Wednesday, 9 April 2014

Risau dan Gelisah

Esok aku akan mula berpindah pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa sebab dan alasan aku rasa resah, gelisah dan takut.

Keresahan ini aku tak nampak puncanya. Mungkin disebabkan aku perlu keluar dari zon selesa ini.

Apakah zon selesa ini? Zon selesa ini apa yang aku rasa dimana aku rasa aman dan tidak perlu memikirkan masalah secara mendalam.

Rasa selesa ini membuatkan aku tersenyum. Rasa selesa ini membuatkan aku seronok. Rasa selesa ini membuatkan aku tersenyum.

Di zon ini, sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar aku apabila bertegur sapa. Tidak kurang juga yang mengusik serta bergurau dan aku boleh membalas dengan senyuman. Malah di zon ini juga datangnya nasihat-nasihat yang logis serta boleh diterima akal dan aku senang hati menerimanya.

Di zon ini, aku boleh mengadu masalah aku. Mereka dekat bagaikan keluarga. Mungkin tidak menyelesaikan, tapi cadangan serta nasihat mereka itu memberikan aku rasa kuat dan ingin meneruskannya hidup yang payah ini.

Aku masih samar bagaimana aku caranya aku untuk aku meneruskan seperingkat lagi tingkat kehidupan aku seperti insan awam yang lain. Resah dan gelisah.

Apa yang aku bayangkan hanyalah traffic jamm, marah, tak keruan, dan segala benda yang negatif yang kalut. Dan aku juga bayangkan aku hanya duduk di dalam rumah menyembunyikan diri serta rasa takut didalam hati. Aku juga membayangkan ego yang tinggi sekiranya aku disana.

Entah. Aku biarkan sahaja rasa takut ini dan meneruskan perjalanan ini. Perjalanan ini perit tapi aku harus berjalan sehingga Dia berkata 'Berhentilah!'

#np mono's for my parents

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails