Thursday 24 April 2014

Gasing

Pernah satu ketika ada budak-budak seumur aku berumur 9-10 tahun bermain gasing di kedai makan di area Gombak.

Deme ni main gasing idaklah beghape terer. Asal dibaling aje gasing tu pasti tersangkut tali gasing tu. Teruk bebeno bebudak tu main.

Tiba-tiba ayah bangkit dan mintak gasing tu dari bebudak tu. Dia ikat gasing tu lepas tu dia baling gasing tu. Pergh berpusing gasing tu.

Bebudak tu ternganga. Aku pun ikut sekali ternganga. Terer pulak orang tue aku ni main gasing.

Sampai membawak aku main gasing kat sekolah rendah agame petang. Orang belajo fiqh aku main gasing. Memang hebat.

Wednesday 16 April 2014

Anak Yob

'Anak yob?'

Such a meaningful talk by people here at Taman Melati.

Arwah lepas pencen memang suka melepak. Tipikal lelaki melayu yang suka menyembang di kedai kopi.

Kesannya memang kebanyakkan orang punya range umur 50-an dan kebawah mengenalinya.

Berbeza dengan aku, lebih selesa berada di rumah. Mungkin kerana aku menetap di Perak lebih dari separuh umur aku. Kesannya tidak banyak aku kenali di kawasan ini.

Arwah memang gemar bercakap dan bersembang. Tapi aku tidak sempat bersembang dengannya memandangkan aku tidak selalu berada di rumah. Sepatutnya aku perlu lebih prihatin. Tapi segalanya sudah terlambat.

Tapi dia sememangnya meninggalkan legasi yang besar. Biarpun aku tidak dikenali rakan-rakan yang sama umur, tapi aku dikenali dengan panggilan 'Anak Yob Polis' oleh rakan-rakannya.

Terima kasih ayah..

Monday 14 April 2014

Hampir Terlupa

Tiba-tiba aku teringat, bapak aku pernah geletek aku di tepi perut, kaki...

Aku jugak suke main janggut dia...

Aku hampir terlupa kenangan-kenangan ini... Mungkin kerana hanya memikirkan masalah barangkali...

Wednesday 9 April 2014

Risau dan Gelisah

Esok aku akan mula berpindah pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa sebab dan alasan aku rasa resah, gelisah dan takut.

Keresahan ini aku tak nampak puncanya. Mungkin disebabkan aku perlu keluar dari zon selesa ini.

Apakah zon selesa ini? Zon selesa ini apa yang aku rasa dimana aku rasa aman dan tidak perlu memikirkan masalah secara mendalam.

Rasa selesa ini membuatkan aku tersenyum. Rasa selesa ini membuatkan aku seronok. Rasa selesa ini membuatkan aku tersenyum.

Di zon ini, sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar aku apabila bertegur sapa. Tidak kurang juga yang mengusik serta bergurau dan aku boleh membalas dengan senyuman. Malah di zon ini juga datangnya nasihat-nasihat yang logis serta boleh diterima akal dan aku senang hati menerimanya.

Di zon ini, aku boleh mengadu masalah aku. Mereka dekat bagaikan keluarga. Mungkin tidak menyelesaikan, tapi cadangan serta nasihat mereka itu memberikan aku rasa kuat dan ingin meneruskannya hidup yang payah ini.

Aku masih samar bagaimana aku caranya aku untuk aku meneruskan seperingkat lagi tingkat kehidupan aku seperti insan awam yang lain. Resah dan gelisah.

Apa yang aku bayangkan hanyalah traffic jamm, marah, tak keruan, dan segala benda yang negatif yang kalut. Dan aku juga bayangkan aku hanya duduk di dalam rumah menyembunyikan diri serta rasa takut didalam hati. Aku juga membayangkan ego yang tinggi sekiranya aku disana.

Entah. Aku biarkan sahaja rasa takut ini dan meneruskan perjalanan ini. Perjalanan ini perit tapi aku harus berjalan sehingga Dia berkata 'Berhentilah!'

#np mono's for my parents

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails