Aku teringatkan pesanan Pro-Canselor pada hari Konvokesyen ke 7. Dia ada memberikan 3 pesanan yang bagiku agak kritikal untuk kehidupan manusia(pada pandangan aku). Tapi disini yang benar-benar menarik perhatian aku ialah pesanannya 'APABILA PARA GRADUAN SUDAH BERJAYA, JANGAN DILUPAKAN PENGORBANAN IBU BAPA.'
Dahulu-kala aku sering menonton drama-drama Melayu yang mengisahkan tentang anak derhaka, anak lupakan pengorbanan ibu bapa dan sebagainya. Pada masa itu aku beranggapan bahawa ia adalah hanya skrip-skrip yang dicipta untuk menambahkan populariti pelakon-pelakon yang mengejar kemewahan.
Namum, kini aku tersedar bahawa sememangnya gejala melupai ibu bapa sememangnya berlaku di kalangan masyarakat kini. Jadi aku ingin berfikir mengapakah ianya terjadi supaya ianya dapat dijadikan iktibar pada masa akan datang dan diharapkan aku tidak tergolong di dalam golongan yang melupakan orang yang amat berjasa ini.
PADA PERINGKAT REMAJA(mungkin pada kedudukan aku sekarang?)
Kebebasan dan Kemewahan(?).
Melangkah ke alam universiti sememangnya adalah impian kebanyakan ibu bapa. Segala kemudahan sememangnya mereka cuba usahakan untuk memastikan anak-anak mereka tidak terganggu dengan ketidak-selesaan. Namum begitu, sememangnya manusia itu amat lemah. Mereka sering-kali terlupa apakah tujuan asas/dasar/sebenar mereka dihantar ke universiti iaitu MENUNTUT ILMU.
Sememangnya berkenalan rakan-rakan, bersuka-ria menjadi dasar baru dan menuntut ilmu itu hanya menjadi dasar komplimentari. Ya, akhirnya rata-rata pelajar(AKU??) hanya belajar pada minit-minit terakhir. Kata-kata aku di dalam hati? 'Oh, peniruan itu perkara biasa. Tidak mengapa. Peperiksaan akhir barulah buat betul-betul. Bukannya apa mana sempat nak belajar, terlalu banyak'. Hati aku yang rabel di sebelah kiri mengatakan 'Ahh, itu hanya alasan.. aku dah habiskan masa dengan komputer yang dibeli oleh ibuku ini, aku dah habiskan masa (dan wang diberikan oleh ibubapa mungkin) dengan kawan-kawan, menghadap telefon bimbit dengan jayanya dan lain-lain.'
Pemikiran sempit ini akhirnya membawa kepada satu kesan yang pasti yang amat mendalam. Keputusan yang penuh dengan tanda tanya. Setelah segala kemewahan diberi, namum apa yang dicapai hanya bagaikan menikam diri ibu bapa. Setelah itu diberilah seribu satu alasan mengapa tidak boleh berjaya di dalam peperiksaan tersebut.(Jadi, inikah patut aku banggakan apabila menerima skrol diploma tempohari??)
Aku ada pendapat berhubung mengenai zaman post-remaja namum tidaklah aku rasa bersesuaian untuk diletakkan disini kerana aku masih belum melului zaman(Iaitu zaman pekerjaan dan keluarga) itu lagi. Biarlah disimpan terlebih dahulu untuk post yang akan datang(mungkin masa itu aku tengah marah2 lagi... Hahaha)
Dan akhirnya, pasti tiada pengakhiran yang menarik...