Budak Baru??
Baru sahaja tadi aku mendaftar sebagai NR di sebuah kolej yang dinamakan Pasir Salak. Prosedur yang agak best. Ambil borang bewarna putih untuk pelajar NR di Pejabat Kolej nun hujung dibelakang + ceruk UiTM Perak. Selepas itu pergi ke HEP nun dihadapan UiTM Perak. Selepas itu hantar kembali ke Pejabat Kolej nun hujung di belakang + ceruk UiTM Perak. Inilah akibatnya lewat mendaftar. Memang terbaik. Nasib baik Arwah Ayah meninggalkan satu motor untuk aku ke hulu dan ke hilir di kawasan UiTM Perak(dibelikan untuk kegunaan aku semenjak aku diisytihar buang daerah dari Kolej semasa Part 4 DIA)
Semasa menghantar borang memang terlalu ramai umat manusia.
'Bang, nak borang...'Seorang demi seorang memintak borang. Memang naik rusing aku dibuatnya. Haih~
Sedang aku hampir tiba giliran untuk menghantar borang ada pulak si minah mungkin dari Sarawak mungkin bertanya kepada aku..
'Awak ambil borang ini dari mana?Berbekalkan suara tak makan pagi dan tak tidur malam aku menjawab
'Kat kaunter inilah...'Lalu dia meneruskan persembangannya bersama rakan-rakannya. Dalam persembangan tersebut aku terdengar perbualan mereka lebih kurang begini bunyinya:
Wanita 1: Kenapa dia ambil borang putih tu?Wanita 2: Tak tahulah... Bukan kena ambil borang biru kah?Wanita 3: Kita PELAJAR LAMA... kena ambil borang biru...Wanita 1,2,3; Hahahahahahaha~ (evil laugh)
Hello!!! Pelajar lama?? Excuse me... Awak dah berapa lama belajar kat sini adik?? Dah cukup lama ke?? Matrix Card pun baru ada hati nak tunjuk eksyen.. Haih~ Tolonglah~ Aku siap Part 7 masa Diploma... Aku tak nak kira berapa lama aku kat UiTM Perak... Untuk pengetahuan anda semua... Borang Putih tu untuk pelajar NR manakala Borang Biru untuk pelajar-pelajar baru duduk di kolej yang tidak matang seperti anda (seolah-olah aku matang membangkitkan isu ini... hahaha~).... Haish~ Haish~ Haish~ Ego betul nih... Hahahaha~~
Mengapa?
Semasa aku dalam prosedur mengambil tandatangan dari HEP, bersua pula dengan En Azmi disitu. En Azmi merupakan jurulatih Ping-Pong untuk Kokurikulum semasa aku Part 2 Diploma. Dia mengenali aku kerana aku gigih bermain(konon) serta tidak pernah ponteng. Hahaha~ Mungkin kerana aku nak melatih diri untuk mengalahkan budak-budak yang Idrisiah yang konon dah jadi wakil Perak tu... Huahuahua... Namum sampai sekarang aku tak dapat kalahkan mereka... Hahahaha~
Berbalik pada kisah... En Azmi bertanya kepada aku:
'BILA NAK GRAD???'Ahhh~ Ini satu faktor yang boleh membuatkan aku demotivate... Ingin sahaja aku katakan...
'Lama lagi En..' haih~ haih~ haih~
Oh... Mengapa?
I'm weirdo..
ps: tiada isu.. wahahaha~
1 comment:
yang terbaik dari ladang.... baguih le abu... sepatutnye ko bg panas lagi budak pompuan tuh... baru deme rase berasap aje... lagi best ko hembus aje asap kt deme... hahahahaha
Post a Comment