Sunday, 26 October 2008
Kedai Gunting...
Dulu,
Ayahku hantarku ke sekolah,
penuh dengan harapan,
Berguna kemudian hari...
Dulu,
Ayahku sering bawaku...
Kedai gunting rambut yang teguh,
Kini berusia puluhan tahun lamanya...
Dulu,
Ayahku yang membawa aku,
Dia memaksa aku,
Gunting Rambut...
Tadi,
Tukang Gunting rambut bertanya
'Mana Bapa?',
'Dia sudah Tiada...' jawabku...
'Patutlah sudah lama tidak datang...' kembali jawabnya,
Teruslah dia bersembang dengan rakannya,
Sudahlah... Aku tidak faham apa katanya.
Detik itu,
Aku mengigatinya,
Singgah sahaja Kuala Kangsar,
Disinilah higgapnya,
Banyak kenangannya...
Dahulunya kayu...
Kini sudah berhawa dingin,
Dari tidak beruban...
Kini rambutnya mula berguguran,
Dari 4 Ringgit...
Kini 5 Ringgit.
Namum,
Kenangan tetap kenangan,
Aku terus pergi,
Membawa peninggalan ayahku,
Ke kedai ini...
Berzaman-zaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wahai encik estetika, ko ni m.nasir sebenarnye hahaha
mr abu..trima kasih atas bait ayh kepada yg berayah..telah Hero lah dia sebelum ini..takziah abu..smpi..
suka ini...rasa macam syahdu..
Terima Kasih...
Bagaikan Karya Agung pulak...
Nanti aku nak try publish la...
Terima Kasih...
Post a Comment