14 Februari 2010.
Tengah Malam/Awal pagi - Hari ini dimulakan dengan permainan bowling. PERTAMA KALI aku bermain bowling. Diajak oleh Azamin. Kami bermain dua 'game' dan dihakimi oleh Apes. Rasa keterujaan. Namum keterujaan itu dikacau oleh prestasi aku yang kurang memberangsangkan. Manakan tidak, hampir separuh (mungkin lebih.. haha) daripada keseluruhan balingan pada game pertama, balingan aku menerjah longkang yang tak sepatutnya berada disitu.
Namum, pada game kedua, nampak sedikit peningkatan. Walaupun balingan pertama masih menerjah longkang, namum begitu, aku berjaya membuat strike pada game yang kedua ini. Rasa sungguh bergaya. Haha! Muka Azamin mula berkerut. Haha! Namum akhirnya aku kalah jugak dengan orang yang berpengelaman ini. Haha!!
Habis bowling berjalan-jalan ke KL... Diakhiri dengan singgah ke NZ Wangsa Maju. Dan dengan ini, PERTAMA KALI aku makan Roti Arab. Haha~ Boleh tahan jugak... Dicicah dengan kuah kari.
Balik~
Sembang-sembang... Habis sembang, rakan-rakan aku dah tidur aku masih tidak boleh tidur. Makanya selepas Solat Subuh aku pergi ke Pasar Pagi Ahad buat PERTAMA KALInya. Rupanya Pasar pada hari Ahad lebih meriah berbanding hari- hari lain. Bermacam-macam benda yang dijual, seperti Pasar Malam. Nasi berlauk, tudung dan hiasan-hiasan juga ada. Namum aku meneruskan objektif aku membeli ayam dan barang-barang untuk dimasak pagi itu; Mee Goreng.
Balik~ selepas membuat preparation untuk memasak untuk petangnya dan selesai memasak mee goreng... Tido~
Aku digerakkan oleh mesej Eda pada pukul 12 lebih.. Baru mahu bertolak dari Shah Alam. Selepas itu sempat juga lepak di Kedai Mamak Taman Melati. PERTAMA KALI untuk tahun ini. Haha!!
Balik~ Lepak..
Dalam pukul 3, mesej daripada Eda berada di KLCC. Memulakan operasi menyalakan api... Dan pembakaran ayam dimulakan...
Eda dan Zai sampai... PERTAMA KALI dan memecah tradisi(tradisi apakah?? satu persoalan ditinggalkan disini.. Haha!!) Kedatangan mereka adalah un tuk melawat mak aku dan makan... Tapi mereka telah diarahkan untuk memasak sayur dan sebahagian sayur dipotong Azamin... Haha!
Zaku sampai.. Dan acara makan dimulakan... Nasi beras wangi, Lauk: Ayam Bakar, Ayor Asam(betoi2 ayor cayor.. Haha.. Tgk la sape buat.. Haha!!) dan Sayor Taugeh.. Haih~ nasib baik le mak aku kate sedap... Tahniah le kome.. Tukang bakar ayam; Azamin dan Apes.. Tukang masak sayor; Zai dan Eda
Bla..Bla.. Bla~ nyembang sambil menggigil... tup-tap-tup-tap hantar Eda dan Zai ke LRT Taman Melati. Terima kasih kerana datang walaupun anda semua jauh...
Lepas maghrib lepak pula di Kedai Tomyam di depan rumah aku.. Sembang-sembang~
Habis sembang Azamin mengajak aku bermain Ping-Pong di UIA. Dan Apes dan Zaku balik dari rumah aku menaiki Nouvo milik Zakuan. Ya.. PERTAMA KALI bermain Ping-Pong di UIA dan pertama kali selepas 2 tahun aku tak bermain Ping-Pong.. Dan aku kalah teruk.. Tahniah kepada aku yang terlalu bergantung pada Sriver(alasan tak reti main.. Haha!)
Selesai bermain makan di suatu tempat yang dinamakan Highway. Sungguh adventure... Dan kawan-kawan Azamin sangat cool juga... Haha~ Makan, dan balik~
Itulah projek-projek di hari itu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang. Anda sungguh cool!
Nota Kaki:
- Aku terfikir - tiada pertama kali, maka tiada kedua kali. Apabila datang yang pertama kali, yang kedua kali kita akan lebih bersedia. Proses itu menyebabkan kita berfikir. Kita melalui pengalaman dan apabila melalui satu situasi yang sama kita cuba menjadi yang terbaik untuk kali yang berikutnya. Kadang-kadang, kita mungkin boleh menjadi terbaik walaupun hanya pertama kali melalui sesuatu, tapi itu bergantung juga pada bakat, dan nasib? dan mungkin juga daripada pengalaman yang lepas...
- Ucapan terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang hadir. Anda menceriakan hari tersebut... Terima Kasih
- Valentine Day.. Haram.. Tu ustaz cakap mase kat sekolah dulu...
No comments:
Post a Comment