Berakhir sudah kelas untuk semester ini. Ini bermakna aku bakal menghadapi Peperiksaan Akhir tidak lama lagi.
Awal semester sebelum ini aku amat runsing sebenarnya kerana aku perlu belajar seorang diri. Dengan kebolehan yang aku nilai agak terhad disamping masa yang suntuk, sememangnya mencabar.
Aku penat setiap semester untuk mencari rakan untuk belajar. Penat.
SOSIAL
Aku tidak rasa aku mudah untuk meramahkan diri untuk membuat kawan dengan cepat. Hampir setengah semester aku garu kepala mencari penawar bagaimana hendak mengubati permasalahan ini.
Terubat akhirnya apabila Allah menunjukkan jalan sedikit demi sedikit. Dengan sedikit kebolehan bermain gitar, aku gunakan untuk mengenali rakan-rakan baru. Adik-adik Part 5, oh sangat jauh rasanya, berkenalan dengan mereka dengan lebih rapat di Studio Jamming untuk membuat persembahan Makan Malam MoBAC. Selepas malam itu barulah mereka menegur aku di kelas 'Abu, bila nak Jamm?'. Ini sesuatu yang mengembirakan aku. Ia agak terlewat namum sedikit membantu malah aku harus gunakan perhubungan ini memandangkan aku akan bersama mereka di semester-semester akan datang.
Satu lagi batch yang perlu aku berkomunikasi adalah Bahagian 6. Batch ini, aku rasa rendah sekali manakan tidak melihatkan presentation dan keputusan-keputusan test.. wow! Sedangkan aku dapat separuh daripada markah keseluruhan ada diantara mereka mendapat 100%. Belum lagi aksi mereka membuat presentation.. Wow! English.. Wow!
Mujur benar ada pelajar yang mengulang seperti aku iaitu Fathan. Sedikit menyelamatkan aku untuk menjadi orang tengah untuk membuat assignment dan pelbagai perkara lain. Sememangnya untuk membina hubungan itu mengambil masa yang lama. Aku datang ke rumah mereka hampir setiap minggu untuk berjumpa Fathan dan akhirnya aku berjaya mengenali mereka sedikit demi sedikit. Klimaksnya semalam aku akhirnya berjaya bermain futsal bersama mereka. Aku harap ini akan berguna untuk dua semester kehadapan memandangkan mereka akan menjalankan latihan praktik pada semester hadapan.
FAR450
Sukar dan mencabar. Aku tidak sangka keputusan aku untuk mengambil subjek ini penuh dengan rintangan. Sememangnya pensyarah yang mengajar terbaik dan hebat namum kebolehan aku untuk memahami subjek ini sendiri memang diluar kemampuan aku. Ditambah dengan tiada rakan untuk bertanya, ia tampak semangnya sukar. Namum sedikit masa yang ada dimasa study week ini aku akan cuba memahami sepenuhnya apa ilmu yang terkandung di dalam subjek ini dengan membuat perbincangan dengan pensyarah dan rakan. Lulus atau tidak bagi aku sudah lain cerita. Bagi aku ilmu untuk dipraktikkan di luar sana lebih penting. Jika aku gagal untuk memahami subjek ini memang bagi aku sukar untuk 'survival' terutama jika berpeluang menguruskan syarikat-syarikat besar. Bukanlah bercita-cita besar namum 'just in case'. Tapi untuk memenuhi kehendak meluluskan subjek ini aku harus meninggalkan mak aku sementara. Harapannya mak aku dalam keadaan yang baik apabila mulanya aku belajar secara total nanti.
Cemburu
Pertengahan semester lalu bekas rakan-rakan sekelas aku telah menghadiri Konvokesyen mereka. Masakan aku tidak cemburu dengan situasi ini? Mereka dahulu sekelas serta umur mereka setara aku, namum mereka bakal meninggalkan aku seorang diri. Aku tidak hadir ke majlis itu dan hanya lepak dengan dengan seorang dua pada petang itu.
Dan kini satu lagi batch akan meninggalkan aku. Aku pernah sekelas dengan mereka dan mereka juga rakan-rakan bersukan yang akrab. Cuma disebabkan kaki aku sudah rosak (semasa bersukan dengan mereka), jarang sudah aku bersukan dengan mereka. Aku teringat semasa awal kaki aku rosak mereka datang hari-hari memandangkan aku sememangnya berseorangan. Manalah nak dapat rakan-rakan yang sanggup menolong kita semasa kita jatuh. Belikan makanan, carikan tukang urut, dan bermacam-macam lagi. Mereka ini aku tidak lupakan terutama mengenangkan insiden itu. Belum lagi yang jamming bersama dan berbagai lagi. Mereka memang terbaik. Maka, tidak hairanlah mereka diabadikan didalam post ini yang dikarang oleh salah seorang pensyarah aku di Seri Iskandar Bumi Bertuah ini.
Dan aku perlu melaui satu lagi atau mungkin dua situasi ini. Pastinya ia akan menyakitkan lagi apabila selepas ini aku perlu sekelas dengan batch yang bakal 'grad' di semester-semester yang akan datang.
Dan pastinya tiada kesudahan yang menarik dari post-post aku karang.
No comments:
Post a Comment