Thursday 30 October 2008

Kau Pergi...

Cari pasal
Cari masalah
Resam dalam hidup...

Kau mati dalam hidupku,
Aku gembira,
Kau adalah tembok yang ingin aku pecahkan,
Kerana kau penghalang yang tegar...

Pergi kau
Pengganggu, Pengacau,
Jangan mencari aku,
Kerana kau masalah,
Pergilah kau ke Kerandamu...

Sunday 26 October 2008

Kedai Gunting...





Dulu,
Ayahku hantarku ke sekolah,
penuh dengan harapan,
Berguna kemudian hari...

Dulu,
Ayahku sering bawaku...
Kedai gunting rambut yang teguh,
Kini berusia puluhan tahun lamanya...

Dulu,
Ayahku yang membawa aku,
Dia memaksa aku,
Gunting Rambut...

Tadi,
Tukang Gunting rambut bertanya
'Mana Bapa?',
'Dia sudah Tiada...' jawabku...
'Patutlah sudah lama tidak datang...' kembali jawabnya,
Teruslah dia bersembang dengan rakannya,
Sudahlah... Aku tidak faham apa katanya.

Detik itu,
Aku mengigatinya,
Singgah sahaja Kuala Kangsar,
Disinilah higgapnya,
Banyak kenangannya...
Dahulunya kayu...
Kini sudah berhawa dingin,
Dari tidak beruban...
Kini rambutnya mula berguguran,
Dari 4 Ringgit...
Kini 5 Ringgit.

Namum,
Kenangan tetap kenangan,
Aku terus pergi,
Membawa peninggalan ayahku,
Ke kedai ini...
Berzaman-zaman.

Politik Berkeluarga

Apabila keluarga berpolitik,
Semuanya gah belaka,
Masing-masing punya,
Alasan yang tersendiri....

Aku menegakkan wang...
Ahh,... Aku pula menegakkan maruah,
Tidak... Aku menegakkan keluarga?
Masing-masing punya,
Alasan tersendiri...

Kau kena ikut aku,
Mereka itu sesat,
Walaupun mereka itu,
Saudara kita...
Kau kena ikut aku...
Masing-masing punya,
Alasan tersendiri...

Ego itu membencikan,
Aku mungkin bukan tulang belakang...
Masing-masing punya,
Alasan tersendiri...

Di sebalik keteguhan,
Ada lalang-lalang,
Yang malas...
Nak cari makan,
Disebalik mereka yang gah...
Masing-masing punya,
Alasan tersendiri...

Catatan ini nukilan,
Aku yang benci politik dalam keluarga...
Kerna aku ada alasan tersendiri...

(ini aku, bukan negaraku)

Kecewa

Melihat kematangan yang tinggi nilainya?
Aku meminati lagu-lagu B-rated?
Lagu sampah...
Pergi mati dengan kematangan kau...

Wednesday 8 October 2008

Basar...

Kau memberontak,
Aku ni yang duduk tengah-tengah kau ingat apa?
Kamu yang menarik muka,
Aku tak dapat menarik nafas lega,
Tak tentu pasal aku membenci,
Belakang pintu punya cerita...

Salam,
Selamat Hari Raya,
Sekadar ulangan,
Aku tak memaafkan,
Kenapa?
Aku memang suka...
dah penat rasanya,
Aku pura-pura,
Aku yang memilihnya...

Dua sahaja,
Tak berbaloi rasanya,
Suka membazir rasanya..
Tapi apa yang kau baca...
Hanya sekadar pembuang masa...

Tuesday 7 October 2008

Kembali ke Seri Iskandar…



Tidur lamanya sudah puas…

Pulang ke Manjoi mengambil Tour Guide aku…

Fadzli…

Lalu ke Jusco Ipoh

Berjumpa Kembali…

Butterfingers..

Jumpa pula kedai gitar…

Beli Pick lagi…

Suka….

Balik Manjoi…

Terbelek-belek nak bagitau semua orang…

Mampus aku la, memang aku poyo, haha

Bernafas dengan Ego?

Tak berani pun…

Kembali ke Seri Iskandar…

Beraya lagi…

Rumah Mam… Ambil Moto…

Pesan… Jumpa Rottw belikan untuk aku…

Malam tu dia belikan untuk aku…

Argh…

Aku ambil, pinjam Laptop orang. balik rumah,

Belek la buku macam budak study sejarah…

Dah habis baca baru dengar sambil membaca…

Tidur lampu terbuka…

Malam yang gila…

Tidak Normal…

Bangun Lambat…

Padan Muka…

Kembali…

Pulang ke Ipoh



Pulang ke Ipoh melawat Opahku dan Saudaraku di Manjoi…

Raya Keempat…

Tidur setengah jam…

Melawat saudara belah ayahku..

Tapi selepas sembahyang Isya’

Ahhh…

Kunciku tertinggal di dalam kereta…

Alhamdulillah...

Aku dibantu,

Dibantu oleh;

Pakcu Mamut, Pah Cu, Ne, Bang Le,Ehsan dan banyak lagi…

Terima Kasih atas bantuan kalian…

Makan di rumah Opah Chik,

Sayu aku mengenangkan kisah lama aku dan Ayahku…

Sekadar menutup muka walaupun sayang…

Sayang disamakan dengan bayang-bayang…

Tidur di rumah Pakcu Mamut…

Tak jadi pergi menikmati KAMI?

Bagus… Boleh tidur lebih...

Lalu tidur lagi…

Ibuku Ponteng Kerja? Pergi Chow Kit Lagi…










Raya ketiga pergi ke rumah Cik Jun

Cadangnya mahu pergi ke rumah Pakcu Ee…

Namum Pakcu Ee tiada dirumah…

Cik Jun pun tak ada…

Kerja…

Aku sejenak…

Sukar orang mencari duit…

Siang sampai malam bekerja…

Walaupun nampak gembira…

Pasti ada masalah menimpa…

Ahh…

Beraya sahaja di rumah Cik jun…

Maksu ada… Amir ada… Fikri ada…

Main mercun di waktu pagi…

Gembira…

Seperti aku di waktu kecil…

Puas bermain hantar Ibuku pulang…

Ke pejabat…

Aku Pulang dan Tidur lagi…

Petangnya aku ke Chow Kit Wet Market…

Setelah mengambil pulang ibuku dari pejabat…

Wah… Sudahlah keretaku berlari bagaikan zebra di Kuala Lumpur…

Chow Kit pula orang berniaga kurangnya pelanggannya…

Tak Percaya tapi itu hakikatnya…

Raya Kedua di Kuala Lumpur






Membawa kenderaan dengan laju ke Bukit Jelutung…

Wah perumahan yang hebat nampaknya

Besar…

Mak Yam dan Pak Mail…

Mereka ini amat berjasa bagiku…

Mereka disamping ibuku semasa pemergian-nya…

Menajar aku membuat keputusan…

Yang mungkin merubah hidupku…

Mereka berkampung di sana…

Di rumah anaknya…

Yang sudah berjaya nampakya…

Melihat Keindahan khat dan hasil seni…

Di dalam yang agak indah…

Pergi pula ke Puchong Perdana…

Melawat saudara emakku yang sakit…

Dalam fikiran aku bagaimana masa tuaku…

Dimanakah aku…

Masa itu…

Pulang dan Tidur lagi…

Wednesday 1 October 2008

Raya Pertama di Kuala Lumpur






Gambar sehari sebelum Raya di Kuala Lumpur
Kosong, Kurang Kereta, Seronok Memandu...
Syawal 1429, Bangun, Makan Mandi...

Solat Sunat Aidil Fitri, Balik, Pasang TV... Tertidur...
Ahh... Terbangun seketika... Bittersweet...
Pedulikan... cerita biasa je tu... Tidur balik...
Terdengar lagu Faith, Seven Collar T-Shirt...
Hmm.. Agak menarik... Lagu zaman aku di Kolej Restu dahulu-kala...
Menarik juga... Mereka menggunakan gadjet yang diaplikasikan dan sedap didengari bunyi yang dihasilkan...
Yang lebih menarik lagu kedua mereka... Cahaya di Aidilfitri... Cover Black Dog Bone
Penuh ekspresi boleh aku katakan... Dengan wajah Duan yang bersungguh-sungguh...
Teruskan aku menonton... Couple menyusul...
Lagu Tentang Kita dan Selamat Hari Raya(lagu sendiri)...
Ya... Lagu Raya itu agak menarik lirikalnya mungkin...
Tapi biasa sahaja bagi aku... second guitar semestinya menarik perhatian dan vocalist mereka...
The Times... Dendang Perantau dan Dari Singapura ke Kuala Lumpur menjadi pilihan lagu mereka...
OK bagi aku walaupun tak masuk jiwa...
Belum lagi?
Nitrus- Sisa dan Selamat Hari Raya. No comment..
Meet Uncle Hussein, Bakri GSC bersama mereka rupanya. Lagu Untukmu dan Balik Kampung dendangan mereka. OK la.
Tapi aku memang teruja melihat Seven Collar T-Shirt, dengan misai Duan, penampilan yang berbeza daripada zaman aku di Kolej Restu dahulu. Suara masih tak berubah.
Lepas menonton Indie Raya, aku dan keluarga beraya di rumah saudara aku yang berdekatan dengan surau aku sembahyang raya tadi... Makan Mee Kari...
Selepas itu aku beraya di Blok D4, berdekatan dengan rumah sewa lama aku dahulu...
Huhu (penuh curiga).... hati tersentuh.... Sengau suara aku dibuatnya... Huhu... Balik... Tidur lagi...
Bangun hampir pukul 7 petang, sembang dengan mak aku sikit-sikit, mandi... Makan...
Wah, Salam Dunia M. Nasir... Zaman aku kat kolej gak aku layan ni...
Terima Kasih Faizal Somadi dan Shafiq...
Sambil bersembang dengan Mak aku tentang Masa Depan?, ini membuatkan aku runsing dan suka? Haha... Lalu aku berlari menonton TV yang berada di dalam bilik aku...
Lagu antara yang menjadi pilihan didalam rancangan Salam Dunia ...
Salam Dunia, Andalusia, Mustika, Bukalah Hatimu(agak rabel lagu ini), Di Pagi yang Satu(Jazzy sikit aku rasa), Keroncong Nostradamus, Raikan Cinta dan Satu Hari di Hari Raya.
Ya, ada juga artis jemputan Ella, Meet Uncle Hussein(lagi dan penuh keterujaan nampaknya), dan seorang lagi aku tak mengenali...
Aku rasa M. Nasir memang ada aura tersendiri dan... Hebat, itu sahaja boleh aku katakan...
Pergi CC. Explore band Jepun yang lagu mereka dah lama aku dengaritapi baru sekarang aku mengenali nama mereka... GO!GO!7188... Best!!!
Itulah Hari Raya Pertama aku di Kuala Lumpur...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails