Tuesday 5 October 2010

Dinner MoBAC - 1-10-2010

Tak banyak yang aku nak ceritakan. Asalnya memang tak mahu pergi atas sebab kerosakan psikologi yang mendalam.

Tema: Violet Gala Night

Seperti tahun-tahun yang lepas, Sepanjang Diploma(2 kali, semester 1 dan semester 6.. dan beberapa kali waktu degree) aku sememangnya pakai baju tak masuk tema. Yeah~ Haha~

Berikut merupakan kronologi tidak mengikut masa:

1- Diajak oleh Mat Taiping buat performance. Mula-mula diajak main gitar namum sebab tak begitu terrorist, jadi penyanyi pun ok. Kugiran tersebut diberikan nama 'Amir and the Calculator'. Mengapa Calculator? Kerana mesin kira memang sinonim dengan perakaunan. Ada 2 lagu yang aku nyanyikan iaitu 'Kekasih Gelapku' cover Ungu dan 'Separuh Nafas' cover Dewa. 2 lagu lagi dibawakan oleh Syamini (aaa... betolke name dia nih~ maaf... walaupun awak classmate saya... huahuahua) iaitu Zombie cover The Cranberries dan Stay cover Estrella. Credit kepada Encik Amir yang cadangkan lagu, Mat Taiping, Wan Terer Main Gitar dan Sufi Terer Main Dram.

Membuat onar diatas pentas. Gambar daripada facebook En Zoolhemi.

2- Kedatangan rakan-rakan seperti Peanut, Amat, Arin dan Usop. I just feel so happy jumpa dengan mereka dan bermulalah membuat perkara-perkara tidak sepatutnya dilakukan. Ahaks~ Tangkap gambar... Uish... Lompat-lompat.. Tidak matang sungguh... Huahuahuahua~

Tu dia... Loncat lagi... Tak pandang dah orang tepi... Hahaha~ Pnut konon cool... Hahaha

Bersama Zahidan dan Alip... Dan band mates...


Mamarazzi... Ouh~

3- Makan.. Ala Chinese Cuisine deme kate. Tapi aku tak hiraukan. Tak kisah nervous atau tidak RM 40 yang dibayar perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hahaha~ Ada yang kata tidak sedap namum aku sumbatkan sahaja kerana ada masalah psikologi sepanjang majlis membuatkan aku rasa nak makan aje... Hahaha~ Maklumlah... Sekarang ni dah tak ada perasaan dah... Hahaha~ Apa itu nervous? Haha~

Antara makanan yang dihidangkan.. Ouh~

4- Unplugged bersama Bro yang hebat main gitar. Tak pernah aku lihat orang power main gitar seperti dia. Sampai tali putus. Gitar dia harganya RM1000 lebih. Fuhh~ kerana minat... 4 lagu: No women No Cry, I did it my way, Jika Kau Bercinta Lagi dan Kepadamu Kekasih... Sangat cool ini bro..

Tu dia... Dapat bunga lagi tu... Ahaks~

Tali putus lepas lagu No Women No Cry... Yehaa~

Bro ni memang power... Orang kat dalam nyanyi Bunkface, aku kat luar nyanyi lagu No women No Cry... Ahaks~

5- Balik sambil melambai-lambai kat Cik Wati dan gadis-gadis sekelilingnya. Saya tak melambai... Band mates saya yang lambai... Ahahaha~ Isk deme nih.. Tau la artist... Kena kejutan gamaknye... Haih... Cuba la mencontohi aku yang behave sepanjang masa... Hahaha~ Pulang ke Seri Iskandar mamak lagi... Ouh~ Ramai-ramai melepak...

Tiada gambar untuk kronologi kali ini... Tapi rasa memang best lah... huhuhu~

See you next in next dinner.... Tapi rasenye idak... sebab aku nak meneruskan RECITE...

Nah! Great Night and thanks for the moments~ ;)

Ps: Credit Gambar untuk En Zoolhelmi, Usop Z dan Eyno.

Ps2: Macam banyak je?? Haih~

2 comments:

ZOOL@TOD said...

Ha.. Ha.. Ha.. suka entri ni... Abu memang "cool" malam tu.

Hussien, Abu Zaid said...

hihihi en zool... macam perli aje... tapi kalau betoi2 cool 2 terima kasih le... hik3... pasni kena stadi dah~ huhu~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails