Bangun di kala pagi hari sememangnya sukar. Seperti biasa 6.50 pagi aku menghantar ibuku ke pejabat. Selesai itu aku tiba di rumah dan bersiap-siap ke Shah Alam. Lebih kurang 9.15 pagi aku bertolak dari Taman Melati. Objektif pertama adalah untuk membeli tiket Anas yang menyebabkan aku perlu keluar awal. Di waktu ini kereta berjalan dengan lancar dan tidak begitu menghadapi masalah. Walaubagaimanapun, perjalanan ke Seksyen 17 agak memberikan permasalahan kepada aku kerana tidak tahu arah jalan yang sepatutnya yang dilalui. Namum begitu segala permasalahan dapat diatasi dan Anas berjaya membeli tiketnya untuk pulang.
Bahagian 2
Menuju ke Masjid Sallahuddin Abd Aziz, dimana tempat yang aku lepak dahulu-kala. Sememangnya menyingkap sejarah lama. Selepas meronda di kawasan masjid berehat sebentar didalam kereta sambil ditemani alunan lagu Sheila On 7 di kawasan parkir masjid tersebut. Tepat pukul 11.30 aku menuju ke komlpleks PKNS untuk mengelakkan kelaparan. Sebuah restoran makanan segera dituju dan kelaparan berjaya dielakkan. Teruslah perjalanan aku ke UiTM Shah Alam.
Bahagian 3
Tiba di kampus dengan lewat. Setelah menyelesaikan beberapa perkara, aku bergegas ke Pusat Islam UiTM Shah Alam. Meletakkan kenderaan yang aku naiki disana dan menukar pakaian formal seperti yang dikehendaki. Selepas itu, aku menapak kakiku ke Dewan Seri Budiman. Bukanlah perjalanan yang mudah bagi aku yang amat malas ini.
Bahagian 4
Tiba jua akhirnya. Perbarisan telah dimulakan dan seperti biasa kelewatan memakan diri sendiri. Aku mencari dimana sepatutnya aku berada. Dari hadapan hinggalah ke paling belakang dan kembali kehadapan. Terserempak dengan rakan-rakan; Pnut and the gang, Ain, Arip dan lain-lain namum aku terus mara kehadapan tanpa berfikir lagi.
Bahagian 5
Masuklah aku kedalam dewan dengan lewatnya. Namum begitu aku telah dihalau ke belakang. Ya, bahana lewat. Maka dengan gembiranya aku pergi ke belakang. Setelah disusun semula kedudukan aku aku terus melangkah dan duduk di tempat yang sepatutnya dan memulakan penantian yang amat membosankan.
Bahagian 6
Para graduan(ada sesuatu yang tak kena disini) dan tetamu disajikan tontonan video yang aku kira menyayat hati(?). Dimulakan pengenalan kepada Pro Canselor dan diakhiri dengan video yang aku tidak faham apa isi kandungannya. Namum begitu, ada 2 keratan video yang agak menarik perhatian aku iaitu:
Bahagian 7
Perarakan masuk perbarisan utama, perbarisan ???(yang ada NC) dan kemasukkan Pro Canselor. Apa yang menarik disini adalah semasa kemasukan Pro Canselor yang penuh dengan simbolik. Dengan diiringi Keris Gergasi serta tombak yang pelik. Kagum juga rasanya. Disamping alunan gendang silat, serunai dan Gong, menambahkan suasana kehantuan. Menarik. Menyanyi-nyayi lagu formal seperti biasa dan meneruskan majlis seperti majlis formal yang lain. Perkataan yang palling diingati pada waktu tersebut ialah "Graduan diminta terus berdiri" disambut dengan " Ala". "Hahaha" tawaku.
Bahagian 8
Terus kepada penyampaian skrol(dah tahu itu satu penipuan yang amat nyata). Dengan bangganya naik keatas pentas mengambil. Dengan pening dan takutnya dan tiada persediaan(gara-gara tidak pergi raptai), aku naik tunduk dan tunduk dan amil dan tak tahu apa terjadi. Tapi Suhana ada kata kat seseorang aku buat lawak.... Satu persoalan... Aku tanya dia nanti. Aku semestinya sebagai seorang perintis UiTM Perak(labon), aku adalah wakil pertama dari UiTM Perak. Aku adalah orang pertama yang mengambil skrol untuk batch yang aku tumpang pada masa lalu dan dalam kelas aku sekarang ini pun aku juga yang pertama. Makanya tidak dapat aku gelakkan orang lain terlebih dahulu.
Bahagian 9
Ya, apabila dapat skrol awal pastinya bosan. Terlihat Jezrin Johari naik ke atas pentas. Selepas beberapa ketika kelihatan dia berjalan keluar. Tanpa berfikir aku terus melulu keluar. Berjumpa dengan Jezrin dan membuat perancangan untuk melanggar peraturan. Rules are made to be broken. Dan akhirnya aku berjaya keluar. Selepas fogging, kami berdua pergi membeli air dan bertemu dengan Ameer Mahfooz. Dia menghubungi Firdaus dan Ridzuan. Mereka juga berjaya meloloskan diri. Kami bergambar dan seperti biasa apabila reunion terjadi, makanya acara berfoging pasti dijalankan.
Bahagian 10
Masuk kembali ke dalam dewan. Dan acara terus dijalankan. Sehingga berakhir. Sempat juga aku melihat Siti Noor Suhana, Zaihasmawaty mengambil skrol. Dan aku menamatkan post aku kali ini kerana aku agak emosional semasa keluar dari dewan. Ini adalah kerana hal-hal yang tertentu. Pastinya tiada pengakhiran yang menarik. Hahaha.

- Video introduksi mengenai Pro Canselor, agak menarik dan ada membuatkan aku kagum dengan beliau(walaupun....?)
- Semasa NC memperkatakan tentang definasi(lebah tepat anggapan) Melayu semasa dahulu kala; iaitu M Malas, miskin dan lain-lain, E ego dan lain-lain, L lambat, dan lain-lain, Ye(hahaha Ye ke Ya... Tak mengapa, dia orang lama) asyik ye dan lain-lain. YANG ingin aku tekankan bukanlah masalah perkataan MELAYU itu... Tapi banyak sangat perkataan 'dan lain-lain'... Seronok aku menonton video itu... tertawa aku seorang diri.
Bahagian 7
Perarakan masuk perbarisan utama, perbarisan ???(yang ada NC) dan kemasukkan Pro Canselor. Apa yang menarik disini adalah semasa kemasukan Pro Canselor yang penuh dengan simbolik. Dengan diiringi Keris Gergasi serta tombak yang pelik. Kagum juga rasanya. Disamping alunan gendang silat, serunai dan Gong, menambahkan suasana kehantuan. Menarik. Menyanyi-nyayi lagu formal seperti biasa dan meneruskan majlis seperti majlis formal yang lain. Perkataan yang palling diingati pada waktu tersebut ialah "Graduan diminta terus berdiri" disambut dengan " Ala". "Hahaha" tawaku.
Bahagian 8
Terus kepada penyampaian skrol(dah tahu itu satu penipuan yang amat nyata). Dengan bangganya naik keatas pentas mengambil. Dengan pening dan takutnya dan tiada persediaan(gara-gara tidak pergi raptai), aku naik tunduk dan tunduk dan amil dan tak tahu apa terjadi. Tapi Suhana ada kata kat seseorang aku buat lawak.... Satu persoalan... Aku tanya dia nanti. Aku semestinya sebagai seorang perintis UiTM Perak(labon), aku adalah wakil pertama dari UiTM Perak. Aku adalah orang pertama yang mengambil skrol untuk batch yang aku tumpang pada masa lalu dan dalam kelas aku sekarang ini pun aku juga yang pertama. Makanya tidak dapat aku gelakkan orang lain terlebih dahulu.
Bahagian 9
Ya, apabila dapat skrol awal pastinya bosan. Terlihat Jezrin Johari naik ke atas pentas. Selepas beberapa ketika kelihatan dia berjalan keluar. Tanpa berfikir aku terus melulu keluar. Berjumpa dengan Jezrin dan membuat perancangan untuk melanggar peraturan. Rules are made to be broken. Dan akhirnya aku berjaya keluar. Selepas fogging, kami berdua pergi membeli air dan bertemu dengan Ameer Mahfooz. Dia menghubungi Firdaus dan Ridzuan. Mereka juga berjaya meloloskan diri. Kami bergambar dan seperti biasa apabila reunion terjadi, makanya acara berfoging pasti dijalankan.
Bahagian 10
Masuk kembali ke dalam dewan. Dan acara terus dijalankan. Sehingga berakhir. Sempat juga aku melihat Siti Noor Suhana, Zaihasmawaty mengambil skrol. Dan aku menamatkan post aku kali ini kerana aku agak emosional semasa keluar dari dewan. Ini adalah kerana hal-hal yang tertentu. Pastinya tiada pengakhiran yang menarik. Hahaha.
No comments:
Post a Comment