Wednesday, 31 August 2011

Titik Lega

Umur sudah meningkat. Rasa macam tiada apa di dalam gengaman. Belajar masih tak habis. Yang seangkatan semuanya sudah sibuk bekerja. Ataupun tidak sudah sibuk bersembang nak kahwin. Band tak jalan masih di takuk lama. Aku pun tak improve. Haih~

Aku runsing. Sebagai anti social yang hanya bercakap dengan blog aku mencari satu titik lega melarikan diri dari masalah. Titik lega dimana aku rasa diawangan tidak perlu berfikir dan lari dari kedewasaan ini. Sedar atau tidak, ada satu titik lega yang aku pilih disepanjang cuti kali ini.

Nah! Kini aku dah kenal SNSD (Girl Generation), KARA, 4 Minute, Miss A, Wondergirls apatah lagi. Ini dahulu bahan kutukan aku sepanjang masa. Dan kini? Seronok? Suka? Mampu senyum seorang diri walaupun tiada teman? Sunyi? Ahh!! Emosi remaja.

Ini adalah Titik Lega yang salah. Serius salah! Dan kini serius psikologi aku sudah rosak.

Mungkin ini antara sebabnya?


Dan apabila digabungkan dengan jiwa aku akan jadinya seperti ini?


Masuk semester nanti aku nak belajar betul-betul dan buat band betul-betul disamping komitmen sebagai seorang anak. Harapannya keputusan yang outstanding semester yang akan datang! Untuk dijadikan titik lega yang baru!

Tuesday, 30 August 2011

Rasa Hari Raya

Maaf, ini adalah entry yang Emosi.

Sejujurnya rasa hari raya itu sudah hilang begitu lama. Mungkin sudah lima hingga enam tahun yang lalu. Bermakna sebelum sakitnya mak kini, rasa itu sudah hilang.

Kini sudah dua tahun aku menghadap raya dengan keadaan mak yang sakit. Kalau dahulu, sekurang-kurangnya mak akan memberikan rasa

dengan memasak rendang dan chocolate bubble rice serta memaksa aku menziarahi saudara mara.

Namum kini...

Aku suka menyendiri dan biarkan hari-hari di Syawal pergi. Aku duduk sahaja di rumah di Kuala Lumpur ini, tidak mahu pulang ke kampung. Bukanlah sombong cuma tiada rasa itu.

Untuk tahun ini, aku cuba menambahkan sedikit rasa di hari ini dengan beratur panjang membeli lemang di Pak Ali Raja Lemang. Selama 45 minit aku beratur dengan harapan raya kali ini terasa sedikit lemaknya.

Raya di Kuala Lumpur bukanlah suatu yang indah. Mungkin salah aku untuk melarikan diri dari semua orang. Jauh sekali aku untuk bersosial di Hari Raya. Akhirnya, aku sendiri dan aku biarkan diri aku merenung masa lalu dan menyendiri.

Semoga raya memberikan rasa gembira pada kalian semua. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Dan inilah capture itu.



Tuesday, 9 August 2011

Pergi


Pernahkah aku terfikir untuk pergi?
Pernahkah aku terfikir untuk berangkat untuk meninggalkan semua ini?

Tapi aku harus pergi..
Aku akan membuang semua kenangan dan pergi..
Kerana perjalanan belum berakhir

Namum aku pasti akan kembali
Mencari identiti sang penari
Gagah meneruskan kehidupan ini.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails