Thursday, 29 July 2010

Recently

Lama dah tak update, jadi nak ambik masa 20 minit nak update blog ini.

1. Belajar
5 subjek. 3 daripadanya subjek core dan selebihnya subjek bahasa. 3 subjek core tersebut merupakan subjek part 5 (maf, far, ais) sedangkan aku kini sudah part 6. Ada satu lagi subjek part 5 yang aku tak ambil iaitu tax. Masa untuk menghabiskan Degree aku kali ini memang cukup panjang dan tidak seperti manusia-manusia lain dan aku masih mengharapkan aku dapat menghabiskan proses pembelajaran ini. Aku menganggarkan 2 tahun setengah untuk menghabiskan pembelajaran ini. Ini adalah satu masa yang cukup lama dan apa sahaja boleh berlaku. Semua aku serahkan kepada Yang Lebih Mengetahui. Aku dah penat untuk berfikir apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang.

Assignment dah mula datang. Kuiz dah tiba. PBL... PBL... Masa semakin suntuk. Walaupun hanya 5 subjek tapi aku masih merasakan ketakutan dan seram sejuk. Rasa macam Final dah dekat tapi study masih belum. Untuk subjek baru, FAR430, saya memang tak faham! Argh!

Kedatangan. Sangat meruncingkan. Overslept dan pelbagai perkara lain. Duduk seorang dan kena berdikari sepenuhnya.

2. Internship
Resume dah hantar dan aku sendiri tak pasti dimana aku akan ber'kerja' untuk bulan Disember yang akan datang. Kuala Lumpur destinasinya. Sama ada 'confirm' atau tak masih belum dapat diketahui. Cuma menunggu daripada pihak Penyelia memberikan 'feedback' daripada syarikat yang aku pohon.

3. Madical Board
Sudah dijalankan pada hari Jumaat lepas. Jadi tunggu pihak syarikat membuat keputusan mengenai pesaraan mak. Harap-harap ada perkara yang baik daripada hasil perbincangan Medical Board. Harap semua dapat diselesaikan secepat mungkin. Ponteng kelas MAF sekali ini membuat hati bertambah runsing. Tutorail kot. Argh!!

4. Sukan
Aku memang suka bersukan. Kalau mak tidur lari sekejap pergi bersukan untuk mendapatkan skill-skill terbaru dalam sukan yang diceburi. Haha~ Badan dah melampau sangat jadi kena bersukan. Bola Tampar, Sepak Takraw, Badmintin dan terbaru, Bola Sepak depan rumah. Senang sikit. Tak payah jauh sangat. Haha~

5. Keadaan Mak
Sihat seadanya. Kalau dia cergas dia akan bersembang sampai tengah malam... ada masa sampai subuh. Adakala sampai satu hari setengah tidak tidur. Kalau tak cergas dia akan tidur selama 2 hari. Hari ini makan ok... Habis setiap hidangan tanpa bersuap, tidak seperti beberapa minggu yang lepas, dia tak beberapa lalu makan dan kena disuapkan. Syok ape suap orang makan... Huhuhu~

6. Jumaat
Jumaat ni kuiz MAF. Tahniah!! Aku tak study lagi. Macam mana nak score??? Yeah!! ;(

1 comment:

husna afifi said...

go for it, bro!
gutlak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails