Tuesday, 30 August 2011

Rasa Hari Raya

Maaf, ini adalah entry yang Emosi.

Sejujurnya rasa hari raya itu sudah hilang begitu lama. Mungkin sudah lima hingga enam tahun yang lalu. Bermakna sebelum sakitnya mak kini, rasa itu sudah hilang.

Kini sudah dua tahun aku menghadap raya dengan keadaan mak yang sakit. Kalau dahulu, sekurang-kurangnya mak akan memberikan rasa

dengan memasak rendang dan chocolate bubble rice serta memaksa aku menziarahi saudara mara.

Namum kini...

Aku suka menyendiri dan biarkan hari-hari di Syawal pergi. Aku duduk sahaja di rumah di Kuala Lumpur ini, tidak mahu pulang ke kampung. Bukanlah sombong cuma tiada rasa itu.

Untuk tahun ini, aku cuba menambahkan sedikit rasa di hari ini dengan beratur panjang membeli lemang di Pak Ali Raja Lemang. Selama 45 minit aku beratur dengan harapan raya kali ini terasa sedikit lemaknya.

Raya di Kuala Lumpur bukanlah suatu yang indah. Mungkin salah aku untuk melarikan diri dari semua orang. Jauh sekali aku untuk bersosial di Hari Raya. Akhirnya, aku sendiri dan aku biarkan diri aku merenung masa lalu dan menyendiri.

Semoga raya memberikan rasa gembira pada kalian semua. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Dan inilah capture itu.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails