Beberapa tahun dahulu, kalau balik kampung, pada raya kedua, pagi-pagi dia dah hilang. Seperti raya-raya yang lepas, kehilangannya tidaklah begitu mengejutkan. Bila bangun dari aku bangun dari tidur, selepas beberapa ketika, kereta hijau akan tiba kembali dan seperti juga raya-raya yang lepas, bungkusan roti canai berkeping-keping berada di tangannya. Maka selesai sudah persiapan untuk sarapan.. Tak perlu difikirkan sudah tentang sarapan... Semoga dia berbahagia jauh disana...
Tahun lepas. Ada jugak dengar bunyi menjerit ke ape...
Hahahahahaha!!
Tahun ini, kalau Hasan tak kata dia beli lemang, aku tak tau nak makan apa raya kali nih. Duduk je la kat rumah. Haha! Kedai tak bukak pulak tu. Tinggal 7e je kat area rumah aku nih. Sebab ada lemang yang Hasan suruh belikan ni, ada la bau-bau raya kat rumah yang macam tak orang menghuni nih.. Haha~
Enough~ Alhamdulillah.. Aku masih hidup dan masih ada manusia di sekeliling aku.. Dah sampai masanya menjadi orang tua walaupun masih terasa muda... Hahaha~
Jemput la datang raya rumah... tapi rumah jiran aku la... Hahahaha~ (Copy ayat nih... Haha)
They say past is past. We need to move on to see the future. But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future?
No comments:
Post a Comment