Monday, 29 September 2008

Biji Benih

Biji benih berasal daripada akar yang kukuh,
Benih itu akan gugur turun ke bumi bagaimanapun caranya,
Jika ia disemai dengan baik,
Dengan faktor...
Tanah, Air, Cuaca, Keadaan...
Menjadi atau Tidak?
Itulah faktor...

Bila faktor-faktor itu baik serta membantu,
Benih itu akan berubah menjadi pucuk,
Yang mungkin akan terus membesar,
Menjadi satu batang yang kukuh,
Dipenuhi daun-daun merimbun,
Dihiasi buah-buah yang ranum,
Dan ditambah dengan akar yang kukuh...

Hasil daripada sebiji benih tadi,
Kini ia mampu memberi kehidupan kepada yang lain,

Tapi dimanakah benih lain itu akan pergi?
Adakah berdekatan induknya...
Ataupun berjauhan dengan induknya?

Aku memilih untuk bersama-sama...
Mungkin itulah kelemahan aku...

Sunday, 28 September 2008

Kini Aku Faham....


Petang semalam adik aku dapat sumbangan Hari Raya di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati. RM50 dia dapat, teruja dirinya.

Malamnya dia dapat lagi sumbangan dari Madrasah Al Ikhtisamiah, RM 40 katanya. Biarkan...

Malam itu dia balik lambat. Hati aku risau entah mengapa... terselak-selak pintu menantikan kepulangan adikku...

Tak larat aku menunggu... Tidur jua....

Tapi baru aku ketahui mungkin... Mengapa dahulu apabila aku pulang lewat, arwah ayahku masih belum tidur... Menanti....

Kini aku faham....

Salam Akhir Ramadhan...

Tuesday, 23 September 2008

Pulang 2...

Aku bertolak subuh hari kali ini... Ini bukan pertama kali aku membawa kereta ke KL. Tapi bezanya kali ini aku membawa adik akudan aku memandu pada bulan puasa kali ini.

Subuh hari selepas makan makanan ditapau dari mamak, setelah mengemas bilik dan diri, aku mulakan perjalanan. Sejuk... 6 pagi...

Aku dan adik aku tak berpuasa pada hari itu. Adik aku demam. Alasan aku tak larat sebab kena drive. Aku memang tak mampu bawa kereta jauh-jauh tanpa rokok atau minuman. Mungkin ini kelihatan seperti alasan tapi itulah hakikatnya.

Di sebuah R&R di lebuhraya, aku menyuruh adik aku membeli burger di dalam stesen Petronas, tahniah kepada mereka kerana membekalkan makanan kepada aku yang sedang mengantuk.

Sampai di rumah terus aku tidur tanpa lenanya...

Ahh... Salam Lena...

Saturday, 20 September 2008

Hari Raya...

Kehairanan tak terbendung...

Orang serononok berhabisan wang kerna Hari Raya... Seronok aku mendengar mereka sibuk membeli baju raya... Aku tak tahu... Mungkin pada mereka tuntutan agama kot(Rabel? ke Jeles? Aku tak tahu)... Dah la masa bulan puasa banyak berbelanja... Kisah kawan aku dan kebanyakan orang.. RM100++ semata-mata baju raya... Hidup 20 tahun jadi RM2000++. Kalau buat investment boleh beli kereta sebijik... Cubalah trade kat Common Stock....

Aku bersyukur kerna aku dibesarkan tak banyak baju raya... Rasanya takde terancam hari raya aku... Sembahyang Jumaat pun bukan pakai baju raya, t-shirt memadai.... Aliran wang keluarga aku cukup unik... tak perlu berbelanja besar untuk hari raya.... Mungkin aliran wang itu ke perut aku barangkali....

Hari Raya selalunya orang berasak-asak membeli barang makanan untuk stok sebulan. Lemang, rendang, ketupat, ayam, daging.... Seronok.... Paling kurang RM 350 per family... Ya... Pada masa inilah Supplier barang runcit mengambil kesempatan menaikkan harga barangan makanan... Bayangkan kalau orang tak berasak-asak nak beli barang-barang pada beberapa hari sebelum raya... Hmm.. Pasti takde orang ambil kesempatan....

Kalau tak menggangu hidup aku takde la aku nak komen(kecuali pasal baju raya), tapi asyik macam ni boleh mati... dah la minyak harga naik... Tolonglah Demanders, tak payah nak jenuh-jenuh nak beraya sakan... Penat la...

Salam Penat....

Pulang...






Aku pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh ceria aku kira(aku tak pasti mungkin bosan sebenarnya), walaupun aku sendiri tidak tahu sama ada tindakan aku ini betul atau tidak... Banyak kerja dan ada kelas ganti pada hari jumaat sepatutnya....

Aku tidak peduli.... dan tidak peduli...

Kerna aku penat belajar... Hanya Gibson Spirit aku menjadi tempat melepaskan tekanan selama ini... Lama-lama kebosanan jugak... Penat mencari ilham namum tidak ketemu kerna komputer aku tidak berfungsi di Seri Iskandar....Ditambah dengan bilik aku yang dipenuhi nota-nota, terasa seperti Orang Gila...

Balik saje aku terus makan... Tambah nasi 2 kali... Disana aku tak lalu makan... Selalunya berbuka dengan Roti John sahaja... tak larat makan banyak-banyak seperti zaman kegemilangan aku dulu... namun aku masih seperti dulu.... Masih besar Perutnya... Hahahaha...

Mungkin disana aku kesempitan wang memaksa aku tak makan(tapi masih tidak lepas rokok yang digenggam). Ahad ini aku pulang ke Perak dan meneruskan pencarian ilham...

Salam Kepulangan

Tuesday, 16 September 2008

Tekanan...





Aku dan tekanan. Seringkali aku merasakan tekanan itu menarik untuk dipermainkan. Tapi kini aku merasakan tekanan itu satu perkara yang menyusahkan.
Sebagai student aku merasakan tekanan itu perlu untuk berjaya. Tapi mungkin ia meleset kerna aku juga melupakan sesuatu yang penting... KEGAGALAN.

Aku kini sedang belajar di sebuah IPTA di Perak. Aku hanya mengambil 2 subjek yang tersangkut pada semester yang lalu...

Salah satu subjek yang aku ambil ialah investment analysis. Aku telah mendapat markah yang agak tinggi berbanding pelajar-pelajar lain dialam Test 1 baru- baru ini.

Subjek kedua ialah Taxation. Cukup menyampah... Aku tidak berjaya dengan cemerlang dalam subjek ini.

Aku telah diperli oleh lecturer Taxtion aku kerna tidak mampu menjawab soalan agak fundamental semalam. Aku tertekan kerna perliannya itu mengaitkan aku dengan subjek Investment Analysis. Ahhh... Tertekan?

Bukannya aku tidak berusaha untuk mendapatkan markah yang terbaik tapi itulah hakikatnya, penat rasanya... Tapi aku tidak akan ambil peduli...

Aku telah gagal sekali dan aku akan teruskan tekanan menghantui aku dan aku mengharapkan tekanan itu akan terus aku mainkan dan berharap tidak tekanan itu mempermainkan aku.

Salam Tekanan...

Welcome...

Kemudahan ini aku gunakan hanya sebagai pencetus idea, melepaskan tekanan mahupun sebagai pembuangan masa... Jadi enjoylah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails