Sunday, 9 August 2009

Tahlil - 7/8/2009

Ianya diilhamkan semasa rakan-rakan aku nampaknya sedih serta kepenatan. Ada diantara mereka mengadu mereka turut bersedih dengan pemergian ayahanda kepada salah seorang daripada rakan sekelas kami, Nur Zianie aka Gee.

Aku terfikir aku ingin berbuat sesuatu untuk mengembirakan Gee tapi semuanya tak menarik dan seolah-olah memang tak menarik kerana aku telah memakai kasut yang sama, 2 tahun yang lepas.

Sedang rancak berutus pesanan ringkas aku terfikir ingin membuat majlis bacaan Yassin suatu malam yang agak lewat aku boleh katakan. Ini adalah berdasarkan apa yang dilakukan oleh ibuku semasa pemergian ayahandaku semasa pemergiannya dahulu.Terus aku ketengahkan cadangan aku kepada Yusoff yang seorang musang yang suka tidur lewat, spesies yang sama dengan aku. ;)

Namum, cadangan nampaknya berkubur begitu sahaja. Tiada apa perkara yang dilakukan untuk menjalankan majlis tersebut dan berkemungkinan desakan kewangan yang agak meruncing kerana pinjaman yang belum diterima.

Didalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, aku terfikir untuk membangkitkan kembali cadangan tersebut kerana kesedihan aku melihat Sufian yang kini terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang. Aku tujukan cadangan kepada ini kepada penumpang-penumpang kereta ibuku dan mereka bersetuju. Pada masa itulah mereka telah mencadangkan tarikh dan waktu yang sesuai. Terima Kasih kepada mereka kerana inilah yang menjadi titik permulaan untuk majlis ini; ‘Jumaat’ atas alasan masa untuk memasak dan lain-lain alasan yang aku tak ingat. Haha.

Keesokan harinya aku cadangkan kepada mereka yang lain. Secara umumnya kepada rakan serumah aku. Tidak seperti jangkaan aku, mereka telah bercadang untuk bermain Futsal pada hari tersebut. Setelah diambil peduli beberapa faktor maka mereka bersetuju dengan cadangan tersebut. Kami beranggapan bolehlah kami bermain futsal setelah berlangsungnya bacaan Yassin tersebut. J Maka pada hari aku ‘menuang’ kelas Tax(tak disangka kelas tersebut sememannya dibatalkan), rakan serumah aku mencadangkan membeli barang dapur di Tesco Pengkalan. Maka aku telah menghubungi beberapa individu yang berkaitan untuk membincangkan tentang perkara ini dan semua nampaknya berjalan dengan lancar. Semua persetujuan diperolehi dengan girangnya. Dan mengambil peluang tersebut aku membeli barang-barang yang untuk majlis tersebut….

Dan senyap beberapa hari…. Mereka ada berbincang untuk mengenai majlis tersebut dan aku…. Senyap…

Dipendekkan cerita(yang sememangnya sudah panjang), Tibalah hari Jumaat. Pada hari tersebut kami sekelas telah menghadapi kuiz finance yang sememangnya sukar. Tidak pasti berbaloi aku menelaah pada malam sebelumnya. Setelah selesai kelas aku menjadi sedikit kelam-kabut mengenai keputusan dimana majlis bakal diadakan. Pihak perempuan berpendapat Majlis boleh diadakan di rumah Safwa. Aku bersetuju namum ada bantahan positif daripada seorang sahabat dan akhirnya keputusannya ; Bacaan Yassin diasingkan lelaki dan perempuan. Lelaki di rumah aku(Yusoff, Faiz dan Bai) dan perempuan dirumah Safwa. Dan pihak lelaki berkumpul di rumah Safwa untuk makan.

Malam tiba. Pukul 7.30 rakan-rakan serumah aku lepak seperti biasa. Jauh di lubuk hati ‘Aih… Macam tak ada apa-apa aje nih…’. Aku juga meneruskan aktiviti melepak di dalam bilik selepas solat maghrib. Al-Maklumlah dikatakan selepas Solat Isya’ dikatakan majlis akan dimulakan.

Terima pesanan ringkas daripada Yong yang mengatakan mereka sudah habis bacaan Yassin. Tidak tahu aku hendak jawab apa kerana seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Azreen tiba. Maka bermulalah semua perkara. Solat Isya’ berjemaah dan menunggu tetamu hadir. Amin dan Syafiq (rakan dari Part 8) dan lain-lain menyusul. Yang tinggal hanya En Amir sahaja. Semua keraguan. Dan akhirnya aku berkeputusan mengambilnya dan kami akhirnya tiba agak lewat.

Selesai bacaan Yassin dan Tahlil yang diimamkan oleh Abang Tabiin, maka berangkatlah kami ke rumah Safwa. Maka tidak semena-mena agak terkejut dengan makanan yang dihidangkan. Ragu-ragu ditambah terkejut dengan hidangan yang disediakan. Hidangan yang bagaikan kenduri kecil bermodal yang besar dan lauk pauk yang agak banyak pada pendapat aku. Berikut merupakan antara masakan yang disediakan:

· Ayam Masak Kicap

· Paprik

· Sup

· Terung Masak Merah

· Kek yang bermacam-macam dan Kuih yang aku tak kenal

· Air Sarsi

Melampau sungguh. Aku tak sangka makanan boleh banyak sebegini. Kagum dengan usaha mereka. Terima Kasih semua kerana membuatkan majlis ini terjadi; Tukang baca Yassin, Tukang Masak, Tukang Buat Kuih dan Kek dan Tukang Buat Air. Terima Kasih juga kepada Tuan Rumah yang menyediakan kemudahan yang sebaiknya.

Pasti ini menjadi sesuatu yang bermakna kepada kita di masa hadapan.

Karangan yang panjang ini memang berjela-jela dan itu cukup membuatkan ia tidak menarik untuk dibaca?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails