1. Minggu peperiksaan.
Sudah berakhir untuk tahun ini. Untuk semester ini, hanya tiga subjek yang terbabit dengan peperiksaan. Jadi berakhir lebih cepat dari orang lain namum debaran masih seperti makhluk-makhluk yang lain yang menghadapi peperiksaan. Harapannya semua lulus dengan baik.
2. Bersukan.
Selepas minggu-minggu peperiksaan berakhir, sukan semestinya menjadi sesuatu yang baik untuk dilakukan. Mungkin tidak begitu berat, namum sudah cukup penat bagi aku. Hehe~ Antara yang menjadi pilihan adalah; Badminton, Snuker, Bowling dan Ping-pong.
3. Kaki terseliuh.
Empat hari lepas aku bermain badminton dengan sangat macho. Kali pertama aku main di UTP dalam semester ini dan kali pertama terseliuh semester ini. Sehingga tak boleh berjalan, dan itu satu peringatan dari Yang Maha Agung untuk aku. Dan aku bersyukur atas peringatan itu. Terpaksa memanggil adik aku pulang dan terima kasih kepada Along yang berada di Kuala Kangsar kerana berjumpa adik aku dan menguruskan urusan adik aku ke Stesen Bas Kuala. Mungkin dah kena bersara dari arena sukan Badminton??
Bersara??
5. Jamming.
Kedatangan Apes dan Zaku ke Seri Iskandar. Perkembangan menarik. Ada dua lagu baru sudah dicipta oleh dalam 8 December lepas. Penangan posrok namum tak sempat dirakamkan.
Bajet student UTP. Ahaks~
Cyberpunk
6. Tiga - Satu.
Keputusan permainan snuker antara aku dan Zaku. Hehe~ Nasib menyebelahi kerana Zaku agak handal berbanding dengan aku.
7. -100-
Mata maksimum dalam permainan bowling. Urgh~~ Sangat tidak berbakat. Dua kali dapat mata 100.
100
8. Praktikal.
Satu haribulan Dua Belas akan bermulanya praktikal di sebuah Firm di kawasan Danau Kota. Diharapkan tidak banyak masalah dan dapat mengharungi praktikal dengan baik Insya Allah.
9. Cerita Korea.
Kerana kaki sakit sempat habiskan cerita Korea. IRIS. Konsprirasi punya. Tapi jiwang. Urghh~
IRIS
10. Hari Raya.
Apa itu Hari Raya Aidil Adha? Fikirkan sendiri...
11. Cuti-Cuti Seri Iskandar
Rumah kat Seri Iskandar masih tidak dikemaskan lagi. Masa semakin suntuk dan banyak urusan perlu dilakukan di Kuala Lumpur. Pening2~~ Sampai bila nak melepak kat sini???
Buku dan Wayar
Harap-harap buat masa terdekat kaki ok untuk melangkah. Nak balik KL kejap nak letak barang, Aminn~~
No comments:
Post a Comment