Wednesday, 9 February 2011

Surat Untuk Dia

Dengan NamuMu Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani!

Ya Allah...
Dimalam ini aku mengutus surat untukMu,
Dimana aku ingin menyatakan ketakutan aku yang lemah ini,
Mengenai masa depan aku,
Dan belenggu yang menyerang dari masa lepas...

Dimasa ini,
Aku bersyukur Ya Allah,
Atas segala rezeki yang Kau berikan padaku,
Walau dalam keadaan sesukar ini,
Aku masih mampu bernafas dengan baik,
Atas nikmat udara yang Kau berikan padaku...

Dimasa ini,
Aku bersyukur Ya Allah,
Atas segala rezeki yang Kau berikan padaku,
Walau dalam keadaan sesukar ini,
Kau kurniakan seorang adik yang baik,
Yang mampu untuk aku bergantung harap,
Satu-satunya saudara kandungku dunia dan akhirat,
Berikanlah dirinya kejayaan di dunai dan akhirat...

Dimasa ini,
Aku bersyukur Ya Allah,
Atas segala rezeki yang Kau berikan padaku,
Walau dalam keadaan sesukar ini,
Kau berikan aku persekitaran yang baik,
Sahabat-sahabat, rakan-rakan, serta orang sekeliling yang memahami,
Keadaan ini, dan mereka ini banyak membantu,
Alhamdulillah...
Sahabat sekolah, sahabat universiti, dan guru-guruku.
Kebanyakan mereka banyak membantuku,
Kurniakanlah mereka keberkatan wahai Tuhanku...

Dimasa ini,
Aku juga memanjatkan ketakutan diriku Ya Allah,
Atas segala yang aku lihat,
Disekelilingku Ya Allah,
Kepincangan yang berlaku dimataku,
Masjid yang dibina,
Dimana sedang ia mula mencambahkan jemaah,
Ia cuba diruntuhkan,
Malah dimataku aku sudah lihat ada juga sudah diruntuhkan,
Dan aku cuba memahami kesusahan jemaah itu mencari tempat perlindungan,
Dan perasaan itu aku alami bagaimana peritnya,
Kehilangan tempat bergantung...
Sukarnya menyangka hati seseorang yang digelar adik.

Dimasa hadapan kelak,
Aku memohon padaMu Ya Allah,
Jika aku dipanjangkan umurku,
Dan jika ditemukan jodohku,
Biarlah dalam keadaanku yang sangat bersedia Ya Allah,
Kerana aku sangatlah takut,
Terhadap masa kini yang aku lihat dimata aku,
Dan andai kata tidak mampu aku menanggung tanggungjawab itu,
Maka jauhilah hati aku,
Dari ditikam keris beracun lagi,
Yang amat menyeksakan dimana bekasnya aku rasakan sehingga kini.

Dimasa lalu Ya Allah,
Pernah aku minta padaMu Ya Rabb,
Jika tiada jodohku dengannya,
Maka permintaanku mudahlah lupus dari mindaku,
Hidupku bergantunglah aku padaMu,
Dan aku mengharap padaMu,
Makbullah permintaanku itu pada dua Ramadhan yang lepas..
Kerana ia cukup sakit apabila rasa itu datang,
Dan aku amat memerlukan kekuatan menghadapi keadaan kini,
Dimana ada pula nyawa yang kini bergantung kepada diriku.

Selawat dan salam kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.
Amin Ya Rabb!
Dan hanya padaMu aku bergantung..

1 comment:

ZOOL@TOD said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Abu dianugearhkan Allah dengan ketabahan dan kesabaran yang jitu. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails