Friday 22 May 2009

Meminta Bantuan Mencari Seseorang -MUST READ-

Assalamualaikum...
Kepada sahabat-sahabat sekalian. Disini saya dengan penuh rendah diri ingin meminta bantuan daripada pihak sahabat-sahabat sekalian. Saya kini sedang mencari seseorang iaitu Khairunnisa bt. Mohd Yusof. Beliau adalah kakak saudara saya yang telah menghilangkan diri sejak setahun yang lalu. Beliau berasal daripada Perak.

Beliau yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Shah Alam dalam bidang perhotelan pada peringkat ijazah. Namum begitu sehingga kini beliau tidak lagi dapat dikesan oleh pihak keluarga. Beliau kali terakhir ditemui di Medan Idaman, Gombak.

Beliau dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor. Berkemungkinan menjual tudung ataupun aksesori wanita di sekitar kawasan-kawasan pasaraya di negeri tersebut. Berkemungkinan juga beliau membantu perniagaan 'rakan'nya yang berasal dari Pakistan yang dikenali dengan nama Ahmad.

Kini saudara-saudara saya dalam usaha mencari beliau. Oleh kerana Kuala Lumpur dan Selangor ini terlalu besar, saya mengaharapkan bantuan daripada sahabat-sahabat sekiranya ternampak beliau diharapkan menghubungi saya dengan segera.

Diharapkan kepada sahabat-sahabat yang terlihat beliau dapat menghubungi saya melalui telefon bimbit saya atau emailkan terus kepada saya di ibnu_hussien@yahoo.com.my.

Segala masa yang sahabat-sahabat luangkan didahui dengan ucapan terima kasih.


Klik untuk besarkan gambar...

2 comments:

Zai said...

betoi ke abu???

Hussien, Abu Zaid said...

betul...tk tipu..dh setahun hilang..kalau nampak tolong bagitau ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails