Tuesday, 26 October 2010

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Ada beberapa pengajaran semasa paper pertama ini.

Pertama: Check jadual... Pastikan anda tahu dimana anda akan menghadapi peperiksaan dan bila waktunya. Jika tidak, anda akan menjadi seperti saya dimana saya teringat paper FAR saya hari Isnin depan walhal yang sebenarnya paper tersebut pada hari Khamis ini iaitu dua hari dari sekarang

Kedua: Study Hard mengikut kemampuan. Jika tidak, anda akan menjadi seperti saya, hanya tidur 2 jam sebelum peperiksaan dan akibatnya, satu soalan saya tertinggal untuk subjek MAF tadi. Tahniah. Saya memang mengecewakan diri sendiri dan guru-guru saya.


'All the best untuk diri sendiri... huhuhu~'

Ketiga: Study Smart. Ada sesetengah subjek bukan dipandang 'calculation' sebagai teras utama. Namum, harus diingat, teori juga penting didalam sesuatu subjek dan ini akan menambah nilai didalam subjek yang melibatkan pengiraan. Jika anda memandang enteng teori, anda akan menjadi seperti saya, membuat jawapan untuk teori mengikut idea sendiri sehingga pemeriksa yang membaca gelak secara sukarela.

Keempat: Time Management. Pastikan anda punya masa yang cukup untuk study. Kurangkan aktiviti yang tidak berkaitan dengan study. Jika tidak, anda akan menjadi seperti saya, tidak dapat menghafal formula dengan baik dan menjadikan sukar untuk menjawab peperiksaan. Urgh~ walaupun banyak latihan yang telah dibuat... Urgh~

Kelima: Cari Study mates. Jika anda sombong seorang-seorang konon pandai, anda akan menjadi seperti saya. Bukan sahaja sunyi, namum banyak ajaran sesat yang bakal dilahirkan. Dan bila ada masalah, anda akan diam. Tahniah~

Keenam dan Terakhir: Tawakkal. Dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali.

Ps: Banyak juga pengajaran aku dapat selepas satu tahun aku tak masuk dewan peperiksaan. Dan menghadapi peperiksaan tanpa housemates dan berseorangan memang sangat mencabar. Dan tidak dapat semua pengajaran yang dapat dikemukakan disini kerana kesuntukan masa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails