Tiba-tiba aku mengenangkan zaman-zaman lama. Dimana tidak memikirkan tentang sekeliling. Hanya aku dan musik-musik. Haha~
Aku teringat satu ketika dahulu aku, tahun 2002, aku digasakkan dengan musik-musik nasyid... Paling hebat masa itu ketika zaman In-Team, UNIC dan lain-lain... Kalau In-Team tu satu album aku boleh hafal tu... Dengan Ainul Mardhiah lagi... Euw... Sampai sekarang aku masih boleh ingat lirik lagu itu... Hahaha~ Zaman itu, ada diantara mereka sedang enak dengan lagu-lagu ACAB... Aku tidak!! Sangat teguh dengan nasyid-nasyid jiwa... Hahahaha~~ Memang tergelak bila mengigatkan zaman itu... Malah aku sangat yakin aku tidak dipengaruhi oleh lagu-lagu bersifat rock... Wahahaha~~
Tahun 2004, ketika itu aku mula dipengaruhi dengan Creed iaitu lagu My Own Prison... Lagu yang malas aku nak describe sebab aku dah malas nak fikir perkara ini dalam-dalam. Haha~ Lagi satu lagu Suddenly oleh Butterfingers.. Haha~ Aku tak kenal Butterfingers melalui The Chemistry... Hahaha~ Bangga sedikit... Tak seperti sesetengah remaja normal yang lain... Huhuhu~ Tambah lagi Disagree mula mempengaruhi... Alahai... Jenuh-jenuh... Huhuhu~
Habis SPM, selain M.Nasir mempengaruhi, aku mendengar Butterfingers secara total... Hahaha~ Me,The Chemistry, Rock and Radical... Namakan sahaja... Tidak semua aku dapat layan... Hahaha... Yang pasti album Malayneum aku beli dan aku khatam sambil tengok lirik... Haha~ Dah habis grunge sudah... Nak cakap pasal grunge ni tak habis-habis... Walaupun tak beberape sejati... Huhuhu... Lepas tu tambah sikit Seven Collar T-Shirt dan Love Me Butch... Pergh... Cukup... Cukup...
Dah takde modal... Cuma aku teringat aku terbawak lagu-lagu ni sampai Diploma... Kalau masa Part 7 yang aku ambil 2 subjek... Lagu No One Else, Butterfinggers la jadi peneman meningkatkan motivasi... Hahaha~ Ingat senang nak mengharungi zaman itu... Nasib baik la ada member-member yang ok... Pnut dan budak-budak batch dia... Cool~ huhu
Masa Degree tinggalkan aku lagu-lagu ini walaupun tidak secara total... Tak masuk mungkin dan ianya bersebab... Tapi kali ini aku nak masuk belajar balik... Tiba-tiba lagu lama ini sebati kembali dan ianya juga bersebab... KEMBALI terkecuali... Haha~
Nota Kaki: Cuma teringat kisah-kisah lama... ;(
Mono dan Envy kisah lain... ;)
2 comments:
mahu dengar kisah mono dan envy..enakkah??
pasti ada suatu hari nanti... dun worry... ;)
Post a Comment