Tuesday, 22 February 2011

Tempat Itu!


Tempat itu amat bagaikan satu telaga ilmu yang sangat dalam. Banyak yang boleh diterokai dan boleh menjadi satu pengalaman bagi aku untuk menghadapi masa hadapan.

Namum, sejauh manakah aku dapat menggali ilmu itu? Dan perlukah sepanjang masa aku harus menggali dan terus menggali! Dan akhirnya semua aku harus tinggalkan. Mak, adik, urusan keluarga dan rumah. Bagaikan kehidupan aku hanya berada di tempat itu sahaja.

Adakah adik aku yang berada di rumah itu Orang Gaji yang tidak dibayar? Aku memikirkan bagaimana kesan psikologinya kini. Ada juga sekali sekala dia mengeluh tentang kesibukan aku menggali telaga itu. Tapi apakan dayaku....

Ibuku sudah tidak sedarkan diri dan asyik menidurkan diri selama dua minggu, Sebelum ini, kali terakhir aku dapat bersembang dengannya tahukah si tuan telaga itu apa yang diungkapkan ibuku? Inilah ungkapannya, 'Dah lama mak tak bersembang dengan kamu..'. Mahu atau tidak aku akui antara sebabnya adalah kesibukkan aku menggali telaga itu. Dari pukul 8.15 pagi sehingga 10 malam. Tidak cukup dengan itu, hari minggu pun aku masih menggali.

Aku memahami kekuatan aku untuk menggali adalah amat sedikit dan apa yang aku gali itu tidaklah begitu banyak. Namum, aku mahu mereka memahami aku masih ada ibu yang masih perlu aku tanggung. Takut juga aku menyebutnya namum perasaan ketakutan aku adalah seperti.......... (silent). Aku juga punya adik. Aku perlu tahu apa aktiviti yang dilakukannya. Aku tidak mahu masa depannya hancur kerana zaman remajanya tidak aku beri perhatian kepadanya kerana dia adalah amanah ibuku kepadaku.

Jadi anggapan aku kini kepada mereka yang punya tanah itu, mereka tidak punya ibubapa, mereka tidak punya keluarga yang harus dirisaukan dan mereka punya orang gaji dan mereka sangat kaya. Mereka ada duit nak hantar baju ke dobi, dan mereka ada kuli yang boleh mengemas rumah mereka. Dan aku? Perlukah aku mengungkit mengenai upah yang aku terima? Tidak perlu rasanya dan aku ikhlas. Namum jika dikerah twenty four - seven begini jauh mana keikhlasan yang mampu aku bawa? Cukupkah upah itu untuk aku merawat ibu aku kesan daripada komitmen aku untuk menggali telaga itu.

Aku bersyukur dengan situasi serta keadaan tempat tersebut namum aku sedikit kecewa. Aku hanya siapa? Mereka yang memegang kuasa, aku hanya membuat apa yang termampu. Aku mungkin boleh menceriakan keadaan namum di jiwa yang dalam ini siapa yang tahu? Dan inilah kekecewaan aku yang paling dalam. Dapatkah aku berbicara secara biasa dengan ibuku selepas ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails