Saturday, 1 January 2011

KHIANAT


Aku membentangkan satu cadar bersih untuk kamu berehat. Tapi aku tidak pula suka kamu menyimbah cat hitam diatas cadar aku.

Memang kamu boleh menyorokkan semua perkara di belakang aku. Namum, tidakkah kamu merasa hormat tehadap aku, pemilik kepada cadar itu.

Mudahkah cat itu dibuang daripada cadar itu. Ia tetap terkesan dalam hatiku walaupun hilang dari segi fizikalnya.

Tidak! Aku bukan mahu berkira. Namum, jangan sesekali kamu membawa daun kering itu keatas cadar itu dan membaca mantera haram! Ramai lagi ingin menggunakan cadar itu. Ibu aku? Terfikirkah??

Aku tak punya wang! Kau punya wang! Belilah menggunakan wang apa sahaja yang kamu mahu. Jangan malu-malu. Namum wang aku juga dijadikan bahan perantaraan. Tidak!! Aku tidak pernah kecewa walaupun aku tiada wang seperti kamu!

Sejarah biarlah dijadikan sejarah! Perlukah sejarah hitam diulang semula?

Baik berpada-pada. Jahat jangan pula sekali. Dan pergertian ini adalah untuk aku yang jahil ini. Tidak pula berpengalaman seperti kamu.

Aku mahu kamu tahu, jika tiada daun-daun kering berguguran, tiada perkataan khianat ini keluar didalam blog ini mahupun di Muka Buku.

Lalu aku menyanyikan lagu ini untuk kamu...

Lirik Lagu Kotarayaku – Altimet ft Hujan

Ohh, kotarayaku,

Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba, dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila sila

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah,
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh, kotarayaku,
Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Dipijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura kura

Bukan main main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *****
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh, kotarayaku, ( kotarayaku )
Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu

Aku rehat sebentar, di kaki lima
Yang jadi riba, melayan minda
Aku sedar kota, sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh, kotarayaku, ( kotarayaku )
Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu







....dan ianya masih terpahat dihatiku....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails