Wednesday, 16 July 2014
Bukan Untuk Aku
Namum, rupanya ia bukan untuk aku... Cukuplah... Aku mahu pergi dari sini...
Monday, 2 June 2014
Mimpi - Malam sebelum hari pertama bekerja.
Hari ini hari pertama aku akan pergi bekerja.
Dia sedang sibuk di dapur. Membasuh pinggan mangkuk. Namun pagi ini dia tak memasak.
Aku bangun lambat. Aku bersiap cepat-cepat. Pantas aku bersiap dan pergi aku ke dapur.
Aku bergegas. Masa tinggal 15 minit lagi sebelum masuk kerja. Aku melihat meja makan namun tiada makanan. Aku kata kepadanya aku lapar.
Masa tu kelam kabut dia memasak dan akhirnya hidangan tersedia. Aku pun makan dengan segera tanpa mengira masa yang sepatutnya aku berada di tempat kerja baru. Sungguh enak.
Tapi itu semua di dalam mimpi malam sebelum aku pergi bekerja. Semuanya mimpi...
Thursday, 15 May 2014
Mimpi di Tengah Hari
Sedang cuba melelapkan mata, telingaku berilusi sambil datang satu situasi dia menangis..
Aku terjaga..
Ya.. Aku bermimpi lagi...
Rasa terlalu dekat... Tapi dia tiada di sisi...
Akhirnya airmata jualah yang membasahi bantal dimana aku letakkan kepala ini...
Wednesday, 7 May 2014
Mak Cik Sebelah
Bersembang punya bersembang, show off gaji anak-anak dia yang beribu-ribu, ada diantara mereka sampai berbelas ribu
Tapi...
Dalam anak-anak makcik yang bergaji berbelas-belas ribu tu, ada anak makcik yang seorang ni mintak password UniFi saya... apa cerita?
Belum lagi saya ungkit kisah anak mak cik tak bayar sewa rumah saya yang tertunggak beribu-ribu tu ye tak?
Nasib baik saya baik... serta bijak dan cemerlang didalam menjaga hati orang tua... biarpun saya tidak bekerja lagi dan tidak punya gaji berbelas-belas ribu... maka tidaklah saya mengungkit perkara yang tidak menyenangkan hati mak cik...
Monday, 5 May 2014
Putus Asa
Aku dan putus asa berpisah tiada...
Esok aku ada exam SPA dan aku sudah berputus asa... aku tak dapat membezakan antara priority atau mana yang tidak...
Semua benda aku kejar akhirnya apa pun tak dapat...
I dont what this life worth for...
Monday, 28 April 2014
Thursday, 24 April 2014
Gasing
Pernah satu ketika ada budak-budak seumur aku berumur 9-10 tahun bermain gasing di kedai makan di area Gombak.
Deme ni main gasing idaklah beghape terer. Asal dibaling aje gasing tu pasti tersangkut tali gasing tu. Teruk bebeno bebudak tu main.
Tiba-tiba ayah bangkit dan mintak gasing tu dari bebudak tu. Dia ikat gasing tu lepas tu dia baling gasing tu. Pergh berpusing gasing tu.
Bebudak tu ternganga. Aku pun ikut sekali ternganga. Terer pulak orang tue aku ni main gasing.
Sampai membawak aku main gasing kat sekolah rendah agame petang. Orang belajo fiqh aku main gasing. Memang hebat.
Wednesday, 16 April 2014
Anak Yob
'Anak yob?'
Such a meaningful talk by people here at Taman Melati.
Arwah lepas pencen memang suka melepak. Tipikal lelaki melayu yang suka menyembang di kedai kopi.
Kesannya memang kebanyakkan orang punya range umur 50-an dan kebawah mengenalinya.
Berbeza dengan aku, lebih selesa berada di rumah. Mungkin kerana aku menetap di Perak lebih dari separuh umur aku. Kesannya tidak banyak aku kenali di kawasan ini.
Arwah memang gemar bercakap dan bersembang. Tapi aku tidak sempat bersembang dengannya memandangkan aku tidak selalu berada di rumah. Sepatutnya aku perlu lebih prihatin. Tapi segalanya sudah terlambat.
Tapi dia sememangnya meninggalkan legasi yang besar. Biarpun aku tidak dikenali rakan-rakan yang sama umur, tapi aku dikenali dengan panggilan 'Anak Yob Polis' oleh rakan-rakannya.
Terima kasih ayah..
Monday, 14 April 2014
Hampir Terlupa
Tiba-tiba aku teringat, bapak aku pernah geletek aku di tepi perut, kaki...
Aku jugak suke main janggut dia...
Aku hampir terlupa kenangan-kenangan ini... Mungkin kerana hanya memikirkan masalah barangkali...
Wednesday, 9 April 2014
Risau dan Gelisah
Esok aku akan mula berpindah pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa sebab dan alasan aku rasa resah, gelisah dan takut.
Keresahan ini aku tak nampak puncanya. Mungkin disebabkan aku perlu keluar dari zon selesa ini.
Apakah zon selesa ini? Zon selesa ini apa yang aku rasa dimana aku rasa aman dan tidak perlu memikirkan masalah secara mendalam.
Rasa selesa ini membuatkan aku tersenyum. Rasa selesa ini membuatkan aku seronok. Rasa selesa ini membuatkan aku tersenyum.
Di zon ini, sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar aku apabila bertegur sapa. Tidak kurang juga yang mengusik serta bergurau dan aku boleh membalas dengan senyuman. Malah di zon ini juga datangnya nasihat-nasihat yang logis serta boleh diterima akal dan aku senang hati menerimanya.
Di zon ini, aku boleh mengadu masalah aku. Mereka dekat bagaikan keluarga. Mungkin tidak menyelesaikan, tapi cadangan serta nasihat mereka itu memberikan aku rasa kuat dan ingin meneruskannya hidup yang payah ini.
Aku masih samar bagaimana aku caranya aku untuk aku meneruskan seperingkat lagi tingkat kehidupan aku seperti insan awam yang lain. Resah dan gelisah.
Apa yang aku bayangkan hanyalah traffic jamm, marah, tak keruan, dan segala benda yang negatif yang kalut. Dan aku juga bayangkan aku hanya duduk di dalam rumah menyembunyikan diri serta rasa takut didalam hati. Aku juga membayangkan ego yang tinggi sekiranya aku disana.
Entah. Aku biarkan sahaja rasa takut ini dan meneruskan perjalanan ini. Perjalanan ini perit tapi aku harus berjalan sehingga Dia berkata 'Berhentilah!'
#np mono's for my parents