Wednesday 10 March 2010

Rezeki Itu Bagaikan Kolah Ayor

Keputusan

'Hey Boy... Come here... I want to tell you that ur mum cannot be cured... So... I think u should lose ur hopelah...'

Haha!! Kalau inilah kata-kata yang keluar daripada Specialist Doctor tu memang aku dah saman dah... Haha!! Tapi Alhamdulillah, secara profesionalnya dia memberitahu tentang keadaan mak aku.

Keputusan yang kami terima sedikit mendukacitakan... Doktor tersebut telah memberikan briefing lebih kurang begini...

Mata kita boleh diandaikan sebagai sebuah 'arial televisyen' yang menerima signal daripada luar. Manakala televisyen pula boleh diandaikan sebagai otak yang menerima signal daripada arial lalu memancarkan rancangan di televisyen. Manakala diantara televisyen dan 'arial' tersebut ada wayar yang menyambungkan kedua-duanya.

Permasalahan disini adalah wayar diantara televisyen dan arial telah rosak. Ini membuatkan televisyen tidak dapat memancarkan signal yang diterima daripada arial. Tiada apa reversal yang boleh dilakukan kerana ianya telah rosak.

Sebenarnya apa yang digambarkan sebagai sebagai wayar itu adalah urat saraf. Diberitahu kepada kami bahawa urat saraf yang menghubungkan antara otak dan mata itu telah rosak akibat daripada penyakit-penyakit sebelum ini yang dihidapi. Walaupun keadaan mata dan otak masih baik, namum tiada apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan untuk mak aku dapat melihat kembali.

Tunjuk Perasaan

Emosi~ sangat beremosi. Hati kecil aku merasakan sedikit kekecewaan kerana hal yang diberitahu tadi. Cuma aku amat mengagumi kehebatan mak aku. Dia berkata 'Tak Mengapalah... Kita terima sahajalah...' Aku tak dapat membayangkan betapa hebatnya dirinya menanggung kesakitan itu. Mungkin kerana aku 'remaja lebih' aku terasa sedikit emosional.. Terfikir-fikir dan terngiang-ngiang...

Jadi mulalah aku menunjukkan perasaan didalam blog. Terima kasih blog. Haha~

Namum, tidak mengapalah... Dalam keadaan putus harapan aku selalu mengenangkan kata-kata rakan sekolah aku yang kini belajar di fakulti Art and Design di UiTM Perak... 'Kau sabarlah Abu, kau tunggu sahaja... Ada bende 'besar' Allah nak bagi dekat kau... Kau tunggu aje...' Rasa syahdu di hati yang bertaman seni ini sambil bercerita konflik-konflik berat di zaman remaja serta keluarga.

Sambil itu aku baca kembali post-post terdahulu dan membaca komen-komen yang membina. Rasa bersemangat kembali. Untungnya ber'blog'.

Rezeki Itu Bagaikan Kolah Ayor

Sememangnya apabila melalui zaman untuk menguruskan keluarga soal wang menjadi suatu konflik yang sangat hebat. Ini yang aku lalui membuatkan aku tidak keruan kadang-kala serta tahap 'rabelism' yang amat tinggi . Namum, sepanjang percutian ini, aku telah melalui banyak perkara yang amat mengejutkan serta hebat yang aku tidak sedari selama ini.

Tadi rakan aku ada mengatakan memberikan ungkapan Arab yang lebih kurang begini bunyinya

'Apabila engkau mahu kau tidur tidak perlu kau risaukan tentang esok hari kerana rezeki itu telah dijanjikan oleh Allah'

Apabila dibincang soal rezeki, apabila kita punya rezeki yang baik serta melipah-ruah, jangan dilupakan kepada yang tiada. Bagaikan Kolah Ayor, airnya senantiasa turun. Apabila melimpah janganlah dibazirkan. Bagi kepada orang yang memerlukan bukankah lebih baik?

Juga apabila dibincangkan soal rezeki, ada juga cadangan dari ustaz dan rakan yang menyuruh aku berkahwin. Ini adalah kerana apabila kita mendirikan sebuah masjid, rezeki akan datang melipah-ruah.
'Haha~ Baiklah ustaz... Carikan saya seorang... Haha~ Ada dah kan.. Haha~' Ketawa kami berdua....

2 comments:

Zai said...

abu kene kuat!!!!
ak bc pn da emo tp seb bek x kuar air mate g sbb air mate ak da kering n da abes pd malam2 sebelumnye.... huhuhu...
ni lah masenye seorang anak tu perlu bertanggungjawab terhadap org tuanye...
god bless you...

Hussien, Abu Zaid said...

Thanks Zai... Semua yang terbak untuk mak aku... Harap2 semua ini akan mematangkan aku untuk masa hadapan... Insya Allah... Dah puas dirinya melindungi aku dan ini masanya aku melindunginya... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails