Saturday 10 July 2010

Dorongan

Kini aku berkeputsan untuk masuk belajar kembali. Aku menyewa satu rumah disini, Seri Iskandar. Minggu yang sudah berlalu ini, aku sudah cuba memasuki kelas walaupun tidak semua aku berjaya masuk. Insya Allah, minggu yang kehadapan ini aku akan memperbaiki kedatangan aku ke kelas. Mungkin tidak dapat menyesuaikan diri lagi kerana sudah 7 bulan aku duduk di rumah sahaja. Ditambah pula melihat muka-muka baru didalam kelas yang tampak bijaksana sahaja. Wow. Aku rasakan ingin menyepikan diri sahaja.

Keputusan untuk meneruskan pembelajaran kali ini adalah didorong oleh beberapa perkara;
  1. Kini aku berada di Semester 6, dan Semester 7 kebiasaannya, pelajar-pelajar akan menjalani latihan praktikal. Jadi aku berpendapat tahun hadapan iaitu awal tahun 2011, aku akan dapat menjalani latihan praktikal kerana adik aku yang kini berada di Tingkatan 5 bakal bercuti selepas SPM. Namum, ini cuma rancangan dan masih belum berbincang dengan pihak Ketua Koordinator lagi. Insya Allah akan berjumpa dengan beliau secepat mungkin.
  2. Dalam usaha menghabiskan belajar secepat mungkin. Aku memikirkan kedudukan adik aku sekarang yang kini dia bergantung harap kepada aku sepenuhnya selepas mak aku tidak mampu untuk bekerja dan berfikir dengan baik, Malah silap-silap, aku...
  3. Jika aku Berhenti Belajar dan aku berkerja, maka masa untuk bersama mak aku akan berkurang. Aku tidak rasa dengan Diploma yang keputusan yang kurang memberangsangkan itu akan dapat menampungi kos-kos mencari pembantu rumah dan kos kehidupan di Kuala Lumpur.
Minggu ini adik aku balik. Jadi dia dengan rela hati memberikan permission untuk aku keluar.. Oh adikku sayang. Abang keluar sebentar. Mahu bersukan sebentar. Huhu~ Nanti Abang ajar macam mana nak setelkam Rekod Tidak Lengkap(Ohhh~ Tidak!!)

1 comment:

ZOOL@TOD said...

Mungkin Abu patut jumpa saya/ Tn Hj Azman. Saya rasa ada jalan keluar.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah 5)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails