Saturday, 17 April 2010

Tanah dan Pasir


Tindakan aku adalah di luar rasionaliti. Tidak tahu mengapa. Pemikiran menjadi terlalu sempit. Mungkin kekurangan interaksi dengan manusia lain membuatkan aku menjadi begini. Kesunyian itu sangat hebat dan ianya sakit yang sangat hebat.

Api disimbah dengan air. Aku sudah tidak ada upaya dan semangat lagi. Longlai. Tidak mendengar segala jeritan yang biasa didengari membuatkan aku sangat buntu. Ya! Aku tidak mampu berdiri lagi. Aku masih lagi tidak mampu untuk berjalan dengan sendiri.

Naif. Aku rasa aku kehilangan cita-cita. Aku memang bercuti dengan sia-sia jika aku fikirkan kembali. Rasanya semuanya sudah terlambat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Buntu!! Saat demi saat berlalu memang disia-siakan sebaik-baiknya.

Kalut. Aku kehilangan tempat bergantung dan dimasa yang sama aku menjadi tali pergantungan bagi yang lain. Mereka menawarkan tali untuk aku bergantung. Namum tali yang diberikan itu hampir putus. Mengapakah??

Aku ingin lari. Kau ingin lari. Kita berlari pada garisan yang berlainan. Kita tidak menuju pada satu matlamat yang sama. Aku masih tercari-cari mana hala aku? Aku tidak sama dengan kau. Kau tidak sama dengan aku. Konflik kita berbeza dan cara penyelesaian kita berbeza.

Aku cuba untuk melupakan. Tidak sama sekali dapat melupakan. Kerana ini semua penipuan. Kelak penipuan ini membinasakan. Dan ianya cukup sudah membinasakan aku. Dan ia terus membinasakan aku. Dan masih lagi....

Tanah dan Pasir. Rasa berlainan apabila dipijak keatas keduanya. Inilah hakikatnya.

It's not over till it's over....

Nota Kaki: Jangan banyak fikir... Nanti satu benda tak jadi... Andalah terhebat!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails