Friday, 24 April 2009

Menangis, Terharu, Sedih dan Gembira

Malam yang aku kira sia-sia
Aku telah tidur selama satu jam
Walaupun pada perancangannya tidak mahu tidur malam itu
Standard Costing tidak berjaya aku habiskan
Aku kira aku sudah berputus asa
Al-Maklumlah, aku kira aku tiada pendorong yang setia... Hahaha...

Selepas mandi bersiap-siaplah aku
Selepas itu aku mengapai telefon bimbit
Peninggalan Ayahku yang diingati selalu

Aku menghubungi Ibuku
Tidak berjawab nampaknya
Beberapa ketika...
Telefon bimbitku berbunyi
6034047000... Ya... Itu panggilan daripada ibuku...

Aku meminta restu
Serta mengharapkan dia berdoa
Agar aku LULUS
Dia tergelak-gelak
'Buat je, tenang...' antara ungkapannya tadi

Tiba-tiba...
Air mata mengalir diatas pipi
Menandakan betapa aku tidak bersedia menghadapi peperiksaan ini
Tidak selalu aku kalah sebelum berjuang
Mungkin salah aku tidak mampu untuk menghadapi situasiku kini

Ibuku, dari pendengaranku bagaikan tidak keruan
Namum tidak ku tahan
Aku teruskan tangisan itu
'Tak pe, kalau gagal nanti refer balik'
Ohoo... Dah dapat lesen nampaknya...
Hmm...

Pergilah aku ke Annex 1 UiTM Perak
Dalam perjalanan sempat aku membeli 100 Plus
Sambil menghirup udara kotor
Hasil daripada buatan aku sendiri di pagi hari
Tertekan alasanku

Didalam dewan peperiksaan
Aku tersenyum
Aku rasakan aku boleh menjawab soalan
Mengapa begitu...
Aku rasakan ada kekuatan yang membantu aku

Namum begitu,
Standard Costing tetap aku tinggalkan
Semestinya 20 markah hilang begitu sahaja
Tidak lagi diungkit soalan Long Term Decision Making yang tidak aku fahami selalu

Tapi aku keluar dengan rasa berjaya untuk lulus
Walaupun markah terkumpul aku adalah terendah di dalam kelas
Aku rasa gembira
Kerana aku telah menjumpai Pendorong yang sebenar
Yang tak perlu dicari lagi...


Ibuku Pendorongku...
Dialah kekuatan yang sebenar
Masa ini aku kira tiada yang lain

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails