Dia menitiskan air mata
Walaupun dia tidak mampu untuk melihat
Tapi dia punya perasaan
Kasih terhadap orang yang disayanginya
Namum,
Dia terpaksa melepaskannya
Demi masa depan orang yang dikasihinya
Memang sukar
Aku tahu
Sebelum ini
Dia menangis bersendirian
Dia tabah bersendirian
Dia menguruskan semuanya bersendirian
Namum,
Apabila dia berjumpa kembali orang-orang dikasihinya
Dia akan tersenyum
Seolah-olah tiada apa berlaku
Dimana semua kesusahan demi orang yang dikasihinya
Tidak memberi penat sedikitpun untuk dirinya
Malah...
Dia masih mampu tertawa
Walaupun dia melalui
Sedih
Sunyi
Takut
Namum semuanya hilang begitu sahaja...
Tibanya waktu kepulangan orang yang dikasihinya
Apabila terdengar suara memberi salam
Mengetuk pintu
Tergesa-gesa dia menyelak pintu itu
Lalu dirinya memeluk orang yang dikasihinya
Disambut dengan senyuman
Dan itulah waktu-waktu yang menggembirakan baginya
Sebagai seorang Ibu...
Mak aku menangis dikala menghantar addikku pulang ke sekolah.... Belajar menjadi seorang yang punya perasaan... Haha
2 comments:
Selami hatinya, buatkan dia gembira, jangan sekali-kali buat dia berduka apatah lagi menitiskan airmata.
Insya-Allah akan Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Insya Allah En Zool...
Saya akan cuba lakukan yang terbaik... :)
Post a Comment