'Anak yob?'
Such a meaningful talk by people here at Taman Melati.
Arwah lepas pencen memang suka melepak. Tipikal lelaki melayu yang suka menyembang di kedai kopi.
Kesannya memang kebanyakkan orang punya range umur 50-an dan kebawah mengenalinya.
Berbeza dengan aku, lebih selesa berada di rumah. Mungkin kerana aku menetap di Perak lebih dari separuh umur aku. Kesannya tidak banyak aku kenali di kawasan ini.
Arwah memang gemar bercakap dan bersembang. Tapi aku tidak sempat bersembang dengannya memandangkan aku tidak selalu berada di rumah. Sepatutnya aku perlu lebih prihatin. Tapi segalanya sudah terlambat.
Tapi dia sememangnya meninggalkan legasi yang besar. Biarpun aku tidak dikenali rakan-rakan yang sama umur, tapi aku dikenali dengan panggilan 'Anak Yob Polis' oleh rakan-rakannya.
Terima kasih ayah..
No comments:
Post a Comment