Monday, 10 October 2011

Pro dan Kontra

Alhamdullillah... Adik aku telah dipermudahkan perjalanannya. Setelah lama menunggu, dia kini telah mendapat tawaran memasuki UiTM kampus yang sama tempat yang aku belajar kini iaitu di Kampus Seri Iskandar. Ditawarkan untuknya adalah Diploma Ukur Bangunan dibawah FSPU. Alhamdullilah..

Kini dalam fikiran aku, aku sedikit risau mengenai mak aku. Masakan tidak, aku terpaksa meninggalkan mak aku seorang sementara kami berdua sedang memasuki kelas.

Mungkin perasaan ini timbul kerana aku tidak mengenali jiran sebelah menyebelah kini. Berbanding sembilan bulan yang lalu, jiran di rumah lama lebih mesra dan lebih mengambil berat.

Aku masih berdoa agar dipermudahkan perjalanan untuk tahun-tahun yang mendatang. Disamping itu diharapkan aku dapat membaiki pointer yang sedia rendah semester ini. Satu subjek sukar untuk semester ini yang membuatkan aku pening lalat ditambah aku belajar seorang diri. Usaha harus dilebihkan dan diharapkan nasib menyebelahi. Insya Allah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails