Thursday, 8 January 2009

Kemanakah Kamu?

Ada seseorang yang berjalan diatas rumput
Dia merasakan dirinya terhebat di dunia ini
Dia tidak mendengar apa yang dikatakan orang
Kerana dia merasakan dia terhebat di dunia
Dan dia juga tidak memerhati rumput yang dipijaknya
Sehingga
Tidak disedari ada najis diatas rumput itu
Dia terus melangkah…
Langkah lagi
Dan terpijak najis itu
Dan sekeliling dunia mentertawakannya
Dan Dia juga bersungguh-sungguh tertawa
Melihatkan orang
Tanpa memahami orang mentertawakannya

Apabila disedari ada najis di kakinya
Dia mencaci seluruh manusia di sekelilingnya
Yang dia tidak menyedari
Ada orang cuba mengigatkannya
Tapi apakan daya
Dia hanya memekakkan telinga
Apabila ditegur
Dan dia juga berjalan tanpa melihat rumput-rumput tersebut dengan mata
Yang disangkanya tiada halangan
Terus memandang kehadapan tanpa disangkakan tiada sebarang masalah
Diatas perjalanan
Dan terus berjalan
Dengan memekakan telinga….
Pandang kehadapan….
Tanpa memahami
Cita-cita bukanlah mudah untuk dicapai
Penuh dengan cabarannya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails