Wednesday, 29 April 2009

Samakah??

Adakah kau mengenali diri aku?
Siapakah kau mengenali diri aku?
Tahukah kau,
Aku tak mengenali diri sendiri

Aku berkecamuk
Sememanngnya tidak mengenali diri sendiri
Melihat diri yang lain
Aku seolah-olah diri yang lain
Lalu aku sedari
Ianya hanya memakan diri sendiri

Berjalan keseorangan
Cuba mencari ketenangan
Kononnya paradigma yang dicari
Namum yang tiba hanya cita-cita bodoh

Dengan cita-cita bodoh ini
Aku cuba merungkai
Siapa diri aku yang sebenar
Apakah wajah di sebalik senyuman
Apakah disebalik kesuraman hati
Adakah benar-benar aku memerlukan
Air yang mampu memadam
Api yang membara di hatiku ini



Aku cuma mencari ketenangan di medan ini, tidaklah aku mahu menjadi seseorang yang penuh emosi dan tidaklah pula aku mahu menjadi terlalu syahid...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails