Sunday, 29 May 2011

Suatu Masa



Tajuk/Lirik Lagu: Suatu Masa
Penyanyi: M.Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Wednesday, 4 May 2011

Loneliness

Sunyi bukanlah sesuatu yang boleh lari dalam hidup aku. Ianya memang akan hadir apabila ia rasa ingin menjengah apabila aku terasa gembira lebih daripada batas-batasnya.

Sebulan ini beberapa perkara yang berlaku dimana ianya luar dari jangkaan.

Perkara pertama yang berlaku adalah aku terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya. Berlaku pada malam hari, semasa aku pulang daripada pejabat. Kemalangan berlaku diantara aku dan sebuah motosikal. Keadaan kereta tidak terlalu teruk pada hemat aku, namum perlu dimasukkan juga kedalam bengkel kerana remuk yang agak kelihatan dan side mirror yang patah.

Namum bila diimbaskan kembali bagaimana keadaan aku menghadapi keadaan yang sukar begini, aku kehilangan arah. Tiada siapa yang boleh aku hubungi. Memang pada aku, aku terpaksa hadapi dengan seorang diri. Kalau dahulu, boleh juga aku mengadu kepada mak aku kalau terjadi perkara-perkara begini namum kini... Rakan-rakan mungkin boleh membantu dari segi 'moral support' namum 'kelazatan' dapat mengadu dengan mak itu memang sangat dirindukan apabila tiba saat-saat getir sebegini. Namum, aku bersyukur masih ada rakan-rakan yang datang terus ke tempat kejadian dalam aku kebuntuan ketika itu. Hilang sedikit kesunyian di hati pada ketika itu.

Tidak sampai seminggu selepas itu, aku dikejutkan lagi dengan kehilangan Motosikal berkuasa tinggi 'Wave100'. Kali ini, Allah telah sampaikan mesej-mesej tertentu melalui adik aku. Adik aku telah ditipu oleh seseorang yang tidak dikenali yang menyatakan ingin melihat ibunya yang sakit. Tidak tahu mengapa begitu lurus, adik aku membiarkan anonymous itu berlalu pergi. Sedikit kecewa kerana atas kes penipuan, klaim insurans tidak dapat dilakukan. Dan aku termanggu didalam keadaan ini. Siapa, siapa dan siapa? Aku hanya menahan hati dan aku tidak mahu menyusahkan orang lain.

Ada juga beberapa lagi perkara namum tidak pula aku ingin kongsikan disini.

Dan kesunyian ini diteruskan hingga kini... Dan aku kini duka kesunyian!

Orang lelaki mana boleh menangis! Tapi didalam air siapa yang perasan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails