka nampak gayanya semuanya penuh-penuh belaka. Memang hebat kamu semua. Agak-agak la. Baik sangat semuanya. Memang ade 'Dekan' la kelas nih. Tak puas hati ni. Hahahaha.

Dah la aku tak perform mase test nih. Alamatnya aku lulus cukup makan la camni.... Sedih aku... Rekod dah pecah... =(

Memang tak menarik jadi seorang repeater nih.... Dulu rase macam best... Hahaha...

Thursday 27 August 2009

Makan - Puasa - Makan

Makan kali ini sedap... Banyak makan... Tapi macam mana rasanya... Hari-hari kemudian... Selepas melalui jalan-jalan menarik... Liku-liku cabaran perlu ditabahi kembali... The day after Tommorow... Tak makan rasanya nih... Tak menarik betul...

p/s: Jumaat Test Far, Selasa Test MAF, Rabu Lab Test Ais...

Tuesday 25 August 2009

Friday 21 August 2009

Pulang ke Kuala Lumpur

Sebentar lagi akan pulang ke Kuala Lumpur
Serba salah
Tapi inilah keputusan yang telah dibuat

Dan esok akan kembali...
Secepat mungkin...

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'

Monday 17 August 2009

...

Memang kencang aku diperli hari ini... Kalau ditusuk hati dengan pisau rambo tak terasa sakitnya seperti ini... Apatah lagi dari seseorang yang amat dihormati....

Pandai?? Pandai?? Pandai-pandai?? Hahahaha. Pandai la sangat. Aku dah agak satu hari nanti keadaan akan menjadi begini... Sedikit demi sedikit menjadi seorang antagonis dalam masyararakat. Kalaulah menjadi seorang 'failure' dikatakan pandai, hebat dan score kali keduanya, baik tiap-tiap kali aku dengan sengajanya meng'fail'kan semua subjek. Walaupun kadang kala aku memang sengajakan diri untuk meng'fail'kan diri untuk mengukuhkan asas apabila menyedari subjek itu penting untuk masa hadapan(kerana terlambat), dan mungkin juga ingin melarikan diri dari masyarakat atas desakan keselesaan yang terlampau; aku sering kali juga merasakan kekesalan atas keputusan yang aku sangkakan itu adalah untuk jangka masa panjang.

Aku juga tak mahu dipandang tinggi seolah-olah aku yang menjadi suatu faktor yang penting. Aku tahu begitu banyak kelemahan yang perlu ditampal dengan Gam Gajah. Cuma aku juga hidup dengan Ego. Menjadi 'the only one failure' dalam kelas kini menjadikan aku menjadi seorang yang penuh dengan sadis; berkehidupan tanpa arah tuju, berstrategi namum tiada implikasi yang berkesan yang mampu dilakukan.

Datang lambat ke kelas. Sememanngnya aku tidak mampu untuk mengubahnya buat masa ini. Atas desakan kerja ditambah tekanan masa yang semakin suntuk. Adakah aku cukup masa untuk semua itu. Adakah difikirkan aku cukup rehat dengan masalah masyarakat disekeliling? Dengan sasaran(target) aku 2 tahun lagi didalam kelas itu, adakah aku suka untuk berfoya-foya datang lambat ke kelas? Sukakah aku melemparkan sifat buruk itu??

Tapi 'post' ini bukanlah ingin menegakkan aku ini yang betul. Salah itu tetap salah. Aku cuba jadi yang terbaik. Malahan ada sahaja tenaga positif yang menemani aku sepanjang kehidupan aku disini kini. Aku akan cuba datang ke kelas awal dan persepsi yang terbaik dan mendapatkan keputusan yang semaksimum dengan kemampuan aku untuk semester ini kerana sasaran itu. Diharapkan ini bukanlah tulisan kosong sahaja tanpa implimentasi.

Terima kasih En Razak.

Bosan, memang tak menarik kehidupan seorang yang malas seperti aku. Hahahaha.


Iklan; Masyarakat, Aku dan Sasaran...

Thursday 13 August 2009

Gembira = Masalah

Sukakah manusia apabila mengganggap dirinya tiada masalah?
Tidakkah disedari masalah itu datang untuk menguji diri?
Apabila bergembira sememangnya manusia mengganggap dirinya tidak bermasalah?
Ataupun tidak menyedari kegembiraan itu adalah satu permasalahan?

Jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi
Esoknya kelasku penuh dan aku masih belum tidur lagi
Sememangnya hajatku untuk meng'finance'kan diri
Tapi sememangnya itu sukar untuk terjadi
Di hadapan buku, fikiran aku melayang-layang
Melayan jiwa yang tak kunjung padam
Berbagai perkara difikirkan....
Walaupun sebenarnya tiada permasalahan besar aku rasakan

Sabar... Menyimpan dan aku kini bercelaru
Lantas aku rasakan aku akan penuh emosi esoknya
Ataupun aku akan gembira....

Aku manusia dan bolehkah manusia memahami aku??

Kesudahannya.... Tidak menarik...

Sunday 9 August 2009

Tahlil - 7/8/2009

Ianya diilhamkan semasa rakan-rakan aku nampaknya sedih serta kepenatan. Ada diantara mereka mengadu mereka turut bersedih dengan pemergian ayahanda kepada salah seorang daripada rakan sekelas kami, Nur Zianie aka Gee.

Aku terfikir aku ingin berbuat sesuatu untuk mengembirakan Gee tapi semuanya tak menarik dan seolah-olah memang tak menarik kerana aku telah memakai kasut yang sama, 2 tahun yang lepas.

Sedang rancak berutus pesanan ringkas aku terfikir ingin membuat majlis bacaan Yassin suatu malam yang agak lewat aku boleh katakan. Ini adalah berdasarkan apa yang dilakukan oleh ibuku semasa pemergian ayahandaku semasa pemergiannya dahulu.Terus aku ketengahkan cadangan aku kepada Yusoff yang seorang musang yang suka tidur lewat, spesies yang sama dengan aku. ;)

Namum, cadangan nampaknya berkubur begitu sahaja. Tiada apa perkara yang dilakukan untuk menjalankan majlis tersebut dan berkemungkinan desakan kewangan yang agak meruncing kerana pinjaman yang belum diterima.

Didalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, aku terfikir untuk membangkitkan kembali cadangan tersebut kerana kesedihan aku melihat Sufian yang kini terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang. Aku tujukan cadangan kepada ini kepada penumpang-penumpang kereta ibuku dan mereka bersetuju. Pada masa itulah mereka telah mencadangkan tarikh dan waktu yang sesuai. Terima Kasih kepada mereka kerana inilah yang menjadi titik permulaan untuk majlis ini; ‘Jumaat’ atas alasan masa untuk memasak dan lain-lain alasan yang aku tak ingat. Haha.

Keesokan harinya aku cadangkan kepada mereka yang lain. Secara umumnya kepada rakan serumah aku. Tidak seperti jangkaan aku, mereka telah bercadang untuk bermain Futsal pada hari tersebut. Setelah diambil peduli beberapa faktor maka mereka bersetuju dengan cadangan tersebut. Kami beranggapan bolehlah kami bermain futsal setelah berlangsungnya bacaan Yassin tersebut. J Maka pada hari aku ‘menuang’ kelas Tax(tak disangka kelas tersebut sememannya dibatalkan), rakan serumah aku mencadangkan membeli barang dapur di Tesco Pengkalan. Maka aku telah menghubungi beberapa individu yang berkaitan untuk membincangkan tentang perkara ini dan semua nampaknya berjalan dengan lancar. Semua persetujuan diperolehi dengan girangnya. Dan mengambil peluang tersebut aku membeli barang-barang yang untuk majlis tersebut….

Dan senyap beberapa hari…. Mereka ada berbincang untuk mengenai majlis tersebut dan aku…. Senyap…

Dipendekkan cerita(yang sememangnya sudah panjang), Tibalah hari Jumaat. Pada hari tersebut kami sekelas telah menghadapi kuiz finance yang sememangnya sukar. Tidak pasti berbaloi aku menelaah pada malam sebelumnya. Setelah selesai kelas aku menjadi sedikit kelam-kabut mengenai keputusan dimana majlis bakal diadakan. Pihak perempuan berpendapat Majlis boleh diadakan di rumah Safwa. Aku bersetuju namum ada bantahan positif daripada seorang sahabat dan akhirnya keputusannya ; Bacaan Yassin diasingkan lelaki dan perempuan. Lelaki di rumah aku(Yusoff, Faiz dan Bai) dan perempuan dirumah Safwa. Dan pihak lelaki berkumpul di rumah Safwa untuk makan.

Malam tiba. Pukul 7.30 rakan-rakan serumah aku lepak seperti biasa. Jauh di lubuk hati ‘Aih… Macam tak ada apa-apa aje nih…’. Aku juga meneruskan aktiviti melepak di dalam bilik selepas solat maghrib. Al-Maklumlah dikatakan selepas Solat Isya’ dikatakan majlis akan dimulakan.

Terima pesanan ringkas daripada Yong yang mengatakan mereka sudah habis bacaan Yassin. Tidak tahu aku hendak jawab apa kerana seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Azreen tiba. Maka bermulalah semua perkara. Solat Isya’ berjemaah dan menunggu tetamu hadir. Amin dan Syafiq (rakan dari Part 8) dan lain-lain menyusul. Yang tinggal hanya En Amir sahaja. Semua keraguan. Dan akhirnya aku berkeputusan mengambilnya dan kami akhirnya tiba agak lewat.

Selesai bacaan Yassin dan Tahlil yang diimamkan oleh Abang Tabiin, maka berangkatlah kami ke rumah Safwa. Maka tidak semena-mena agak terkejut dengan makanan yang dihidangkan. Ragu-ragu ditambah terkejut dengan hidangan yang disediakan. Hidangan yang bagaikan kenduri kecil bermodal yang besar dan lauk pauk yang agak banyak pada pendapat aku. Berikut merupakan antara masakan yang disediakan:

· Ayam Masak Kicap

· Paprik

· Sup

· Terung Masak Merah

· Kek yang bermacam-macam dan Kuih yang aku tak kenal

· Air Sarsi

Melampau sungguh. Aku tak sangka makanan boleh banyak sebegini. Kagum dengan usaha mereka. Terima Kasih semua kerana membuatkan majlis ini terjadi; Tukang baca Yassin, Tukang Masak, Tukang Buat Kuih dan Kek dan Tukang Buat Air. Terima Kasih juga kepada Tuan Rumah yang menyediakan kemudahan yang sebaiknya.

Pasti ini menjadi sesuatu yang bermakna kepada kita di masa hadapan.

Karangan yang panjang ini memang berjela-jela dan itu cukup membuatkan ia tidak menarik untuk dibaca?

Tuesday 4 August 2009

'Untitled'

'Jangan Cari Penyakit'
Pesanan yang terngiang-ngiang di akalku

Ya Allah,
Berikan aku kekuatan
Untuk menahan penyakit itu
Kerana Engkau sahaja Maha Berkuasa
Yang mampu memberikan aku kekuatan
Untuk menghindari penyakit
Di hatiku ini

Kalaulah aku mampu lari dari mimpi ini
Tidak pasti aku akan pergi
Kerana ia terlalu indah
Tidak menyedari semua ini hanya ilusi
Tidak nampak dimana kesudahannya
Kerana ianya hanya impian semata-mata

Matahari di dalam hatiku
Siangnya menyinari jiwa
Malam hilang segala cahayanya
Tidak pasti sama ada bulan mampu menerangi malamku
Kerana fitrah alam yang menjanjikan cahaya bertenaga di hari esok

Tidak pasti pengakhirannya
Pastinya aku kini cuba melangkah dari mimpi
Hidup kembali di alam yang nyata
Bersyukur dengan nikmat alam yang diberikan Yang Maha Esa
Menahan segala kesakitan yang dikurniakan kepadaku
Dan cuba menghadapi dengan senyuman

Sememangnya aku akan menanti
Walaupun ia tidak pasti

=(

....Aku tidak pasti bagaimana kesudahan itu dan pastinya aku beranggapan ia berakhir dengan penuh sadis dan tidak menarik....

Friday 31 July 2009

Tag lagi from Husna =)

Heh Zai... Aku pun baik kot... Huhuhu
Thanks kerana dapat membuang sedikit masa yang terluang ini =P


a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

b)Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Husna Ahmad Nasarudin. Bukan kenal sangat pun. Popular mase kat sekolah dulu. Tak tau la apasal =P. Gemo niage pizza. Ntah le. mase sekolah saye ni x reti la pulak nak menyembang dengan pompuan. Jadi memang x bape kenal. =P lagi.... Haa... dia nie belaja kat UIA. Dekat 2 dengan rumah saya... Hahahaha

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri

5 fakta tentang saya:
  1. Saya Anak Sulung
  2. Milo Ais + Air Kosong
  3. Mengimpikan Johan Bola Tampar Inter-part Fakulti Perakaunan UiTM Perak... Hahahaha
  4. Tulis khat separa jalan
  5. Saya orang 'Kolumpo'

5 hobi saya:
  1. Berfikir
  2. Tulis huruf Arab masa dalam kelas
  3. Main gitar
  4. Dengar Muzik
  5. Lepak bilik(Tido?)
Award@Tag ni ditujukan kepada blogger didalam bloglist 1, Kekunang Liar, Mutiara Kata, Suhana, Mira dan Ain....

Yang lain bebudak MADID sudah ditag oleh Husna, so no needlah... =)

Thursday 30 July 2009

Teratak

Malam ini
Aku berjalan seorang diri

Namum
Disekelilingku penuh dengan manusia
Bising
Mereka berbicara tentang diri mereka
Tapi
Aku sendiri
Dan aku tersenyum memandang mereka

Aku terus memandang ke hadapan
Ingin pulang ke teratak kecilku di tepi sungai
Dengan hati yang gembira
Agar aku memahahami asal dan usulku yang sebenarnya

Aku berpaling kebelakang
Dan mereka masih bergembira dengan hidup mereka

Aku terus melangkah menuju ke tempat asalku
Namum,
Alangkah terkejutnya aku
Apabila melihatkan teratak kecilku musnah
Runtuh begitu sahaja

Kini aku sendiri
Tiada tempat berlindung

Aku termenung, kaku
Melihatkan keadaan teratak usangku
Kini telah hanyut ditelan arus sungai
Aku kini hanya mampu mengenangkan
Jasa baiknya terhadap aku

Aku fikirkan
Aku akan bina kembali teratak itu
Hasil daripada saki-baki
Akibat daripada kemusnahan itu...
ps: back to old time =)

Tuesday 28 July 2009

Belajar??

Baru bangun dari tidur. Pagi tadi kepenatan buat assignment LAW yang tak siap-siap dan aku terus tidur. Sebelum tidur aku terfikir sesuatu.

Dalam semester ini aku memang agak berubah sedikit, terlalu menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang sudah lama tidak dilakukan. Belajar...

Kali terakhir aku belajar dengan bersungguh-sungguh adalah semasa aku Part 7. Pada pandangan aku, apabila aku agak bersungguh-sungguh aku menjadi seorang yang lain. Beremosi, tak mahu bergaul dengan masyarakat dan banyak perkara negatif yang lain. Namum, semasa Part 7 dahulu aku telah dineutralizekan housemate dan jiran yang sangat cool dan kecoh iaitu Peanut, Yen, Apai, Jamil dan rakan-rakan. Kalau tiada mereka, maka sesungguhnya tiada kehidupanlah aku kemungkinannya.

Berbeza dengan dahulu, aku hanya mengambil 2 subjek semasa Part 7 dan bersama rakan-rakan yang baru aku kenal. Hasil daripada sedikitnya subjek yang aku ambil maka aku menjadi seorang yang ego di dalam diri kerana tumpuan yang diberikan namum aku memang akan merendahkan diri kerana aku secara jujurnya tidak mengenali orang sekeliling aku.

Namum kini, aku cuba kembali kepada kehidupan seperti dahulu. Penuh emosi dan banyak berfikir. Tetapi memang banyak bezanya berbanding masa yang sudah lepas itu. Subjek yang banyak, komitmen terhadap rakan-rakan dan perkara-perkara lain. Masa yang semakin suntuk rasanya dan ini menyebabkan aku datang ke kelas lewat berbanding dengan orang lain(samaada memikikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ataupun belajar).

Selain itu, kerana terlalu rajin kononnya mulalah membuat keputusan yang aku fikirkan tidak logis diterima akal. Balik ke Perak semata-mata ingin mengambil buku LAW yang hanya 2 biji bilangannya. Bila difikirkan memang tidak mendatangkan banyak faedah kerana masa yang semakin suntuk dan pada hari khamis aku akan kembali ke Seri Iskandar. Namum mujurlah ibuku ingin melawat Opah dan adikku di sekolahnya. Maka dapatlah perbuatan ini di'cover' dengan niat-niat murni tersebut.

Selain itu aku juga membawa buku TAX dengan harapan ingin membuat beberapa nota dan penuh harapan juga agar aku boleh belajar semasa waktu lenggang di rumah saudaraku dan semuanya hampas sahaja.

Semalam, aku meminta slides IBM yang disediakan oleh Usop Z. Dengan assignment LAW yang tak siap-siap lagi aku ingin menambah kerja pada masa dan tidak sepatutnya aku buat mungkin. Dengan kata lain aku cuba menjadi seorang perfectionist. Aku mahu membuat semua perkara/kerja agar ianya sempurna pada pandangan mata aku.

Aku tak mahu perkara-perkara tersebut merubah kehidupan. Cukuplah bersederhana dalam semua perkara. Mahupun dalam membuat keputusan dan belajar sekalipun. Mungkin mengulangi satu paper ini merunsingkan aku tapi aku ada sebab untuk tersenyum lagi apabila aku berada di Seri Iskandar. :)

Satu lagi post yang membosankan tentang hidup aku yang sememangnya tidak menarik. Haraf maaf atas segala kelakuan yang yang menjengkelkan selama ini =(

Monday 27 July 2009

'Perbincangan'

Atas dasar ingin menjaga hati orang, aku privatekan lagi post kali ini. =)

Sunday 26 July 2009

Perjalanan Yang Jauh

Kini aku berada di Manjoi, Ipoh.

Kepenatan yang tak habis-habis. Dari Kuala Lumpur ana singgah ke Hospital Selayang. Ana melawat makanan-makanan yang murah, bukannya ingin melawat mana-mana pesakit. Banyak makan. Hahaha.

Terus melangkah ke Kuala Kangsar. Berjumpa dengan Ustaz Syafawi, Cikgu Raja dan Cikgu baru yang sekelas dengan ana dahulu. Apa nama dia ana tak ingat.

AMBIL PERHATIAN!!! USTAZ PAWI KATE ZARAIDAH,SUHAIDA dan AITIQAH SOMBONG. TAK NAK JUMPA ANA DAH PUN' kata Ustaz. Ana x tau kome. Haaa... 'Udah le makan burger Ustaz jual hari2. Takde pun nak jumpe ana kat sini' kate die berulang kali. Haa... tak tau.... Isk2 kome... Ana jawab' x pe... Nanti ana pesankan....'. =P

Jumpe Cerot. Pegi MADID tak ajak. Isk. Asyik buat program aje deme nih. Tak reti nak duduk diam ke. Ustat2... Isk2. Buat khat yang tak lurus sikit. huhu. =)

Jumpe Shareez dan Eyok. Adeke deme tak mau makan. Orang kate order, order je le. Tak pe. Ana paham kome dah kenyang. =P Terima Kasih kerana datang ke Sabran ntuk bertemu dengan ana. Hahaha. Shareez, jangan le sebut pasal musik depan mak ana. Tersipu-sipu ana dibuatnye. Nasib tak kene pelangkung aje.

Haa... Balik ana lalu Sungai Siput pergi Ke Manjoi. Saje je ana ikut jalan jauh nie. Jimat tol. Maklumle... Tol dah naik. Hehehe(gelak sopan)

Manjoi. Tengok Opah. Sakit. Ana rehat sebentar dan senyum kepenatan. =) Aih... Nak kluar balik nie.

Bertolak ke Seri Iskandar. Balik untuk mencilok buku law faiz dengan kebenaran. Woi2... Ade cawan tak basuh!!! Apa ini.... Dengan hati yang murni aku tolong basuhkan.... Bukan ape... Diaorang nak cepat mase 2... Aku paham... Kadang2 aku x basuh gak... Kan housemate?? =). Aku buang tempoyak gak kat luar... Adoi... x pe... Ok jer. Sembang dengan abang sebelah... Udah le bang oi... penat nih... X berentinye haaa....

Pulang ke Ipoh kembali dan bukak laptop. X payah la angan-angan nak buat nota Tax... Senyum je la... X payah la nak buat rajin... hadoi...

Padahal semua bende memang membosankan.... =P

ps: Memang bosan!!!! Tapi senyum!!!

Saturday 25 July 2009

Mimpi....

Sedih2. Inilah masenye pun nak mimpi budak kelas. Isk, yang bukan-bukan!!! Sejak bila pandai mimpi-mimpi nih. Sedih dan sedih. Kenapa la.Inilah pasal aku tak nak dengar balik lagu-lagu berhantu Sheila On 7 nih. Bila la nak balik Seri Iskandar dan aku akan tersenyum kembali??? Tahap psikologi yang sangat lemah dan memang tak bermaya. Dimana perasaan satu ketika dahulu aku benci untuk pulang ke sana??? Memang aku telah dikalahkan tapi dengan penuh egoism.

Ilham aku akan terhenti kalau begini??? =(


Happy Birthday Bro Ameer. Si Tua berjiwa muda!!!! =)

Thursday 23 July 2009

Sebuah Kisah Klasik (Untuk Masa Depan) - Sheila On 7

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kar'na waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

p/s: :(

Tuesday 21 July 2009

Kalau Takut dengan Carutan - JANGAN BACA-

Atas rasa kasih sayang dan dan sikap hipokritasi aku... Jadi aku deletekan sahaja post ini... Di privatekan.... :)

Friday 17 July 2009

Friday 10 July 2009

TAK BOLEH TIDUR!!!

Malam semalam aku memang tak boleh tidur
TAK BOLEH TIDUR!!!!

Kelas pukul 8
AKU TAK BOLEH TIDUR!!!!

Aku dah cukup merana
SEBAB AKU TAK BOLEH TIDUR!!!

KALAU AKU BOLEH TIDUR
Semua tak ada masalah....

Disebabkan tangan yang bengkok
AKU TAK BOLEH TIDUR!!!

WALAUPUN AKU TAK BOLEH TIDUR
Ego aku kali ini tidak akan luntur!!!

Mari study!!!

Tuesday 7 July 2009

Sejarah Mungkin Berulang


Sejarah Mungkin Berulang


Dan apabila sejarah itu berulang

Sejarah baru akan dicipta


Terima Kasih En Azrul dan En Razak... =)

Friday 3 July 2009

Aku Gembira?

Aku bakal pulang ke Seri Iskandar, Perak sebentar lagi. Aku ingin menyimpulkan percutian aku kali ini. Aku memang amat sedih meninggalkan mak aku lagi. Pengakhiran yang tidak menarik. Tapi sememangnya cuti semester yang paling dramatik yang aku tempuhi sepanjang Mei dan June ini. Atas comment Shareez yang baru pulang baru-baru ini, aku nak meletakkan kisah aku yang 'mambahagiakan' pada pandangan aku. Aku ingin lupakan seketika masalah aku....

  • Kerap berkugiran. Ini menarik. Aku amat suka ini. Kerana aku sedar banyak yang perlu di'improve'. dalam 6 kali aku berkugiran. Apabila melihatkan jari telunjukku di sebelah kiri keras, itulah kepuasan segalanya.
  • Konvokesyen. Memang pada mulanya aku beremosi tentang konvokesyen namum aku berasa agak terharu dengan kerana aku berjaya mendapatkan dua helai kertas yang berjaya aku perolehi yang menyebabkan aku berada di tahap ijazah kini. Dan aku akan bertahan sehingga berjaya melepasi tahap yang aku percaya bakal aku gapai nanti.
  • Genting Highlands. Siapa sangka aku pergi ke Genting Highlands?? Aku sendiri tak menyangka ianya terjadi. Manakan tidak, ianya hanya direncannakan selama 30 minit dan ia telah terjadi begitu sahaja. Walaupun hanya menaiki gondola dan menaiki coaster, tapi kesejukan itu sudah lama aku tidak rasai di Malaysia. Aku kira kali terakhir aku ke Genting Highland adalah pada aku berusia 4 tahun. Menakjubkan bagaimana ia boleh terjadi.
  • Berjumpa dengan rakan-rakan sekolah memang sering terjadi, namum kali ini memang mengejutkan kerana tidak semena-mena aku telah ketemu rakan-rakan yang hampir pasti tidak mungkin aku temui tanpa izin Tuhan. Tidak aku sangka aku boleh bertemu dengan Zakuan, Nasir, Azamin(walaupun dia di UIA), Zam, Roslan dan Mat Cendol. Tapi yang paling hebat adalah bertemu dengan Shareez. Terlalu hebat jodoh yang telah Tuhan berikan kepada aku kali ini.
  • Pergi wayang. Tidak aku sangka aku telah menonton wayang pertama kalinya pada tahun 2009, Transfomers, tadi. Maka terbatallah puasa tengok wayang pada tahun ini. Yang paling menarik adalah aku telah menonton wayang bersama Bro Ameer dan Bro Afiq. Memang menyedihkan kerana mereka tiada lagi di UiTM Perak(ahh!! sedih pulak....)
  • Tiket Envy. Ini sesuatu yang gila. Harga mahal dan dengan selambanya aku berikan jawapan 'Ya' kepada Apes. Jadi tiada jalan keluar. Aku akan berjuang untuk pulang ke KL pada masa yang telah ditentukan dan aku memandang kehadapan untuk konsert ini.
  • Alhamdulillah... Aku dapat Notebook Acer...
Yang penting aku terasa bahagia hampir sepanjang percutian pada kali ini... Memang bahagia.... Tidak dirasakan selepas 8 tahun rasanya. Aku bersyukur kerana tanpa kesedihan manakan dapat kegembiraan. Sekian...

Tuesday 30 June 2009

Feel Alive!!!

Berpijak di atas bumi tidak bermakna tidak dapat menjejaki angkasa. Dengan pemikiran genius jangan disangka tidak menjadi seorang yang tumbang!!!

Hahaha. Introduksi yang sungguh ganas.

Kebelakangan ini aku seperti sibuk berilham. Mendengar lagu Envy saban hari dicampur dengan Padi.... Sikit ramuan dari Floating In Vacuum, Ruin by Selling Out, Delirium, -E, dan Love... Boleh mereng kepala dibuatnya. Kalu buat lirik jadi Emo dibuatnye. Rasa bernyawa 2 minggu kebelakangan ini. Ditambah dengan nada Aereogramme - A Life Worth Living mau dibuatnya menangis walaupun tak dengar lirik. Hahaha. Thanks Apes. Memang worth la dapat lagu ni dari kau.

Selepas masuk Seri Iskandar, weekend aku memang akan sibuk. Keseronokan yang aku dapat rasakan seperti terbang bebas di angkasa... Inilah listnya:
  • 4th July - 6th July: Berkemungkinan mendaftarkan diri di Seri Iskandar dan merehatkan diri sebelum mendengar ceramah - ini aku buat ramalan.... Hahaha
  • 10th - 12th July: Pulang ke Kuala Lumpur. Ada persembahan terhebat ni. ENVY Live In Malaysia. Lantak la ape nak jadi. 3P ke, ceramah koordinator ke, Dinner ke, ape-ape la lantak la. Dah la terlepas Butter sem lepas, memang tak puas hati aku... Mati la... Ikut sangat la rules. Asyik nak ikut orang aje.... Huh!!! Bongok la... Hahaha Ni orang Arab x mau balik ke tengok. Hahaha. Pasti menarik daripada MAN U lawan Malaysia. Ronaldo tak ade barangkali Malaysia boleh menang. Hahaha..
  • 17th - 18th July: Mak aku nak pergi kenduri kat Kampar. So apa-apahal.... Family first!!!
  • 24th- 26th July: Mase aku tidur. Jangan nak kacau.... Aku x de hubungan dengan masyarakat... Hahaha!!! Pintu perlu dikunci dengan tiada stok makanan... Hahaha....

Sememagnya kali ini aku terasa Alive.... Walaupun kadang-kadang rase ia memang tak menarik...

Sunday 28 June 2009

Pesta Muda Mudi.... Bosan???

Saya sunyilah. Mana mahu pergi? Apa yang saya mahu buat. Semua orang pergi ke Festival Muda Mudi. Alangkah seronoknya mereka bersuka ria meniti usia remaja mereka.

Last week bagi aku adalah minggu 'Gembira dalam Kesedihan'.

Gembira:
Berkugiran....
Menghilangkan akal dan logis dalam mengekspresikan diri yang sememangnya masih mempelajari alunan jari-jari. Sudah lama rasanya hujung jari tidak sekeras ini. Tali yang besar itu sememangnya sukar dieksploitasikan walau seserius mane aku bereksperimentasi dengan tali tersebat. Namum aku percaya aku tidak cukup mempraktiskan diri. Mahu saja aku melaburkan duitku 'PTPTN'ku nanti. Tapi berat kepada tidak.

Halwa Telinga
Alunan Mentaga yang berjari, rupanya tak habis diselami lagi. Jadi aku menelaah.... Bermotivasi!!!! Untuk mencapai tahap Mokhsha... 'For Somebody......' Hahaha...

Tiket
Ya... Lebih bernilai daripada Transfomers, Search, Siti Nurhaliza, Senario, Pesta Malam Indo mahupun Chicken Chop. Haaa.... Aku akan meninggalkan Seri Iskandar yang aku rasa disampahi... Aku mahu mengembara... Mencari hala tuju... 'Pure Birth and Loneliness...'

Kesedihan:
Sedih itu sampah. Buang saja di tepi jalan....

Dan cerita aku memang tiada kesudahan yang mengembirakan

p/s: Apasal minggu ni x de orang publish post... Agak2 la... Bosan aku...

Wednesday 17 June 2009

Tag from Husna Mad

Buat bende macam ni macam best aje... Testlah.... Ni 1st Time rasenye nih... Hahaha....

1) Bekas kekasih saya – Kekasih Gelapku (Ungu)... Hahaha

2) Saya sedang mendengar – Foo Fighters and Butterfingers(Playlist)

3) Mungkin saya patut – Berhenti belajar, Memulakan Pengembaraan?

4) Saya suka – Surfing Internet

5) Sahabat-sahabat saya – Semuanya baik untuk mencari pengalaman hidup

6) Saya tak faham – FAR 400

7) Saya kehilangan – semua!!

8) Ramai yang berkata – Tak habis2 dorongan...

9) Cinta itu adalah – Sesuatu yang sukar difahami(boleh buat lirik lagu nih... Haha)

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – baring di dalam gelap memikirkan seseorang... Haha

11) Saya akan cuba – berhenti rokok.... (Jangan salahkan seseorang itu)

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Tuhan

13) Telefon bimbit saya – tak penting pun.... Sim Card je penting... Haha

14) Bila saya terjaga – Ade massages ke nih??

15) Saya paling meluat – Ingat aku Kuli kaa???(Kaso sikit... Haha)

16) Pesta/parti adalah – Satay, without satay majlis tidak meriah... Hahaha

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – To be honest, Koala, Sungguh kuat tidur...Haha

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – A MAF380

19) Hari ini – Saya ambil kereta LE dari workshop

20) Malam ini saya akan – main internet dan tak nak chatting(azam nih)

21) Esok pula saya akan – Hantar mak pegi Gleaneagles(x reti eja)

22) Saya betul-betul inginkan – Nikmat waktu pagi

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – X tengok cermin... Mintak maaflah...

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – Membazir.... Ingat senang ke cari duit haaa...

25) Makanan Barat atau Jepun? – Chicken Chop

26) Bilik yang terang atau gelap? – Gelap( baru Emo.. Haha)

27) Makanan segera adalah – KFC

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – Ye lah.... Kejap

29) Siapa yang anda ingin tag: Sape yang ade kat bloglist1(sue n mira) and bloglist 2(budak2 madid)

Monday 15 June 2009

Searching For Old Friends - Madid - Kuala Kangsar

This week, fikiran aku terbantut seketika, sememangnya tiada apa yang menarik untuk dikongsikan buat masa ini memandangkan aku menjadi driver sepenuh masa. Di saat ini aku berada Seri Iskandar. Sedang berlatih untuk menghadapi masa-masa yang mendatang barangkali.

Well, yesterday aku ke Kuala Kangsar Bandar Diraja. Check in di Hotel Masjid Ridzuaniah. Semasa Solat Isya' bermulalah pegembaraan aku untuk mencari kawan-kawan lama aku. Dari belakang aku dah kenal, tengok rambut pun aku dah tahu, AZAMIN. Buat-buat tak kenal. Lepas solat aku terus berlari meninggalkan dia. As expected, dia kejar aku. Haha. Lawak betul. Sembang-sembang sikit-sikit. Dia perlu pergi pulang ke LENGGONG. Dia bersama parents dia. So, tak dapatlah nak lepak-lepak isap rokok sebatang dua. So pergilah dia meninggalkan aku.

First duty aku adalah untuk menghantar adik aku kembali ke sekolah. Semua berjalan dengan baik. Peraturan sekolah perlu dilanggar. Hahaha. Aku hantar adik aku selepas dinner. Jadi lambatlah jadinya.

Selepas menghantar adik aku, aku telah dihubungi oleh someone yang konon hebat giler nak kalahkan aku main snuker. Cis, bedebah USOP Z. Oleh kerana takut tak cukup orang aku pun menghantar mesej kepada ROSLAN dan ANSORI. Mereka on jer. Tapi diaorang suruh lepak di Uncle Jim dulu. Setuju sahaja. Birthday orang la katekan. Haha. Roslan pun pick aku dekat hotel.

Agak menarik lepak di Uncle Jim. Makan mee. tak nak bebankan orang. Baik betul pulak aku malam ni. Walaupun aku tau aku amat mulia tapi terliur gak aku diaorang boleh makan Chicken Chop. Lepas tu datang pulak FAHMI ke sana. Dia pun mintak Chicken Chop. OK. Fine. Next year jage hang Wak, kene la hang. Maklum la, hang dah keje. Hahaha.

Apa yang menarik adalah conversation pasal konsprirasi Koperasi Madrasah Idrisiah. Hahaha. ini tak boleh diceritakan kepada umum. Bahaya. Haha. Namum ada cadangan pihak berkenaan nak buat reunion antara ahli-ahli koperasi Madrasah Idrisiah. Hahaha. Ini memang menarik. Ahli koperasi pada zaman aku adalah Abu, Roslan, Ansori(Bos Beso), Cerot, dan Syazoo The ACAB(Hahaha). Yang perempuan tak ingat. Maklumlah, Religon School Studentlah katekan. Haha.

Usop Z dah bising pasal lambat sangat. 'Ok la, kami on the way'. Semua tempat dah snuker sekitar Kuale dah penuh. Nasib baik la ko Usop, kalo tak malam tu aku dah senyapkan mulut kau. Haha. Tak pe. We meet at Seri Iskandar ya... That time abis la ko. Hahaha.

Well, balik hotel aku tak boleh tidur. Memanglah penat, tapi macam mana nak buat.... Chattting sementara ingin tidur. Semasa chatting aku rasa memang ada sesuatu yang tak kena. Tapi aku seperti biasa pandai membuat assumption yang selama ini aku sedar banggang belaka.

Tutup lampu, masih tak boleh tidur. Bukan mudah untuk menolak perasaan yang terguris selama 2, 3 hari ini. Baik dari segi result mahupun.... em...(em... sekarang aku tengah dengar lagu Hujan yang dipopularkan oleh Chain... Meninggalkan Aku Sendiri... Hahaha) Dah la, Aku decided nak menghentikan blog ini buat sementara waktu. This week aku akan buat post pasal 'Kuala Kangsar dan Aku'. Maybe itu yang terakhir untuk 2,3 bulan ini.

Nota Tambahan: Tadi aku jumpe ZAM, Apasal dia nampak lain giler dari last time aku jumpa dia... why haa??
Pasti tiada kesudahan yang menarik untuk post kali ini....

Friday 12 June 2009

Life - Yui


I just listening to this song. It seem like I have a little bit problem and therefore I listen to this song to motivate myself. Hoho.... Yui, can you really motivate myself?? Hahaha

YUI - LIFE

In the city I'm not used to that's full of dirt,
I can't laugh the same and I walked with my head down
People pass by in a quick pace
I ask "has their dreams come true?" But I'm still struggling

I want to try living in the present
rather than returning to my childhood
It's my nature to be a coward

If I go to a sunny spot and stretch my arms out,
I wonder if I can go beyond the sky
that's what I thought

The wings I use to fly away are still invisible
It's because it's not simple that I can go on living

I just picked up a wet puppy
and for a while, I laughed so much that tears spilled
"I want to be loved, I just want to be loved"
is what I said. It's no good just to ask for it

When I was a child, there were days when I hurt my mom badly
I want to change everything

I went to a sunny spot and tried holding your hand tightly
I will destroy that place, that time so I can change my life

But I really can't express everything that's in my heart
It's because it's not simple that I can go on living

I went to a sunny spot and spread out my map, but
I know... You know... that even the path of doubts can't be helped
I can change my life

All the days that have passed make up the me that's here now
It's because it's not simple that I can go on living

Thursday 11 June 2009

Lyrics to A Warm Room : Envy

Well, last few day I listened to this band, so this is the most interesting song(too many actually)...

A Warm Room by Envy

A hope in mind
is secret, and
a worn out smile reflects
in a mirror.
Bad dreams
go right away and
the world was destroyed
when I woke up.
We eat the dirt.
Make up meanings.
Seduce the reasons.
Maintain the intellect.
Want madly,
embrace the solitude tightly
and the memories I never forget.
A profile I never forget.

Write the facing time
with the fragments.
Save them and pile up
their first cries of births.
Devote myself solely
to writing to figure out
the changing prediction.
Ones who changed by it.
False name and a careless face
echoes right before my eyes.
Words of disqualification.
Will they reach me?
I see the end now.
Let's go home.
[ A Warm Room Lyrics on http://www.lyricsmania.com/ ]

Wednesday 10 June 2009

'Berjalan' di Kuala Lumpur

Agak lama juga rasanya aku tidak berjalan kaki di Kuala Lumpur. Menaiki Monorel, bas dan sebagainya. Semua gara-gara ingin menghantar servis AE80 aku ke bengkel Pak Cik Shafie di Kampung Baru. Sungguh teruja... Lepas ni grunge balik laa... Haha

Di Bengkel

Banyak juga benda yang tak kena dengan kereta bertuah ni. Tapi apa yang aku nak ketengahkan sekarang adalah kebanggaan seorang bapa terhadap anaknya. Hmm... Ingin dijadikan cerita, Pak Cik Pie ni dah ternampak aku masa majlis konvokesyen tempoh hari. Terbukalah cerita dimana anaknya juga belajar di Perak dan kini menyambung pelajaran di Terengganu. Berkatalah dia kepada aku:

"Anak Pak Cik nak tukar ke Perak. Dia tak lalu nak balik KL sampai 10 jam. Tapi diaorang tak bagi sebab anak Pak Cik pandai sangat. Tak nak dia orang lepaskan..."

Sambil menambah:

"Lagipun anak Pak Cik ambik Bahasa Mandarin. Tak ada kat Perak"

Maka sesungguhnya aku sebagai seorang yang Anti-Sosial tidaklah mengenali anaknya dan tidak tahulah diriku yang mana satu anaknya yang dibanggakan itu.

Namum apa yang penting, memang bangga pasangan IbuBapa apabila anak-anak mereka berjaya ke menara gading(gajah?). Maka tidak hairanlah mereka sering memuji anak-anak mereka itu(walaupun telinga ini kadang-kadang tak tahan... Haha). Jadi, banggakanlah ibu bapa kita maka dengan itu, sesungguhnya itu dapat menyenangkan hati mereka.

Monorel

Sememangnya menakutkan. Bagaikan menaiki 'Roller Coaster' yang lembab. Tapi yang lebih menakutkan ialah:

Aku telah berjalan dari Kampung Baru(dimana terletaknya bengkel) selama 45 minit tanpa henti dan menaiki monorel dari stesen Chow Kit ke Titiwangsa. Penat aku menunggu dan dari stesen Titiwangsa, aku menaiki bas U5 untuk menuju ke Taman Melati.

Namum, apa yang menyakitkan hati ialah; aku telah bertembung kembali dengan stesen Chow Kit semasa menaiki bas, dimana disitu aku menaiki monorel menuju ke Stesen Titiwangsa. Sakitnya hati!!!!! Penatnya berdiri dan menunggu dan akhirnya............ Argh!!

Moral: Rancanglah perjalanan anda sebaiknya...

Aktiviti Malam Hari

Dentuman dram yang sungguh padu. Teruja aku melihat sambil mendengar... Ditambah dengan speeding yang dahsyat dan suara yang tak kedengaran. Juga alunan mendatar yang sebijik-sebijik... Kene berlatih lagi nie...

Dan sememangnya tiada pengakhiran sempurna dari aku...

Saturday 6 June 2009

Pedas!!!!

Semalam aku memandu ke Negeri Sembilan. Kali pertama memandu ke Selatan. Sungguh teruja. Aku seperti biasa ditugaskan menjadi seorang 'dreba' untuk menghantar nendaku ke Pedas. Sungguh beria beliau ingin menghadiri kenduri yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini. Ada beberapa perkara menarik yang aku ingin kongsikan pada 'post' kali ini.

Berhenti di Senawang

Tiada apa menarik disini sebenarnya. Namum, apa yang menaraik disini adalah melihat gelajat mamat 'comel + nakal + buas + eksperimental + engineer + pelari jarak jauh + emo + tak reti duduk diam'. Dia adalah adik saudara aku yang suka menyelerakkan rumah aku dan aku telah dimarahi oleh mak aku hasil karya dia yang agung. Namum dia tetap comel. Di Senawang, dia telah makan dengan kapasiti comel yang cukup membuatkan aku terkedu. Hahaha. Aku terfikir akan keganasan aku yang dahulu kala telah bersikap ganas terhadap adik aku dahulu kala. Sejenak aku tertanya 'Mengapa dahulu aku terlalu 'emosi+ganas=penderaan' terhadap adik aku'. Menyesal seketika....

Solat Jumaat di Pedas!!!

Aku sebenarnya merancang untuk meninggalkan mamat 'comel + nakal + buas + eksperimental + engineer + pelari jarak jauh + emo + tak reti duduk diam' di rumah saudara aku. Namum apakan daya, hasil daripada elemen 'emo dan buas', beliau telah berjaya membuatkan aku tidak melawan. Dia berjanji nak duduk diam-diam.
Namum, apabila sampai di masjid seperti biasa dia mengeluarkan elemen 'tak reti duduk diam' semasa khutbah dibacakan. Dan ditambah dengan elemen 'eksperimental+engineer' dia telah menjumpai screw driver. Adoi... Ape-apelah....

Leman Dawi Cendol Stall


Dalam perjalanan pulang dan sempat aku dan mak saudara aku bercerita tetang manusia(Paham2 la... Hahaha). Ada juga bercerita tentang satu kedai cendol yang masuk dalam rancangan Majalah 3. Terbitan stesen televisyen tempatan.
Tiba-tiba dalam perjalanan, kedengaran jeritan 'HAA!!! ZAID!!! TU DIA!!!!' Adoi... Malas sebenarnya kerana aku tak cukup tidur malam sebelumnya, namum ikutkan sahaja. Buat aku satu putaran 'U'. Parkir keretaku, sememangnya ramai pengunjung dari semua pelosok negeri.
Apa yang menarik adalah:
  • 'Beli sekali.... Boleh tambah banyak kali.' Satu strategi yang menarik. Menurut cerita mak saudaraku, pada masa mudanya, Leman Dawi ini telah dihalau kerana ingin menambah cendol kerana beliau tiada wang. Dan kini dia membuka membuka kedai cendol dengan tiada cas untuk cendol yang ditambah. Selain itu ada disediakan air barli PERCUMA. Boleh ambil, tambah dan bawa balik. Menarik bukan. Tanpa sebarang cas.
  • 'Telatah Leman Dawi'. Beliau sememangnya banyak cakap. Beliau akan bertanya kepada pelanggannya berasal dari mana dan memberitahu tentang negeri si pelanngan terbabit. Dari sejarah, kapasiti keluasan dan lain-lain. Dan ini adalah antara tarikan yang sungguh menarik di kedai ini. Maka tidak hairanlah ada pelanggan dari Kedah(antaranya Pak Cik Tua yang makan di sebelah meja aku), Perak dan lain-lain ke sini.

Namum, tidak sesedap cendol Talib di Kuala Kangsar. Hahaha. (Mat, if you read this, belanje la aku... Hahaha). Selepas makan berlalulah aku pulang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails