- Kerap berkugiran. Ini menarik. Aku amat suka ini. Kerana aku sedar banyak yang perlu di'improve'. dalam 6 kali aku berkugiran. Apabila melihatkan jari telunjukku di sebelah kiri keras, itulah kepuasan segalanya.
- Konvokesyen. Memang pada mulanya aku beremosi tentang konvokesyen namum aku berasa agak terharu dengan kerana aku berjaya mendapatkan dua helai kertas yang berjaya aku perolehi yang menyebabkan aku berada di tahap ijazah kini. Dan aku akan bertahan sehingga berjaya melepasi tahap yang aku percaya bakal aku gapai nanti.
- Genting Highlands. Siapa sangka aku pergi ke Genting Highlands?? Aku sendiri tak menyangka ianya terjadi. Manakan tidak, ianya hanya direncannakan selama 30 minit dan ia telah terjadi begitu sahaja. Walaupun hanya menaiki gondola dan menaiki coaster, tapi kesejukan itu sudah lama aku tidak rasai di Malaysia. Aku kira kali terakhir aku ke Genting Highland adalah pada aku berusia 4 tahun. Menakjubkan bagaimana ia boleh terjadi.
- Berjumpa dengan rakan-rakan sekolah memang sering terjadi, namum kali ini memang mengejutkan kerana tidak semena-mena aku telah ketemu rakan-rakan yang hampir pasti tidak mungkin aku temui tanpa izin Tuhan. Tidak aku sangka aku boleh bertemu dengan Zakuan, Nasir, Azamin(walaupun dia di UIA), Zam, Roslan dan Mat Cendol. Tapi yang paling hebat adalah bertemu dengan Shareez. Terlalu hebat jodoh yang telah Tuhan berikan kepada aku kali ini.
- Pergi wayang. Tidak aku sangka aku telah menonton wayang pertama kalinya pada tahun 2009, Transfomers, tadi. Maka terbatallah puasa tengok wayang pada tahun ini. Yang paling menarik adalah aku telah menonton wayang bersama Bro Ameer dan Bro Afiq. Memang menyedihkan kerana mereka tiada lagi di UiTM Perak(ahh!! sedih pulak....)
- Tiket Envy. Ini sesuatu yang gila. Harga mahal dan dengan selambanya aku berikan jawapan 'Ya' kepada Apes. Jadi tiada jalan keluar. Aku akan berjuang untuk pulang ke KL pada masa yang telah ditentukan dan aku memandang kehadapan untuk konsert ini.
- Alhamdulillah... Aku dapat Notebook Acer...
Yang penting aku terasa bahagia hampir sepanjang percutian pada kali ini... Memang bahagia.... Tidak dirasakan selepas 8 tahun rasanya. Aku bersyukur kerana tanpa kesedihan manakan dapat kegembiraan. Sekian...
No comments:
Post a Comment