Gambar sehari sebelum Raya di Kuala Lumpur
Kosong, Kurang Kereta, Seronok Memandu...
Syawal 1429, Bangun, Makan Mandi...
Solat Sunat Aidil Fitri, Balik, Pasang TV... Tertidur...
Ahh... Terbangun seketika... Bittersweet...
Pedulikan... cerita biasa je tu... Tidur balik...
Terdengar lagu Faith, Seven Collar T-Shirt...
Hmm.. Agak menarik... Lagu zaman aku di Kolej Restu dahulu-kala...
Menarik juga... Mereka menggunakan gadjet yang diaplikasikan dan sedap didengari bunyi yang dihasilkan...
Yang lebih menarik lagu kedua mereka... Cahaya di Aidilfitri... Cover Black Dog Bone
Penuh ekspresi boleh aku katakan... Dengan wajah Duan yang bersungguh-sungguh...
Teruskan aku menonton... Couple menyusul...
Lagu Tentang Kita dan Selamat Hari Raya(lagu sendiri)...
Ya... Lagu Raya itu agak menarik lirikalnya mungkin...
Tapi biasa sahaja bagi aku... second guitar semestinya menarik perhatian dan vocalist mereka...
The Times... Dendang Perantau dan Dari Singapura ke Kuala Lumpur menjadi pilihan lagu mereka...
OK bagi aku walaupun tak masuk jiwa...
Belum lagi?
Nitrus- Sisa dan Selamat Hari Raya. No comment..
Meet Uncle Hussein, Bakri GSC bersama mereka rupanya. Lagu Untukmu dan Balik Kampung dendangan mereka. OK la.
Tapi aku memang teruja melihat Seven Collar T-Shirt, dengan misai Duan, penampilan yang berbeza daripada zaman aku di Kolej Restu dahulu. Suara masih tak berubah.
Lepas menonton Indie Raya, aku dan keluarga beraya di rumah saudara aku yang berdekatan dengan surau aku sembahyang raya tadi... Makan Mee Kari...
Selepas itu aku beraya di Blok D4, berdekatan dengan rumah sewa lama aku dahulu...
Huhu (penuh curiga).... hati tersentuh.... Sengau suara aku dibuatnya... Huhu... Balik... Tidur lagi...
Bangun hampir pukul 7 petang, sembang dengan mak aku sikit-sikit, mandi... Makan...
Wah, Salam Dunia M. Nasir... Zaman aku kat kolej gak aku layan ni...
Terima Kasih Faizal Somadi dan Shafiq...
Sambil bersembang dengan Mak aku tentang Masa Depan?, ini membuatkan aku runsing dan suka? Haha... Lalu aku berlari menonton TV yang berada di dalam bilik aku...
Lagu antara yang menjadi pilihan didalam rancangan Salam Dunia ...
Salam Dunia, Andalusia, Mustika, Bukalah Hatimu(agak rabel lagu ini), Di Pagi yang Satu(Jazzy sikit aku rasa), Keroncong Nostradamus, Raikan Cinta dan Satu Hari di Hari Raya.
Ya, ada juga artis jemputan Ella, Meet Uncle Hussein(lagi dan penuh keterujaan nampaknya), dan seorang lagi aku tak mengenali...
Aku rasa M. Nasir memang ada aura tersendiri dan... Hebat, itu sahaja boleh aku katakan...
Pergi CC. Explore band Jepun yang lagu mereka dah lama aku dengaritapi baru sekarang aku mengenali nama mereka... GO!GO!7188... Best!!!
Itulah Hari Raya Pertama aku di Kuala Lumpur...
No comments:
Post a Comment