Wednesday, 21 January 2009

Berubah

Kali ini aku rasa kau benar-benar berubah,
Tiada perasaan malukah,
Atau kau sudah mengenal diri sendiri,
Apakah kau lupa asal-usulmu?

Adakah kau berubah untuk kebaikan diri sendiri,
Atau sengaja mahu menambahkan kegelian di hati aku?

Aku tidak menyangka kau berubah sebegitu rupa,
Sedangkan kau sememangnya
Seperti bukan yang aku kenali dahulu

Kau kelihatan bijak,
Tapi aku lebih memahami kau
Jadi tak perlu berhipokritasi di hadapan aku
Kerana aku lebih mengenali kamu...

Aku biarkan kau terlebih dahulu,
Aku akan memandang dari dalam hati,
Apabila sampai waktunya...
Aku akan berubah kembali...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails