Teringat aku semasa mak aku mula-mula jatuh sakit, ada seseorang pernah mengatakan ada kemungkinan dimana aku tidak boleh sambung belajar. Apabila difikirkan kembali, memang agak benar apa yang dikatakan olehnya.
Tanggungjawab kini semakin besar dan sangat besar. Ada ketika dimana aku sudah berputus asa dan sangat berputus asa. Memikirkan adik yang semakin membesar dan meningkat remaja, kehilangan nasihat-nasihat daripada ibu yang dahulunya selalu mengingatkan aku (akibat daripada 'memory impairment' kesan daripada hypertension di pejabat), masalah konflik dalam diri lagi yang dicetuskan hasil daripada usia remaja yang tidak menentu. Masalah berdikari dan berbagai-bagai lagi. dan paling merunsingkan lagi adalah masalah liabiliti yang ditanggung. Memang dasyat. Inilah perkara yang paling menakutkan aku.
Hasilnya, timbullah post-post yang mengarut dan status Di Facebook yang aku sendiri tidak faham kadangkala apa objektif serta tujuannya.
Namum, terima kasih kepada rakan-rakan sekolah yang mengunjungi aku. Jika tidak kerana kehadiran mereka, memang nyata aku akan tenggelam di muka bumi. Haha~ Beberapa kali berbeku sekurang-kurangnya membuatkan aku sedikit berfikir dan membuat sesuatu selain menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan mak aku.
Secara jujurnya, tidak banyak perkara yang berjaya diselesaikan. Mungkin masalah birokrasi ataupun masalah-masalah prosedur yang sering melambatkan proses-proses urusan yang patut dilakukan. Medical Board masih tidak ditubuhkan lagi. Aku tidak tahu sampai bila harus aku menunggu. Masalah berpunca daripada Syarikat mak aku bekerja berpindah dari The Mall ke KL Sentral sekaligus melambatkan proses bayaran bil hospital. Kesan daripada kelambatan inilah menyebabkan Medical Report lambat diperolehi.
Disebalik ada perkara yang tidak dapat diselesaikan lagi, aku sudah berkeputusan untuk meneruskan belajar dan membawa mak aku ke Seri Iskandar. Aku berharap perkara-perkara tersebut dapatlah diselesaikan sebelum aku masuk belajar.
Tadi aku baru menghubungi Tuan Rumah di Seri Iskandar. Nampaknya semua berjalan dengan lancar. Kami akan mula menetap bulan Jun, untuk menyesuaikan diri serta membuat persiapan terakhir.
Ada sedikit ketakutan jauh di lubuk hati kerana aku bakal membina satu hidup yang baru. Namum disebalik ketakutan itu, aku mengharapkan keputusan ini adalah terbaik yang dilakukan.
Dalam satu setengah bulan ini aku akan cuba menstabilkan keadaan. Insya Allah...
Nota Kaki: Toyota Corolla AE80 bakal berpindah tangan... Harapannya ini keputusan yang baik juga... Amin...
2 comments:
Semoga segala urusan Abu dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Terima Kasih En Zool... =)
Post a Comment