Wednesday, 21 September 2011

Perlawanan Untuk Hidup

Jam menunjukkan 3.50 pagi. Aku masih tidak mampu tidur lagi. Esok kelas tapi kepala aku sangat runsing dengan keadaan-keadaan yang menimpa sekarang.

Baru-baru ini, aku dekejutkan dengan kutukan-kutukan belakang daripada orang terdekat aku. Orang ini merembeskan kutukan yang tak pernah dilontarkan secara berdepan dan hanya dinyatakan melalui adik aku. Antara point yang terkeluar adalah tidak matang dalam membuat keputusan.

Semenjak sakitnya mak aku, segala keputusan aku buat sendiri. Manakan tidak, aku tidak nampak sekor-sekor manusia yang terbabit menyibuk dalam hidup aku. Yang aku ada hanya kawan-kawan, lecturer dan officemates aku. Yang mengaku saudara ni mana ada nak bertanya khabar, apatah lagi nak menjenguk. Selama ni aku di Seri Iskandar selama enam bulan, ada ke yang nak datang? Telefon pun enam bulan sekali. Dan kini apabila aku dah buat keputusan yang kritikal, ada pulak mulut yang mengata. Oh! Begitu rupanya realiti.

Kini aku sudah berkeputusan untuk menyewakan rumah aku di Kuala Lumpur. Inilah selama ini yang mereka inginkan bukan? Kini, aku disalahkan kerna tidak memberitahu mereka tentang tindakan aku. Apakah mereka merasakan tidakan aku ini tidak cukup rasional unutk menampung hidup ini? Atau mereka ingin menyewa rumah aku tapi tiada peluang! Ah! Siapa suruh lambat. Tidak pernah pulak nak bertanyakan tindakan aku dan kini mahu menyalahkan aku?

Kini aku telah sepenuhnya pindah ke Seri Iskandar. Aku tiada lagi rumah di Kuala Lumpur. Ini bermakna sepanjang hidup aku selama dua tahun selepas ini adalah di Seri Iskandar walaupun aku bercuti panjang.

Aku lakukan keputusan ini adalah kerana aku expect yang aku akan habis lambat kerana aku ingin mengambil subjek sedikit demi sedikit untuk menjaga pointer disamping menjaga mak aku. Ini bukan keputusan mudah. Tadi baru sahaja aku berbincang dengan koordinator mengenai pengambilan subjek dengan cara ini namum ada risiko yang harus dipikul. Ya! Risiko ini juga membebankan kepala aku sekarang.

Pemegang status Pelajar Sepenuh Masa Lanjutan akan dikenakan bayaran RM 50 satu jam Kredit. Bermaksud RM 150 untuk satu subjek 3 jam kredit. Kalau didarab lapan subjek yang tidak diambil lagi bersamaan RM 1200. Aku tidak rasa ini termasuk administration cost. Oh! Memang memeningkan kepala!

Selain itu aku juga dipersalahkan kerana tidak bekerja! Bermaksud aku kena BERHENTI BELAJAR secara sepenuh masa. MAAF! Ini adalah pesanan mak aku untuk terus belajar walau apa pun terjadi. Aku tidak rasa aku boleh meneruskan belajar apabila aku sudah bekerja kelak kerana aku sudahpun lemau! And seriously, I hates these words, BERHENTI BELAJAR, KERJA!

The End! I need go to sleep already~

Tuesday, 6 September 2011


Pop Shuvit/Man Bai -Seperti Syurgamu Lirik

Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah
Tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga
Ku dalam leka

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat
Tersurat sudah tersirat
Yang ringan menjadi berat
Tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar
Setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat

Korus
Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Dan tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu

Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar
Setiap daya akan ku pusatkan untuk
Untuk mencuba

Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi bekal

Ulang Korus

Oh engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

Ulang Korus


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/08/pop-shuvit-ft-man-bai-seperti-syurgamu.html#ixzz1XAoeQIoZ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails