Tanah
Berbakti pada tanah
Itu adalah perkara yang baik
Tanah secara tidak langsung menyebabkan kita hidup
Dari tanah adanya tumbuhan
Dari tumbuhan adanya oksigen
Tanah juga memberi lapangan untuk kita berpijak
Apalah maknanya jika kita terapung-apung
Seperti di angkasa raya... Tiada apa
Cuma ruang kosong
Juga ia boleh membawa kepada perpecahan persaudaraan
Melihatkan manusia tidak bertegur sapa
Disebabkan tanah yang dikejar oleh mereka
Lantas ia mencantas hubungan yang dibina sebelum ini
Manusia juga suka nyata suka menghancurkan tanah
Buanglah buangan yang mahu dibuang
Dan akhirnya
Kebodohan menjadi kenyataan
Tiada apa yang tinggal
Tinggallah kesan daripada kebodohan manusia itu sendiri
Tanah itu tanah kita
Mengapa perlu kita seksa ia
Kerana kita tanah jua...
No comments:
Post a Comment