Saturday 21 November 2009

Runsing...

Mood: Runsing

Pening memikirkan tentang apa yang harus dilakukan sepanjang aku cuti 6 bulan yang bakal dihadapi ini. Rasanya tiada option yang banyak untuk aku membuat keputusan.

Dalam keadaan sekarang, mak aku tidak boleh ditinggalkan kerana matanya tidak nampak. Jadi aku perlu menemaninya sepanjang masa.

Namum, jika aku duduk di rumah apa yang aku boleh lakukan? Aku tidak banyak hobi-hobi yang dilakukan di rumah.
  • Kerja?? Sukar aku nak katakan... Mak aku perlukan aku sebagai matanya untuk membuat kerja-kerja asas seperti makan, persiapan untuk solat dan pergi ke tandas...
  • Mengemas rumah?? Sampai satu tahap semuanya sudah dikemaskan tiada apa yang boleh dikemaskan....
  • Main Gitar??? Aih... Sorang-sorang main gitar memang la tertekan... Takkan la dalam masa 6 bulan nak main gitar sepanjang masa...
  • Study?? Aih... Ni aku tak pasti... Tiada guru... Tiada rakan... Yang ada hanya buku... Tiada tekanan peperiksaan... Pasti sukar nak menjadi....
  • Tengok TV?? Oh, pastinya tidak... Aku fikir televisyen ini membosankan... Kene belajar tengok cerita-cerita yang membosankan... Pasti tidak menarik....
  • Melayari internet?? Sampai bila??? Dah naik bosan dengan Facebook.. Sampai bila nak blogging nak emo2...

Tapi mak adalah priority aku dan tanggungjawab aku sekarang... Tak tahu apa yang patut dilakukan.... Fikir2...

Aih... Masih runsing apa yang patut dilakukan... Hmmmm....

4 comments:

ZOOL@TOD said...

Sementara ibu masih ada sayangilah dan jagalah dia. Pengorbanan yang dilakukan amat besar ganjarannya disisi Allah.

Abang saya menolak kenaikan pangkat (menjadi Pengarah Jabatan Audit Negara) kerana mahu menjaga ibu kami yang memiliki pelbagai penyakit kronik. Abang saya memandikan ibu, menggantikan lampin, mencuci luka-lukanya dll. . Kami adik-beradik turut membantu. Saya menjenguk ibu dan abang saya setiap 2 hari sambil membantu beliau menguruskan ibu. Adik-beradik yang lain membantu dari segi kewangan dan peralatan yang ibu perlukan.

Selepas kami berjaya mendapatkan pembantu rumah (lebih kurang sebulan kemudian) barulah ibu kami pulang ke kampung. Tidak lama kemudian ibu kami meninggal dunia (setahun yang lepas).

Tak lama selepas itu abang saya dinaikkan pangkat dan menjadi Pengarah Audit Perlis.

Pengajarannya: Sayangilah dan jagalah ibu dengan hati yang ikhlas. Banyak bersabar dengan kerenahnya. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari.

Saya doakan kesihatan ibu Abu bertambah baik dan Abu dapat meneruskan cita-cita. Amin

Hussien, Abu Zaid said...

Terima Kasih En Zool...

Semenjak pemergian ayahanda saya, saya sememangnya bergantung penuh dengan beliau. Dari sebesar-besar perkara sehingga SEKECIL-KECIL perkara saya pasti akan merujuk kepada dia... Dialah tempat saya mengadu dan sayalah tempat mengadu beliau. Jadi saya memang banyak berbincang masalah-masalah saya bersama dia.

Beliau juga banyak 'menahan' saya daripada membuat keputusan yang salah dengan pengalaman yang ada.

Kini fikirannya tidak begitu cekap dan pemikirannya lain daripada dahulu. Mungkin kesan daripada sakit beliau.

Kini, setelah beliau sakit saya sememangnya saya kehilangan punca. Setiap 'keputusan' yang saya lakukan kebanyakkan seperti memakan diri. Sememangnya semua tidak kena.

Memang sukar untuk membuat keputusan tanpa berbincang dengan beliau. Jadi timbullah banyak 'persoalan' mengenai masa depan saya dan adik saya yang masih bersekolah.

Tapi saya percaya semua perkara yang terjadi punya hikmahnya tersendiri. Saya juga tidak mahu menyesal di kemudian hari. Dan saya harus belajar untuk berdikari dan belajar untuk membuat keputusan.


Terima kasih sekali lagi En. Zool, sememangnya saya perlukan teguran kerana sememangnya saya kekurangan pengalaman serta tahap pemikiran yang saya kira masih pendek.

husna afifi said...

abuz..
so..mak ko x sihat
than, sape yg jaga makan minum korg adik bradik?

Hussien, Abu Zaid said...

buat masa sekarang, kami duduk di rumah mak sedara di Damansara Damai. N sampai masanya nanti kami akan pulang di rumah kami di Taman Melati..

Mengenai makan minum masa di Taman Melati itu nanti... Emm... Sendiri2lah kot... Maybe bapa sedara aku akan hantar lauk untuk dimakan...
:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails