Sunday 7 March 2010

Ikhtiar

Alhamdulillah tadi seorang 'officemate' mak aku telah datang ke rumah kami di Taman Melati. Dia membawa surat daripada pihak pejabat untuk mendapatkan rawatan di Tun Hussien Onn National Eye Hospital.

Tapi permasalahannya sekarang aku tidak tahu lokasi memandangkan aku tidak begitu 'familiar' dengan kawasan Petaling Jaya. Jadi aku sedang 'mengkaji' lokasi hospital tersebut.
Berikut adalah peta yang didapati dari Google Map;




Malu bertanya sesat jalan. Aku akan bertanya kepada rakan-rakan yang 'familiar' dengan kawasan tersebut.

Diharapkan ada alternatif untuk mengembalikan penglihatan mak aku. Kerana dia amat merindukannya.

Aku ingin berbakti kepadanya sebaik yang mungkin... =)

2 comments:

Harizzamzuri said...

klu aku free. aku bleh tlg.. aku tau tmpat nih.i

Hussien, Abu Zaid said...

Thanks Hariz... Alhamdulillah aku dah sampai tempat nih... thanks a lot... =))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails