Latihan praktikal adalah satu peluang untuk aku belajar. Sebanyaknya aku belajar mengenai kehidupan, selain daripada melihat nombor-nombor yang agak memeningkan kepala. Sejujurnya, penilaian sendiri yang aku buat mengenai prestasi aku kini, yang agak menghambarkan mencerminkan bagaimana lemahnya aku dalam menguruskan perkara-perkara di sekeliling aku. Aku nampak dimana aku takut untuk melakukan sesuatu dan terlalu banyak persoalan yang timbul yang menyebabkan kelewatan yang bagi aku sangat melampau. Hilangnya sistematik aku selama beberapa tahun ini benar-benar mempengaruhi, Baru aku fahami yang sukar untuk aku berdikari sendiri untuk menapak dalam kehidupan ini. Fahamlah aku hidup itu perlunya bermasyarakat.
Communication is Power. Komunikasi adalah penting didalam mana-mana institusi baik dari institusi keluarga, organisasi dan institusi-institusi lain. Dan direfleksikan kepada diri aku, kelemahan untuk berkomunikasi secara efektif. Kini aku sadang cuba untuk memperbaiki kelemahan ini.
Melihatkan kehebatan sebahagian daripada associates dan senior auditor di firma audit ini amat menggagumkan. Mereka banyak menghabiskan masa di pejabat untuk memenuhi kehendak pihak klien. Kagum! Dan tahulah aku bagaimana berharganya masa itu.
Keseimbangan antara tuntutan agama dan dunia agak dititik beratkan di firma audit ini. Dimana setiap pagi jumaat diadakan tazkirah. Dan sekurang-kurangnya tercucuk jiwa aku dengan sesuatu yang bermanfaat yang mampu membuatkan aku terfikir. Dan pagi tadi sebahagian daripada tazkirah yang aku ingin kongsikan bersanma, mengapa perlu banyak dipersoalkan perintah yang diberikan. Apa yang diperintahkan oleh Allah dan Muhammad S.A.W adalah untuk kebaikan dan tiada satu daripada perintah itu, ingin memudaratkan diri sendiri. Dan ianya adalah sesuai untuk keseimbangan di dunia dan akhirat.
Kini aku sedang cuba untuk meneruskan belajar sebaiknya dan secepat yang mungkin. Ingin aku pengalaman untuk dibawa sebanyak-banyaknya sebelum aku masuk belajar. Dan bercerita mengenai masuk belajar, aku bercadang untuk memanjangkan usia latihan praktikan aku selama sebulan memandangkan cuti yang agak panjang. Dan perkara ini masih belum dicadangkan lagi kepada pihak pejabat dan pihak fakulti.
Satu lagi perkara yang menarik perhatian aku, Ping-Pong! Cut, Spin dan Smash! Tapi masih bukan aku yang pertama. Sebagai alasan, bet tiada dan kaki aku sakit. Hehe~
Dan akhirnya, aku ingin memanjatkan kesyukuran pada Yang Esa kerana ada sebahagian 'loan' yang mengganggu fikiran diselesaikan oleh pihak Takaful Malaysia. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment